Tadi saya cukup tertarik dengan kupasan khutbah jumaat yang disampaikan oleh khatib di Masjid Negeri Shah Alam. Ianya tentang haram kita menyambut hari Valentine. Berapa ramai antara kita yang tahu erti sebenar hari valentine? Saya rasa mungkin ada segelintir yang sudah tahu dan mungkin juga masih ada yang belum mengetahuinya.
Bagi mereka yang tidak mengetahuinya disini saya akan beritahu serba sedikit yang diambil dari sumber wikipedia.org. Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
Golongan yahudi dan nasrani telah mengeksploitasi media supaya menggambarkan bahawa hari valentine ini seolah-olah satu kebiasaan yang wajib dilakukan oleh anak muda untuk menyatakan perasaan kasih dan sayang mereka buat kekasih. Apakah mereka sedar bahawa itu semua telah melanggar syariat Allah.
Dan Dia (Allah) telah menyatukan hati-hati mereka (yang beriman). (Dan ingatlah) walaupun kamu membelanjakan apa yang ada di bumi semuanya namun, kamu tidak mampu menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah mempersatukan antara mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Gagah), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana). (surah al-anfal : 63)
Kita hanya booleh menyatakan perasaan kasih sayang buat orang yang mahram dengan kita dan juga orang yang sejenis. Apabila dikatakan sejenis jangan disalah anggap pula ianya gay ataupun lesbian tetapi mewujudkan kasih sayang kerana Allah.
Sebenarnya ini adalah salah satu taktik golongan yahudi dan nasrani untuk memperdaya umat Islam. Sama-samalah kita sedarkan buat mereka yang masih belum sedar. Semoga kita semua dijauhkan daripada segala godaan syaitan yang licik. Wallahuallam...