Tuesday, January 24, 2012
Cendol terbaik di Shah Alam
Bandar di seksyen 2 seakan-akan bandar hantu ataupun dalam erti kata lain "ghost town". Tahu tidak sebab apa saya kata macam itu? sebabnya adalah banyak gerai-gerai makan di seksyen 2 yang tutup. Kawasan gerai-gerai makan lenggang seolah-olah tidak ada pelanggan. Memang pun.
Semalam dapat makan dengan tenang kerana tidak ada banyak bunyi jeritan ataupun pekikan. Kalau tidak sebelum ini ada macam-macam bunyi. Nak cari tempat duduk pun payah.
Tempat ini pun sunyi sebab ramai pelajar dah mula cuti semester beberapa hari yang lepas. Sudah menjadi kebiasaan bandar seksyen 2 akan lenggang sekiranya bermula cuti semester. Ekonominya banyak bergantung kepada pelajar-pelajar UiTM dan UNISEL.
Berbalik ke cerita cendol tadi. Tempatnya adalah kedai PEGAGA. Bagi saya kedai ini adalah yang terbaik jika nak dibandingkan dengan kedai-kedai lain. Ada bermacam-macam aneka cendol dan abc. Apa yang paling penting ialah paling kaw antara semua kedai di situ. Nanti sesiapa yang berada di situ boleh mencuba.
Jangan lupa sebelum makan baca bismillah dahulu. Jom jumpa di sana!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
sedapnye lama dah tak pekena cendol nie..
sdapnyaaa..^__^
terliur tngok pon.. =)
tgok gmbr pun nmpk sedap. yummy! tpi cik tikah lagi suka ABC :)
sedapnye cendol.....terigin plak nak makan..:)
nampak sedap jer..teringin la nak cube..dekat dgn UNISEL eh...
next week budak UNISEL dh abes cuti..meriah balik la tu...
sedap la pulak cendol ni :)
hm,,, sedapnye cendol.... :D sedap waktu siang nih,,
not my feberet
Aku student UiTM jugak tapi aku jarang mencendol kat shah alam. Tempat yang ko mention tu kat seksyen 2 kat celah mana?
kt gerai dpn kolej jati. Takkan x pernah pg sana kot "KamiKongsi"?
belanje cendol cpt...hehehe
lama gila xmkn cendol,
serius terliur tgk gmbar tuh >,<!
best jaa tgk cendol tu, hukk...
sedapnya, gulpp
bestnya tengok gambar cendol ni
bila nak belanja ni ;)
cendol pegaga? ni mesti kat Medan selera tepi stesen bas seksyn 2 tu kan?haha.cendol lg mantap kt seksyn 16.cendol pak akob.mmg terbaekk...seksyn 2 tu makan tak best sngt time student ade coz ramai..pastu lmbt..
cendol terbaik!!!
guuuulllpp-telan air liur.
enak tuh kayanya cendol
Post a Comment