Saturday, January 14, 2012

Lee Chong Wei berjaya mengatasi Chen Long sebelum melangkah ke peringkat akhir di Terbuka Malaysia


Set 1 : Lee Chong Wei 21 - 18 Chen Long 
Set 2 : Lee Chong Wei 17 - 21 Chen Long
Set 3 : Lee Chong Wei 21 - 13 Chen Long

Pelik juga lihat reaksi kebanyakan pemain China seakan-akan ada muslihat. Lin Dan kalah sebelum menempah jalan ke separuh akhir. Chen Jin pula dengan alasan sakit kaki. Seolah-olah ada udang di sebalik batu. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Lee Chong Wei kerana telah berjaya mengalahkan Chen Long sebentar tadi.

Perlawanan yang agak sengit sehinggakan sampai ke regu set. Set terakhir adalah set yang amat mendebarkan kerana ada masanya Lee Chong Wei ketinggalan beberapa mata tetapi akhirnya berjaya menjarakkan mata yang amat jauh sehinggakan mustahil untuk Chen Long mengatasinya.

Untuk perlawanan akhir esok Lee Chong Wei akan bertemu dengan Kenichi Tago iaitu pemain yang agak muda dari beliau. Semoga Lee Chong Wei aksi cemerlang beliau.

3 comments:

Unknown said...

syabas

Cik tikah said...

Chong Wei ni dh hebatlah. kaya plak. untung dia. hehe..

Hanif said...

Lantak ler..janji kita menang..betul tak..hahahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...