Wednesday, January 4, 2012

Pernah tidak anda rasa malas bila melakukan sesuatu kerja?

    kredit 9GAG.COM

Ramai daripada kita akan pernah merasa malas. Betul tidak apa yang saya kata? Bila kita mula hendak study maka apabila lama sangat akan menyebabkan datangnya rasa malas. Mungkin kerana buat satu kerja yang sama dalam masa yang lama. 

Pernah tidak kita terfikir apa sebabnya kita malas? Adakah memang kita malas ataupun disebabkan oleh suasana sekeliling kita. Contohnya cuba tengok situasi gambar di atas. Apa yang akan kita fikir? Kenapa orang lebih suka naik eskalator daripada menaiki tangga? Sedangkan orang yang menaiki tangga adalah sangat ramai jika dibandingkan dengan orang yang menaiki tangga. 

Ramai yang sudah tahu jawapannyakan. Sudah tentu sebab ramai orang ingin melakukan sesuatu kerja yang mudah dan senang. Begitu juga dalam istilah sebagai seorang student, ramai yang tidak menyedari bahawa hanya segelintir sahaja yang boleh mengatasi sifat malas untuk tergolong dalam kategori orang yang cemerlang. 

Apa yang saya cuma ingin tekankan adalah sifat malas itu akan tetap datang sekalipun kita cuba mengelakkannya. Untuk menjauhi sifat malas memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi apatah lagi ketika kita sedang membaca buku-buku ilmiah ataupun akademik. Rasa malas akan lagi cepat datang. Kita kena cepat-cepat cari jalan supaya dapat mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan.

5 comments:

Cik tikah said...

selalu rasa malas. hehe..

Unknown said...

klaka tgk pic..snggup tggu giliran nk nek escalator semata2 mls menapak kt tgge..ahaha

Hanif said...

malas akan hilang jika ada rasa tanggungjawab...

Unknown said...

dari segi positif - malas menyebabkan orang mencipta escalator tersebut.

ajax85 said...

kadang2 malas naik tangga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...