Saturday, August 23, 2014

Peluang pekerjaan di negara Australia


Australia adalah sebuah negara yang cukup besar jika nak dibandingkan dengan Malaysia. Apabila pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi Australia saya cukup teruja dengan budaya dan cara hidup orang Australia. Terdapat banyak peluang-peluang pekerjaan yang boleh diterokai di sana sama ada secara sah ataupun tidak.

Kebelakangan ini ramai rakyat Malaysia yang mencari pekerjaan di Australia sama ada secara sah ataupun tidak. Ini disebabkan oleh kesempitan dan kekangan hidup yang banyak dihadapi oleh rakyat Malaysia. Tujuan utamanya mereka berhijrah adalah untuk mencari duit lebih banyak.

Budaya orang Australia cukup bagus jika dibandingkan dengan budaya orang Malaysia itu sendiri. Mereka adalah seorang peramah dan sukakan ketenangan. Kebanyakan pasaraya ataupun kedai-kedainya cuma beroperasi sehingga pukul 6.00 petang. Waktu malam biasanya adalah waktu untuk mereka berseronok. Ini boleh dilihat dengan kebanjiran rakyatnya di pusat kasino, pub dan lain-lain tempat hiburan.

Untuk mencari pekerjaan di Australia bukanlah sesuatu yang sukar sekiranya kena dengan cara dan tempatnya. Bermacam-macam jenis pekerjaan yang boleh didapati disana samada sah ataupun tidak.

pokok delima


pokok epal

pokok limau


pokok minyak zaitun

anggur

Gambar-gambar di atas adalah tempat yang saya pernah bekerja di ladang Australia.

Peluang pekerjaan yang tidak sah ataupun “illegal” adalah kerja di ladang-ladang di sana samada ladang sayur-sayuran ataupun ladang buah-buahan. Contoh ladang yang boleh didapati di sana ialah :
1.   Anggur
      Strawberry
3.   Avocado
4.   Limau Mandarin
5.   Blueberry
6.   Pisang kaki
7.   Tomato
8.      Kentang
9.   Minyak zaitun
 10. Kacang pystachio
11.   dan banyak lagi

Manakala untuk peluang pekerjaan yang sah ataupun “legal” pula adalah bekerja dengan menggunakan visa pelajar ataupun visa pekerja. Kebiasaannya kebanyakan rakyat Malaysia yang memang ada niat untuk bekerja di sana biasanya akan menggunakan visa pelajar dan mencari kerja “part time”. Bayarannya bergantung kepada kursus yang diambil.

Untuk mendapatkan visa pekerja pula adalah dengan cara “google” website-website pekerjaan di sana. Antara salah satunya adalah laman website seek.com.au yang mana websitenya menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya dan orang luar. Apabila kita telah mencari dalam website tersebut dan berminat dengan pekerjaan yang ditawarkan maka bolehlah menghantar resume kepada email yang majikan letakkan dalam website tersebut. Ada rezeki insyaallah akan dipanggil untuk temuduga samada melalui telefon ataupun skype.

Apa yang paling penting kena focus dan usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari pekerjaan di sana. Walaupun peluang untuk kita mendapatkan peluang pekerjaan secara adalah payah tapi jangan putus asa teruskan usaha sehingga dapat. Insyaallah aka nada rezeki yang menanti.




Thursday, January 9, 2014

Tempat-tempat menarik sekitar bandar Melbourne Australia


Melbourne adalah sebuah bandar yang tidak pernah sunyi dengan kehadiran pelancong. Saya pergi ke sana pada waktu yang tepat iaitu pada sambutan tahun baru. Suasana pelancong agak ramai dan memang meriah. Di sini terdapat banyak kawasan pelancongan yang boleh dilawati dan untuk pergi ke tempat-tempat pelancongan amat senang. Ini kerana pengangkutan awamnya cukup cekap dan efisien.


Tempat yang pertama sekali pelancong wajib pergi adalah Melbourne Visitor Centre yang memberi panduan kepada para pelancong tempat-tempat yang boleh dilawati sepanjang berada di Melbourne dan kawasan-kawasan menarik di Australia.


Melbourne Sealife Aquarium juga tempat yang boleh dilawati dengan bayaran yang berpatutan mengikut pakej-pakej yang ditawarkan. Boleh tempah secara online untuk mendapat harga yang terbaik. Sila rujuk di website Melbourne Sealife Aquarium untuk tahu info yang lebih lanjut. Lokasinya berdekatan dengan Flinders Street tempat saya menginap di hostel backpacker YHA.


Bangunan Arts Centre in Melbourne juga agak menarik dan ada banyak persembahan di dalamnya tetapi saya tak berminat nak masuk sebab masa saya pergi persembahan yang ada hanyalah nyanyian. Boleh rujuk website Arts Centre in Melbourne untuk info yang lebih lanjut berkenaan persembahan yang diadakan dan harga yang ditawarkan.


Melbourne Central adalah tempat yang wajib untuk dilawati kerana di sana banyak kedai-kedai yang menjual cenderahati, barang-barang elektronik dan lain-lain keperluan. Kalau bertuah adalah juga persembahan jalanan seperti silap mata daun terup dan lain-lain.

Queen Victoria Market juga adalah tempat yang wajib dilawati kerana banyak menjual barang-barang basah, kering, cenderahati dan banyak lagi. Market ini buka pada hari tertentu sahaja. Sila rujuk website ini untuk info yang lebih lanjut Queen Victoria Market

Untuk mengetahui sejarah penduduk di Australia bolehlah melawat ke Imigration Museum yang menceritakan tentang asal usul kebanyakan penduduk di Australia. Kebanyakan penduduk di sini adalah bukan penduduk asal. Di website ini Imigration Museum ada beritahu apa acara yang sedang dijalankan dan pukul berapa ianya dibuka.


Di Melbourne juga ada beberapa universiti antarabangsa antaranya ialah Universiti Melbourne, RMIT, Universiti Monash dan banyak lagi.

Kalau mahu pergi ke kawasan ramai orang cina boleh pergi ke Chinatown. Ada banyak kedai-kedai makan dan cenderahati yang dijual tapi kalau untuk Muslim sepanjang saya lalu tak jumpa lagi makanan halal cina di kawasan ini. Lokasinya berdekatan dengan Melbourne Central.

Setakat ini sahaja coretan berkenaan tempat-tempat menarik sepanjang saya berada di Melbourne. Rancang betul-betul sebelum melancong supaya tak membazir masa dan tahu hala tuju ke mana. Nanti saya akan post berkenaan anggaran bajet untuk ke Australia.

Tuesday, January 7, 2014

Serba sedikit panduan melancong ke Melbourne (Australia)



Ini adalah pengalaman pertama saya melancong ke Australia tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Saya pergi melancong ke Australia dengan menaiki Airasia sebab lebih murah kalau nak dibandingkan dengan MAS. Akan tetapi servis yang disediakan adalah kurang memuaskan sedikit. Kebanyakan saya naik Airasia penerbangannya asyik tertunda. Huhuhu. Memang penat kalau macam ini.

Tiket Airasia saya beli betul-betul nak dekat sambutan tahun baru. Saya sampai ke lapangan kapal terbang Melbourne dalam pkl 10pagi. Apabila dah sampai tibalah masanya untuk pemeriksaan imigresen lapangan terbang Melbourne. Tersangkut dengan imigresen selama 4 jam lebih kurang. Boleh rujuk link ini pengalaman ditahan imigresen untuk tahu pengalaman saya dengan pihak imigresen tersebut.  

Apabila lepas hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Cukup-cukup gembira dan berdebar-debar sebab pertama kali sampai ke bumi Australia ini.


Apabila keluar sahaja daripada lapangan terbang ambil sahaja skybus untuk pergi ke Southern Cross. Southern Cross ada banyak pertukaran keretapi. Apabila sampai di Southern Cross saya terus keluar dan bertanyakan di kaunter bas macam mana hendak pergi ke Flinders Street sebab di sana ada banyak backpacker hostel yang murah-murah.  Antaranya YHA, Nomad dan lain-lain. Harga tiket skybus ini dalam 17AUD untuk pergi sahaja.


Apabila sampai sana pergi ke YHA backpacker hostel masih ada lagi kekosongan. Apa lagi terus check in hari itu juga. Bayaran yang dikenakan sebanyak 50AUD semalam. Kalau saya ambil 10 hari dan ke atas baru dapat lagi murah. Boleh rujuk di website ini YHA backpacker hostel.

Selepas dah check in saya mandi, solat dan rehat sekejap sebelum berjalan-jalan di luar. Walaupun sekarang musim panas tetapi udaranya cukup sejuk. Suhu biasanya waktu siang dalam 22 darjah celcius.


Depan penginapan saya ada City Circle Tram yang disediakan untuk pelancong bersiar-siar di kawasan pelancongan. Ianya adalah free sahaja. Tram ini akan berhenti di kawasan pelancongan.
Boleh rujuk website ini untuk info lebih lanjut City Circle Tram.


Ada juga pengangkutan yang kena bayar iaitu Yarra Tram. Kena beli pass di seven eleven harganya dalam 13AUD. Pass ini namanya myki kad. Myki ini kena topup macam konsep touch and go di Malaysia. Jadi sebelum nak naik Yarra Tram adalah lebih baik check terlebih dahulu tiket baru naik. Boleh rujuk website ini untuk tengok petanya : Yarra Tram map.


Boleh juga naik Melbourne Visitor Shuttle untuk tourist. Harganya dalam 5AUD per hari. Boleh rujuk website ini untuk info yang lebih lanjut Melbourne Visitor Shuttle.


Bagi sesiapa yang tiada perancangan rapi untuk melancong ke mana sebaik sampai di Melbourne bolehlah pergi ke Melbourne Visitor Centre. Pusat ini dibuka setiap hari pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Boleh rujuk website ini Melbourne Visitor Centre. Perkhidmatan yang disediakan adalah percuma. Pusat ini menyediakan info-info kawasan menarik yang boleh dilawati sekitar Australia. Rugi kalau tak pergi.

Pengangkutan awam di sini cukup efisian dan tepat pada masanya. Sepanjang saya berada di sana ramai orang yang lebih suka menggunakan pengangkutan awam jika nak dibandingkan dengan membawa kenderaan sendiri. Di samping itu boleh menjimatkan kos.

Udara di sini pun cukup nyaman dan segar sekalipun berada di pusat bandar Melbourne. Banyak taman-taman di sini. Setakat ini sahajalah coretan saya. Nanti saya akan postkan tentang tempat-tempat menarik yang mesti dilawati di sana pula.












Sunday, January 5, 2014

Pengalaman ditahan imigresen di airport Melbourne Australia


Hati berdebar-debar bila menjejakkan kaki ke Australia lagi-lagi tanpa persediaan yang betul-betul lengkap. Banyak pengalaman-pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Apabila saya menjejakkan kaki ke Melbourne dalam pukul 10.35 pagi saya kena lepas dengan imigresen terlebih dahulu. Dan perkara yang tak disangka-sangka terjadi saya kena tahan dengan imigresen Australia lebih kurang dalam 4 jam juga. Pukul 2 petang lebih juga baru saya dilepaskan.

Disini saya nak ceritakan sedikit pengalaman semasa di tahan dengan imigresen. Sebab apa diaorang tahan? Mesti ramai yang nak tahu kan?

Apabila sampai di airport Melbourne kita dikehendaki mengisi borang incoming passenger. Boleh rujuk gambar seperti dibawah :

Bahagian "Intended address in Australia" kena isi betul-betul. Kena isi alamat tempat penginapan yang kita akan tinggal nanti. Macam saya isi Melbourne sahaja sebab itu kena tahan. Tidak beritahu alamat detail tempat penginapan di sana. Jadi macam-macamlah soal jawab yang diaorang tanya.

Apabila dah kena tahan diaorang akan tanya soalan seperti :

Apa tujuan datang ke Australia?
Kenapa datang ke Melbourne?
Kenapa tidak tempat hostel?
Ada itinerary tak?
Ada kenalan tak di Melbourne?
Berapa lama tinggal di Melbourne?

Kalau bernasib baik dan diaorang berpuas hati dengan jawapan yang korang jawab maka diaorang akan lepaskan. Kalau tak diaorang akan selongkar beg dan semua barang yang korang bawa sambil tanya lagi bermacam-macam soalan sampai diaorang berpuas hati.

Setelah habis diaorang selongkar beg dan berpuas hati dengan jawapan saya bagi diaorang pun lepaskan. Diaorang lepaskan sebab saya dah tempah tiket pergi balik KL - Melbourne dan KL - Penang. Lagi satu saya beritahu yang saya kena mula dah kerja selepas sampai di Penang.

Biasanya diaorang akan tahan orang Malaysia lelaki yang pergi seorang diri dan berkumpulan. Samada lama ataupun sekejap sahaja. Tengok atas budi bicara diaorang. Kalau tak lepas dengan imigresen jawabnya diaorang akan hantar balik ke Malaysia dan kena banned 3 tahun.

Imigresen biasa jarang sangat nak tahan orang Malaysia :
1. Perempuan seorang diri
2. Perempuan berkumpulan
3. Keluarga

Imigresen tahan orang lelaki Malaysia sebab kebanyakannya datang ke Australia untuk bekerja secara haram sebab diaorang akan tanya macam-macam sampai puas hati.

Bagi mengelakkan daripada ditahan apa yang saya dapat simpulkan adalah :
1. Kena ada itinerary lengkap.
    Plan apa yang mahu dibuat apabila sampai ke Australia lebih kurang macam tentatif program.
2. Borang incoming passenger kena isi betul-betul.
3. Kena ada tiket flight pergi balik
4. Kena booking hotel/hostel mengikut tempat yang kita plan nak melancong.
5. Persediaan kena lengkap
6. Declare barang makanan.
7. Basic english kena ada supaya senang nak bercakap dengan imigresen

Ini apa yang saya dapat share pengalaman serba sedikit. Nanti saya akan post tentang bajet dan tempat-tempat yang menarik di Melbourne.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...