Saturday, January 7, 2012

Hati-hati dengan benda percuma

Munkin ramai yang tertanya-tanya kenapa saya kata hati-hati dengan benda percuma. Apa yang saya nak tekankan adalah zaman sekarang adalah zaman IT. Dalam dunia maya apa yang orang ramai mahu adalah benda percuma dan amat sedikit orang yang jadi pembeli di alam maya.

Contohnya software-software pirate di alam maya yang paling banyak orang nak kerana ianya adalah yang percuma. Hanya segelintir kecil orang yang membelinya. Ini menyebabkan ramai orang dalam bidang IT tidak puas hati dan itu adalah salah satu sebab wujudnya para "hacker" di dunia.

Mereka ini sebenarnya apabila mereka bagi apa-apa barang percuma dalam diam ada sesuatu yang mereka sorokkan. mungkin mereka akan selitkan virus ataupun apa sahaja yang boleh mendatangkan faedah buat mereka. Kemungkinan untuk mereka tahu apa sahaja yang kita buat akan diketahui oleh mereka.

Artikel ini saya rasa terpanggil untuk menulisnya semasa bersembang dengan seorang proggrammer di kedai makan semalam. Inilah namanya konsep timbal balik iaitu pengguna dapat secara percuma manakala para hacker pula dapat apa yang mereka mahu tanpa kita sedari.

Kesimpulannya hati-hati ketika mendownload benda-benda free di internet.


6 comments:

Unknown said...

byk yg putara alam sekarang ni

::cik asha:: said...

bile dah terlebih pandai tu yg sampai nak hack org..

Koding said...

Percma kerana ada udang disebalik mee...

thomas said...

kalau rajin download benda2 mcm ni mesti kena virus.

KAMAL said...

alamak..aq slalu dwnload percuma..hehehe

Karbon Kopie said...

jarang upload benda2 kat internet. sbb tak teror kan. takut tersalah upload saje.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...