Sunday, January 5, 2014

Pengalaman ditahan imigresen di airport Melbourne Australia


Hati berdebar-debar bila menjejakkan kaki ke Australia lagi-lagi tanpa persediaan yang betul-betul lengkap. Banyak pengalaman-pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Apabila saya menjejakkan kaki ke Melbourne dalam pukul 10.35 pagi saya kena lepas dengan imigresen terlebih dahulu. Dan perkara yang tak disangka-sangka terjadi saya kena tahan dengan imigresen Australia lebih kurang dalam 4 jam juga. Pukul 2 petang lebih juga baru saya dilepaskan.

Disini saya nak ceritakan sedikit pengalaman semasa di tahan dengan imigresen. Sebab apa diaorang tahan? Mesti ramai yang nak tahu kan?

Apabila sampai di airport Melbourne kita dikehendaki mengisi borang incoming passenger. Boleh rujuk gambar seperti dibawah :

Bahagian "Intended address in Australia" kena isi betul-betul. Kena isi alamat tempat penginapan yang kita akan tinggal nanti. Macam saya isi Melbourne sahaja sebab itu kena tahan. Tidak beritahu alamat detail tempat penginapan di sana. Jadi macam-macamlah soal jawab yang diaorang tanya.

Apabila dah kena tahan diaorang akan tanya soalan seperti :

Apa tujuan datang ke Australia?
Kenapa datang ke Melbourne?
Kenapa tidak tempat hostel?
Ada itinerary tak?
Ada kenalan tak di Melbourne?
Berapa lama tinggal di Melbourne?

Kalau bernasib baik dan diaorang berpuas hati dengan jawapan yang korang jawab maka diaorang akan lepaskan. Kalau tak diaorang akan selongkar beg dan semua barang yang korang bawa sambil tanya lagi bermacam-macam soalan sampai diaorang berpuas hati.

Setelah habis diaorang selongkar beg dan berpuas hati dengan jawapan saya bagi diaorang pun lepaskan. Diaorang lepaskan sebab saya dah tempah tiket pergi balik KL - Melbourne dan KL - Penang. Lagi satu saya beritahu yang saya kena mula dah kerja selepas sampai di Penang.

Biasanya diaorang akan tahan orang Malaysia lelaki yang pergi seorang diri dan berkumpulan. Samada lama ataupun sekejap sahaja. Tengok atas budi bicara diaorang. Kalau tak lepas dengan imigresen jawabnya diaorang akan hantar balik ke Malaysia dan kena banned 3 tahun.

Imigresen biasa jarang sangat nak tahan orang Malaysia :
1. Perempuan seorang diri
2. Perempuan berkumpulan
3. Keluarga

Imigresen tahan orang lelaki Malaysia sebab kebanyakannya datang ke Australia untuk bekerja secara haram sebab diaorang akan tanya macam-macam sampai puas hati.

Bagi mengelakkan daripada ditahan apa yang saya dapat simpulkan adalah :
1. Kena ada itinerary lengkap.
    Plan apa yang mahu dibuat apabila sampai ke Australia lebih kurang macam tentatif program.
2. Borang incoming passenger kena isi betul-betul.
3. Kena ada tiket flight pergi balik
4. Kena booking hotel/hostel mengikut tempat yang kita plan nak melancong.
5. Persediaan kena lengkap
6. Declare barang makanan.
7. Basic english kena ada supaya senang nak bercakap dengan imigresen

Ini apa yang saya dapat share pengalaman serba sedikit. Nanti saya akan post tentang bajet dan tempat-tempat yang menarik di Melbourne.

34 comments:

Abd Fattah Raja'i B Abd Rashid said...

Itinerary tu apa auzek?

kumpulan resep obat herbal said...

hmm kasian lebih hati" lagi

Unknown said...

itinerary tu segala macam jadual perjalanan start dari airport melbourne kita akan pergi melancong ke mana(tempat yg lebih spesifik), tempat tinggal, kos, pengangkutan dan lain2 yg difikirkan sesuai.

Anonymous said...

Austrlia cibai..aku slh sorang yg kne bnned 3 thn..imi mcm sial..tak psl2 kne bnned..baik g melancong negara lain je..mcm2 hal diorg nie..buang mse pegi blik aku je..g 8 jam ptah blik 8 jam..mampos ooOo..

Umi Nazrah said...

tak sangka susah jugak nak masuk ye. rasanya tak susah masuk malaysia. hehehehhe

Unknown said...

Anonymous said...

kne bnned sbb apa.. blh shared story skit.. cz aku ingt nk gerak ke malbourene.....
mierul90@gmail.com

Unknown said...

Anonymous said...

kne bnned sbb apa.. blh shared story skit.. cz aku ingt nk gerak ke malbourene.....
mierul90@gmail.com

Anonymous said...

Kenapa awk kene tahan ?

Unknown said...

Aku pon kene tahan doiii...

Unknown said...

Aku pon kene tahan doiii...

Anonymous said...

Muadah ke klu kakitangan kerajaan memasuki australia?

ORLANDOS said...

Hi...saya baru nak rancang bertolak ke melbourne hujung bulan ni seorang diri...

Tips yg awal bagi kat atas tu ok tak untuk pergerakan solo?..agak2 dorg bagi lepas tak kalu maklumat lengkap..

Tq email: burs_87@yahoo.com

Unknown said...

saya pun kene tahan jugak,,diorng ni pantang tgk org laki mesia yg solo/berkumpulan, diorng ingat kita nak datang keje, macam2 soalan kene tanya, pastu mati2 suruh kita mengaku utk dtang keje, gila betul la...immi officer diorng ni straight betul, diorng ingat semua org datang aussie sbb nak keje haram..

tips kalau nak kene lepas:
# kene study apa yg ada kat tempat kita nak p tuh..
# duit kene bawah lebih..
#bawak pakain sikit jer ( kalau bawak byk,diorng ingat kina nak duk lama)
#jangan bawak passport baru, kalau boleh pegi dulu melancong kat negara2 lain, sbb diorng mmg pantang kalau tgk passport baru ni..
#confident masa kene interview dgn diorng..kalau B.inggeris cap ayam..susahla nak lepas...

Unknown said...

Jom g australia awal tahun depan

Unknown said...

kalau perempuan guna pasport baru agak2 di tahan jg kah 😂😂😂

Unknown said...

Assalam...nk tnye...kalo imigresen tangkap, adakah kita kena di hantar balik? Tiket flight balik kita jugak kah kna tanggung?

Lina said...

Suami sy kne ban thn lps.agak2 lps 3 thun bole masuk blik x?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Perempuan pasport baru mcmna???

Unknown said...

Salam nak tya klu kita X fasih bi rasa boleh lepas X dari imigresen? Takut Kena jwb byak soalan plk huhuhu

Wiaam said...
This comment has been removed by the author.
Wiaam said...

Salam saya nk tanya saya akan uruskan perkahwinan kakak saya di melbourne.saya x beli tic return sebab saya tak tahu berapa lama boleh saya stay di sana.adakah perlu saya beli return tic siap2 atau x payah

Unknown said...

Mase dorang tahan 2, dorang ade ke berkasar dengan penumpang ye?

Unknown said...

Wah

Unknown said...

kalau perempuan perg sorang diri kena tahan juga ke and kena soal siasat dngan dorang?

Ivy said...

..nak tanya,kalo pihak imigresen tanya ada kenalan d australia nak cakap apa ye?..

Haro Haro No said...

Cakap je takde...

aNie802010 said...

Kena tahan brape lama then baru dihantar balik?

Aliey said...

Aq dh pegi 3taun lepas tpi BI aq cap ayam ja,asal korg ckp xleh msuk klau BI cap ayam xlepas..sedangkan yg fasih BI pun xpham apa yg dorg ckap,sbab BI dorg piauuu sikt mcm bhsa KL dgan bhsa KEDAH..first skali jgan trlalu ckap pandai sgat dgn IMMI aussie ni,aq ckp dua tiga patah ja,no inggelish,im holiday..tu ja tpi 2 3 jam kna sportcheck,sbb agents aq pn ckp klau pndai pn bt2 bodo ja..yg psti dressing mau cra nk mlncong la..

Aliey said...

Jgn pnh ckp ada knlan lgsung dkt aussie..stakat ckp spa nk pcya,dorg akn check fon sorg2..whatsup ka fb ka smua dorg check

Aliey said...

Aq x fasih bi pn lpas..bi dorg xsma mcm bi kita..klau kita ckp dorg phm,bla dorg ckp kita mnganga ja la..lgi 1 dorg pnya ckp mcm pelesit

Aliey said...

Hg pnah msuk ka lpas kna ban

Aliey said...

Hg spa ka smua ada undang2..kcuali hg ada surat dri kerajaan untk ada apa2 dkt aussia mybe lepas

Unknown said...

Klu sda dtg sana..blh dtg sana lg tak...visa sy sda mati baru sy blik kat sini blik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...