Friday, January 20, 2012

Tragedi tidak dapat dilupakan di KL

Hari ini adalah hari yang amat memenatkan. Banyak peristiwa-peristiwa yang boleh diambil pengajaran. Rasa sungguh teruji dan kena banyakkan bersabar. Tadi saya bercadang untuk membeli projektor untuk kegunaan di sekolah mak saya. Saya pergi berseorangan ke Low Yatt kerana di sana banyak pilihan.

Setelah puas tinjau dan memerhati akhirnya saya memilih jenama Sony. Anggaran harga dalam Rm1790 setelah mendapat diskaun daripada harga Rm2255.

Ceritanya bermula apabila dalam perjalanan pulang. Semasa saya membeli di kedai itu, tuan kedai ada bagi hadiah skrin papan putih projektor. Boleh tahan juga beratnya tapi soal berat saya tidak kisah sangat. Apa yang disedihkan adalah tersangkut di Keretapi Monorel sebab waktu itu adalah waktu kemuncak iaitu pukul 6.

Masa itulah kesabaran mula teruji. Apabila saya mula nak memasuki Monorel. Jaga Monorel tahan kerana takut nanti menganggu penumpang. Saya pun angguk sahajalah sebab dah memang betul pun. Monorel tidak cukup tinggi nak letakkan skrin papan putih projektor saya itu. Dia suruh tunggu sehinggalah penumpang berkurang. Dalam sejam jugalah menunggu untuk meninggalkan kawasan Imbi.

Inilah skrin papan putih

Keretapi Monorel

Ketika saya sedang menunggu sementara penumpang berkurangan saya pun duduklah di tempat duduk di penjuru yang paling hujung sekali. Apabila penumpang sudah semakin berkurangan saya terus bergegas ke Monorel dengan projektor yang dibeli itu tapi dalam masa yang sama saya langsung tidak ingat akan beg yang saya galas. Didalamnya ada macam-macam dokumen penting.

Semasa saya masih dalam Monorel tiba-tiba ada orang tidak dikenali menghubungi saya. Saya pun angkat sahajalah. Apabila dia sebutkan nama saya dan saya mengangguk menandakan ya. Dia mengatakan bahawa beg saya tertinggal di stesen monorel dan pada masa itulah baru saya teringat.

Dia pun bertanyakan kemanakah saya hendak pergi dan saya mengatakan mahu ke KL Sentral dan dalam masa yang sama juga dia pun mahu ke sana. Memang saya bersyukur sangat masa itu. Terima kasih kepada Allah sebab sudah menghantar orang lain supaya menghantar semula barang saya. Alhamdulillah. Masa inilah baru nak ingat Allah tetapi apabila senang dengan mudah-mudah kita melupakannya. Nauzubillahiminzalik.

12 comments:

Cik tikah said...

kesian dia. pengajarannya, kena lebih berhati2 yer :)

Nurul Iman Rosman said...

tau takpe,
memang kena lebih berhati-hati ni.

syamilsynz said...

kasihan.

Hanif said...

ada org yang baik hati ....

Just Mini Love said...

nasib baik org tu jujur kan... lain kali jgn tertinggal brg lagi.. ;)

Unknown said...

nak buat mcm mana dh kalut sgt. hehehe. Memang satu pengajaran yg amat berguna.

kpah k-poh Sharifahnor said...

selalunya, yg lelaki mcm ni.. hmmm... lain kali lebih berhati-hati.. tau tak sebabnya boleh dpt beg tu semula..sebabnya niat utk tolong mak tu lah...Subhanallah.

Unknown said...

insyaallah akan dtg akn lebih berhati2.

siti said...

nasib baik ditemui org yg baik hati..;)

Anonymous said...

alhamdulillah..
nasib baik..
=]

alyrds said...

org call tu ppuan ke? apa lg...susang nak carik ppuan jujur ni... haha~....

biasa la tu, dh byk benda kene pegang dan pkiaq nak cepat jer.....hehe

silvi silviani said...

maksih gan infonya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...