Monday, January 30, 2012

Facebook menjimatkan kos CIA


Sedarkah kita bahawa sebenarnya facebook telah membina hubungan yang rapat dengan agensi-agensi perisikan US untuk memudahkan kerja mereka. Dengan adanya facebook kos untuk mencari pengganas ataupun penjenayah semakin senang dan dapat mengurangkan kos mereka.

Berhati-hatilah dengan facebook dan jangan masukkan data peribadi secara terperinci untuk suka-suka. Ada bahayanya yang tidak kita ketahui. Penjenayah pun menggunakan facebook untuk melakukan jenayah kerana lagi mudah dan menjimatkan kos.

Sama-samalah kita berhati-hati.....

Saturday, January 28, 2012

Info tentang rokok yang disorokkan


Video ini mengisahkan tentang dokumentari rokok yang berlaku di Indonesia. Dalam video ini juga ada dipaparkan tentang kanak-kanak yang baru berumur 2 tahun tapi sudah pandai menghisap rokok. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan syarikat rokok menyasarkan negara Indonesia sebagai penggunanya, antaranya ialah :

1. Jumlah penduduknya antara yang keempat paling banyak di dunia
2. Ramai penduduk yang masih belum menyedari akan pentingnya kesihatan
3. Keuntungan yang amat mudah kerana kosnya amat rendah
4. Rasuah yang tinggi
5. Penduduk miskin yang ramai dijadikan alasan supaya syarikat mereka tidak dihentikan daripada        
    beroperasi kerana jumlah pekerjanya yang amat ramai.

Ada banyak lagi sebab kenapa anda perlu menonton video ini kerana banyak maklumat yang akan anda perolehi. Anda tidak akan merasa rugi. Sila kongsikan video ini dengan orang ramai supaya lebih ramai yang menyedarinya.

Thursday, January 26, 2012

Hayati doa dhuha

Saya apabila dengar nasyid ini rasa hati begitu sayu dan amat menenangkan jiwa. Tiba-tiba sahaja rasa tergerak hati hendak menunaikan solat sedangkan selama ini agak payah dan liat nak buat. Jom sama-sama kita tunaikan solat dhuha.

Waktunya : bermula 20 min selepas terbit matahari dan berakhir sebelum menjelang waktu zohor.


Wednesday, January 25, 2012

Lawak punyer telur



Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
...
Pembeli: "Telur ayam."
...
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang".....

Kredit : online fm

Rumah berpenunggu di seksyen 2 Shah Alam

Semenjak saya duduk di Shah Alam banyak orang kecoh tentang rumah banglow sewa Rm50 di seksyen 2. Saya pun cubalah mencari-cari dimanakah rumah yang dahulunya kecoh di alam maya mengatakan bahawa rumah itu berhantu dan dalam ceritanya sehinggakan ada yang membawa kepada kematian tapi kebenarannya tidak dapat dipastikan samada ianya betul ataupun tidak. Di bawah ada gambar yang saya ambil dengan menggunakan kamera telefon.




Apabila saya pergi ke rumah itu memang apabila kita lalu malam-malam di tepi rumah itu tiba-tiba sahaja bulu roma meremang. Dalam hati teringin juga bermalam di rumah ini tapi tidak berani kalau seorang diri. Hehehe. Kalau ada peneman boleh juga. Kawasan rumah ini memang sunyi ditambah lagi dengan semak samun yang ada.

Saya ada jumpa satu lagi rumah yang ditinggalkan dan yang ini lagi menyeramkan dan iainya berdekatan dengan kawasan perumahan ini. Rumah itu lagi banyak semak samun. Mungkin untuk post akan datang saya akan tunjukkan. Rumah itu untuk dijual ataupun disewa. Bolehlah untuk sesiapa yang berminat nak beli ataupun sewa.

Tuesday, January 24, 2012

Hati-hati dengan Facebook


Tadi semasa saya jenguk wall facebook kawan-kawan tiba-tiba terjumpa gambar ini. Jadi di sini saya ingin menasihati kawan-kawan supaya berhati dengan link di atas. Pastikan ianya adalah link facebook yang betul. Sekiranya kita masukkan user id dan password ke facebook palsu nanti hacker akan dengan mudahnya dapat nama user dan password kita.

Kesimpulannya berhati-hatilah ketika login facebook.

Cendol terbaik di Shah Alam


Bandar di seksyen 2 seakan-akan bandar hantu ataupun dalam erti kata lain "ghost town". Tahu tidak sebab apa saya kata macam itu? sebabnya adalah banyak gerai-gerai makan di seksyen 2 yang tutup. Kawasan gerai-gerai makan lenggang seolah-olah tidak ada pelanggan. Memang pun.

Semalam dapat makan dengan tenang kerana tidak ada banyak bunyi jeritan ataupun pekikan. Kalau tidak sebelum ini ada macam-macam bunyi. Nak cari tempat duduk pun payah.

Tempat ini pun sunyi sebab ramai pelajar dah mula cuti semester beberapa hari yang lepas. Sudah menjadi kebiasaan bandar seksyen 2 akan lenggang sekiranya bermula cuti semester. Ekonominya banyak bergantung kepada pelajar-pelajar UiTM dan UNISEL.

Berbalik ke cerita cendol tadi. Tempatnya adalah kedai PEGAGA. Bagi saya kedai ini adalah yang terbaik jika nak dibandingkan dengan kedai-kedai lain. Ada bermacam-macam aneka cendol dan abc. Apa yang paling penting ialah paling kaw antara semua kedai di situ. Nanti sesiapa yang berada di situ boleh mencuba.

Jangan lupa sebelum makan baca bismillah dahulu. Jom jumpa di sana!

Monday, January 23, 2012

Baucar buku 1 Malaysia

Kebelakangan ini kerajaan telah memberikan baucar buku kepada semua pelajar IPTA supaya dapat meringankan sedikit bebanan para pelajar tapi ramai yang menyalahgunakannya. Setelah saya search di mudah.my rupa-rupanya memang ada orang yang ingin menjualnya dengan harga yang lebih murah.


Penjual itu katanya amat memerlukan duit daripada membeli buku. Padahal walaupun dah semester akhir sekalipun banyak lagi buku yang boleh dibeli untuk menambahkan ilmu pengetahuan di dada tapi apakan daya mungkin mereka lebih memerlukan duit dari buku.

Apa yang akan anda buat sekiranya dapat baucar buku 1 Malaysia ini?

Saturday, January 21, 2012

Friday, January 20, 2012

Tragedi tidak dapat dilupakan di KL

Hari ini adalah hari yang amat memenatkan. Banyak peristiwa-peristiwa yang boleh diambil pengajaran. Rasa sungguh teruji dan kena banyakkan bersabar. Tadi saya bercadang untuk membeli projektor untuk kegunaan di sekolah mak saya. Saya pergi berseorangan ke Low Yatt kerana di sana banyak pilihan.

Setelah puas tinjau dan memerhati akhirnya saya memilih jenama Sony. Anggaran harga dalam Rm1790 setelah mendapat diskaun daripada harga Rm2255.

Ceritanya bermula apabila dalam perjalanan pulang. Semasa saya membeli di kedai itu, tuan kedai ada bagi hadiah skrin papan putih projektor. Boleh tahan juga beratnya tapi soal berat saya tidak kisah sangat. Apa yang disedihkan adalah tersangkut di Keretapi Monorel sebab waktu itu adalah waktu kemuncak iaitu pukul 6.

Masa itulah kesabaran mula teruji. Apabila saya mula nak memasuki Monorel. Jaga Monorel tahan kerana takut nanti menganggu penumpang. Saya pun angguk sahajalah sebab dah memang betul pun. Monorel tidak cukup tinggi nak letakkan skrin papan putih projektor saya itu. Dia suruh tunggu sehinggalah penumpang berkurang. Dalam sejam jugalah menunggu untuk meninggalkan kawasan Imbi.

Inilah skrin papan putih

Keretapi Monorel

Ketika saya sedang menunggu sementara penumpang berkurangan saya pun duduklah di tempat duduk di penjuru yang paling hujung sekali. Apabila penumpang sudah semakin berkurangan saya terus bergegas ke Monorel dengan projektor yang dibeli itu tapi dalam masa yang sama saya langsung tidak ingat akan beg yang saya galas. Didalamnya ada macam-macam dokumen penting.

Semasa saya masih dalam Monorel tiba-tiba ada orang tidak dikenali menghubungi saya. Saya pun angkat sahajalah. Apabila dia sebutkan nama saya dan saya mengangguk menandakan ya. Dia mengatakan bahawa beg saya tertinggal di stesen monorel dan pada masa itulah baru saya teringat.

Dia pun bertanyakan kemanakah saya hendak pergi dan saya mengatakan mahu ke KL Sentral dan dalam masa yang sama juga dia pun mahu ke sana. Memang saya bersyukur sangat masa itu. Terima kasih kepada Allah sebab sudah menghantar orang lain supaya menghantar semula barang saya. Alhamdulillah. Masa inilah baru nak ingat Allah tetapi apabila senang dengan mudah-mudah kita melupakannya. Nauzubillahiminzalik.

Wednesday, January 18, 2012

Sakitnya perut

Kredit: google.com

Hari saya ingat baru nak pergi kerja tapi tiba-tiba sahaja perut memulas terus tidak ada mood nak pergi kerja. Sakit juga. Lepas itu cubalah tidur pula untuk hilangkan sakit perut. Dalam masa 2 jam selepas itu perut saya ok sedikit. Mungkin gara-gara semalam makan terlampau banyak rasanya.

Semalam saya pergi ke gerai Pegaga di seksyen 2 Shah Alam dan pergi ke tempat favourite yang selalu saya singgah. Bila sampai sahaja di sana tempat untuk gerai makanan yang saya selalu makan penuh. Jadi terpaksalah menumpang di kawasan gerai orang lain.

Apabila datang sahaja pelayan saya oerderlah air teh o ais untuk tidak melukakan hati kawasan gerai yang saya menumpang itu. Apabila kita pesan air pelayan biasanya akan bagi gelas besar. Memang tersilap besar. Dah sampai baru teringat. Dalam masa yang sama juga saya pergi order cendol di kedai Pegaga. Cendol di gerai itu sangat sedap. Memang terbaik. Menu makan pula ialah nasi sup daging.

Banyak juga saya melantak semalam. Nanti tidak tahulah macam mana nak bagitahu kepada bos. Mood sedih. Huhuhuhu.. Tawakkal jelah.

Saturday, January 14, 2012

Lee Chong Wei berjaya mengatasi Chen Long sebelum melangkah ke peringkat akhir di Terbuka Malaysia


Set 1 : Lee Chong Wei 21 - 18 Chen Long 
Set 2 : Lee Chong Wei 17 - 21 Chen Long
Set 3 : Lee Chong Wei 21 - 13 Chen Long

Pelik juga lihat reaksi kebanyakan pemain China seakan-akan ada muslihat. Lin Dan kalah sebelum menempah jalan ke separuh akhir. Chen Jin pula dengan alasan sakit kaki. Seolah-olah ada udang di sebalik batu. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Lee Chong Wei kerana telah berjaya mengalahkan Chen Long sebentar tadi.

Perlawanan yang agak sengit sehinggakan sampai ke regu set. Set terakhir adalah set yang amat mendebarkan kerana ada masanya Lee Chong Wei ketinggalan beberapa mata tetapi akhirnya berjaya menjarakkan mata yang amat jauh sehinggakan mustahil untuk Chen Long mengatasinya.

Untuk perlawanan akhir esok Lee Chong Wei akan bertemu dengan Kenichi Tago iaitu pemain yang agak muda dari beliau. Semoga Lee Chong Wei aksi cemerlang beliau.

Friday, January 13, 2012

Pernah tidak makan sup daging cengkih?


Tadi semasa makan malam di kedai saya tempah sup daging. Nak cuba sedap tidak kedai baru buka ini. First nampak sup macam sedap tapi bila hirup supnya cengkihnya melebihi rasa sup daging. Ini dah namanya sup cengkih. 

Memang terbaiklah restoran ini. Lain kali memang tidak makan dah sup di kedai ini tapi kalau nasi gorengnya boleh tahanlah. cuma sup daging je rasa pelik kot. Menu yang lain tidak cuba lagi. Mungkin lain kali rasanya.

Kedai ini baru lagi buka cawangannya sekitar area Shah Alam. Baru dalam 13 hari semenjak dibuka. Apa yang specialnya adalah ada buffet untuk sarapan pagi dan tengahari. Harganya pun berpatutan.

Ayat jangan jaga tepi kain orang bahaya!!!

Pernah tidak anda tengok orang kena tikam tetapi yang ini lagi dasyat. Ada orang lalu tepi mangsa yang kena tikam tapi cuma tengok sahaja tanpa sebarang reaksi dan meneruskan perjalanan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Memang dasyatlah. Video ini berlaku di China. Jom saksikan video di bawah.

Adakah suatu masa nanti rakyat Malaysia pun akan jadi sedemikian rupa? Ini kerana kebanyakan orang di bandar besar hanya mengambil tahu tentang diri sendiri sahaja tanpa memikirkan tentang keadaan masyarakat. Mungkin ada juga tapi hanya segelintair. Wallahuallam.

Monday, January 9, 2012

Apa pendapat anda tentang 901?

 Di sini saya sertakan beberapa gambar yang diambil dari blog paspb2 : 



Sunday, January 8, 2012

Lee Chong Wei berjaya mengalahkan Lin Dan di Terbuka Korea Selatan


Juara Super Series Terbuka Korea Selatan :
 Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan
Set 1 : 12-21,  Set 2 : 21-18, Set Penentuan : 21-14

Akhirnya setelah lama menunggu kemarau kemenangan ketika berdepan Lin Dan, hari ini Datuk Lee Chong Wei telah berjaya mengatasi musuh tradisinya. Ini telah menangkis dakwaan orang ramai bahawa beliau tidak mampu untuk berdepan dengan Lin Dan iaitu musuh ketatnya.

Dengan kejayaan ini, persepsi orang ramai mungkin telah berubah dan akan berkuranglah tohmahan yang mengatakan Lee Chong Wei tidak layak memegang ranking nombor 1 ranking dunia. Semoga Lee Chong Wei dapat mengekalkan rentak kemenangannya untuk sukan Olimpik nanti.

Saturday, January 7, 2012

Hati-hati dengan benda percuma

Munkin ramai yang tertanya-tanya kenapa saya kata hati-hati dengan benda percuma. Apa yang saya nak tekankan adalah zaman sekarang adalah zaman IT. Dalam dunia maya apa yang orang ramai mahu adalah benda percuma dan amat sedikit orang yang jadi pembeli di alam maya.

Contohnya software-software pirate di alam maya yang paling banyak orang nak kerana ianya adalah yang percuma. Hanya segelintir kecil orang yang membelinya. Ini menyebabkan ramai orang dalam bidang IT tidak puas hati dan itu adalah salah satu sebab wujudnya para "hacker" di dunia.

Mereka ini sebenarnya apabila mereka bagi apa-apa barang percuma dalam diam ada sesuatu yang mereka sorokkan. mungkin mereka akan selitkan virus ataupun apa sahaja yang boleh mendatangkan faedah buat mereka. Kemungkinan untuk mereka tahu apa sahaja yang kita buat akan diketahui oleh mereka.

Artikel ini saya rasa terpanggil untuk menulisnya semasa bersembang dengan seorang proggrammer di kedai makan semalam. Inilah namanya konsep timbal balik iaitu pengguna dapat secara percuma manakala para hacker pula dapat apa yang mereka mahu tanpa kita sedari.

Kesimpulannya hati-hati ketika mendownload benda-benda free di internet.


Bahaya gambar wanita di facebook

Sedarlah wahai wanita-wanita di luar sana bahawa dengan memaparkan gambar mu di wall facebook bermakna telah mendedahkan dirimu di khalayak ramai sekalipun engkau letak gambar yang bertudung. Tidakkah enkau takut sekiranya nanti ada orang mengeksploitasi gambar mu dengan teknik superimpose menjadikan gambar bogel.

Hati-hatilah kerana zaman sekarang amat mudah untuk orang yang sakit hatinya menganiyai orang lain yang tidak bersalah. Untuk mengelakkan dirimu daripada terjebak elakkanlah daripada memaparkan gambar di wall facebook kecuali atas urusan-urusan yang amat terdesak tetapi itupun dengan meletakkan gambar yang kecil.

Saya bukan apa hanya sekadar menasihati muslimah-muslimah di luar sana kerana merasa terpanggil untuk memberitahu bagi mereka yang belum mengetahui. Ini kerana sudah terjadi kes seorang wanita muslimah gambarnya telah dieksploitasi menjadi gambar bogel.


 Boleh rujuk video ustaz azhar idrus untuk pemahaman yang lebih lanjut.

Friday, January 6, 2012

Penantian adalah satu proses

Pernah tidak anda menunggu akan seseorang kemudian dia tidak datang-datang. Lama kemudian dalam sejam lebih baru dia sampai. Apa perasaan anda semua? Mesti ada rasa marah, tidak puas hati, geram dan sebagainya.

Sebenarnya kalau difikirkan kembali, banyak perkara-perkara positif yang boleh dilatih dalam masa menunggu tersebut. Ramai orang hari ini terlampau bersikap emosional iaitu terlalu mengikut emosi tanpa mempertimbangkan secara waras dengan akal yang ada.

Kita kena cuba membayangkan perkara positif apabila seseorang itu datang lambat. Contohnya mungkin dia ada hal mustahak yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sehingga terlupa hendak memberitahu kita bahawa dia mungkin akan datang lambat sedikit.

Penantian adalah satu proses yang mana ia akan membentuk kita kearah yang lebih baik sekiranya kena pada caranya. Ramai orang di luar sana yang menganggap penantian adalah satu penyiksaan dan tanggapan ini adalah      amat tidak sesuai kerana apabila kita menganggap ianya satu penyiksaan maka kita juga yang akan terseksa menunggu. Jadi bersabarlah dalam menghadapi apa jua penantian. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Thursday, January 5, 2012

Kera basuh periuk


Jom kita saksikan kera membasuh periuk. Bunyinya pelik bukan tapi benar. Jom saksikan.

Mat Luthfi di seksyen 4 Shah Alam


Gambar ini diambil semalam semasa Mat Luthfi dah nak balik. Hari ini Mat Luthfi akan bertolak ke oversea untuk meneruskan pengajiannya. Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa vlogger Mat Luthfi sanggup datang ke rumah kami ini kan? Mat Luthfi dalam proses pembikinan video terbarunya dan insyaallah akan launch dalam masa beberapa hari lagi.

Mat Lutfi datang ke rumah kami untuk meminta bantuan daripada kawan kami iaitu Umar Mita (freelancer). Beliau boleh membuat video dan tangkap gambar senang cerita seorang photographerlah. Ini website beliau umar mita. Anda boleh tengok hasil kerja beliau di websitenya.

Berbalik kepada cerita Mat Luthfi pula. Beliau adalah seorang yang agak peramah dan sporting. Agak lama jugalah Mat Luthfi bertandang di rumah kami untuk menyiapkan video beliau. Sekarang video beliau dalam proses editing oleh saudara Umar Mita.

Bagi yang belum kenal Mat Luthfi boleh search di youtube. Taip matluthfi90. Nanti akan ada banyak video-video kreatif yang dihasilkan oleh beliau.

Sekian. Wassalam.

Wednesday, January 4, 2012

Video Lowkey yang kena ban daripada tv


Lyric :
[Intro]This track is not an attack upon the American peopleIt is an attack upon the system within which they liveSince 1945 the united states has attempted toOverthrow more than 50 foreign governmentsIn the process the us has caused the end of lifeFor several million people, and condemned many millionsMore to a live of agony and despair

Pernah tidak anda rasa malas bila melakukan sesuatu kerja?

    kredit 9GAG.COM

Ramai daripada kita akan pernah merasa malas. Betul tidak apa yang saya kata? Bila kita mula hendak study maka apabila lama sangat akan menyebabkan datangnya rasa malas. Mungkin kerana buat satu kerja yang sama dalam masa yang lama. 

Pernah tidak kita terfikir apa sebabnya kita malas? Adakah memang kita malas ataupun disebabkan oleh suasana sekeliling kita. Contohnya cuba tengok situasi gambar di atas. Apa yang akan kita fikir? Kenapa orang lebih suka naik eskalator daripada menaiki tangga? Sedangkan orang yang menaiki tangga adalah sangat ramai jika dibandingkan dengan orang yang menaiki tangga. 

Ramai yang sudah tahu jawapannyakan. Sudah tentu sebab ramai orang ingin melakukan sesuatu kerja yang mudah dan senang. Begitu juga dalam istilah sebagai seorang student, ramai yang tidak menyedari bahawa hanya segelintir sahaja yang boleh mengatasi sifat malas untuk tergolong dalam kategori orang yang cemerlang. 

Apa yang saya cuma ingin tekankan adalah sifat malas itu akan tetap datang sekalipun kita cuba mengelakkannya. Untuk menjauhi sifat malas memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi apatah lagi ketika kita sedang membaca buku-buku ilmiah ataupun akademik. Rasa malas akan lagi cepat datang. Kita kena cepat-cepat cari jalan supaya dapat mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...