Saturday, October 16, 2010

Lobi antarabangsa mendokong jenayah Israel

Cynthia McKinney, seorang bekas Ahli Kongres Amerika, mendedahkan wujudnya satu lobi antarabangsa yang mempunyai tajaan kewangan yang begitu kukuh demi membantu Israel melanggar undang-undang antarabangsa.

“Status yang dinikmati oleh Israel adalah merupakan hasil daripada satu lobi yang mendapat bantuan kewangan yang sangat kukuh yang mempertahankan semua kepentingan Israel,” kata McKinney dalam satu temuramah bersama Press TV pada hari Selasa, 12 Oktober lalu.

Menurut McKinney, masalah di mana negara Israel terus mengelakkan diri daripada undang-undang antarabangsa bukan sahaja menggugat Amerika, tetapi seluruh masyarakat antarabangsa dan juga Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB.)

“Lihat saja apa yang berlaku ke atas Hakim Richard Goldstone apabila dia menulis satu laporan yang mendedahkan kebenaran tentang apa yang dilakukan oleh Israel berkaitan serangan Operation Cast Lead,” sambung McKinney lagi.

Serangan Israel ke atas Gaza pada musim sejuk tahun 2008-2009 mengorbankan 1,400 nyawa rakyat Gaza, kebanyakan daripada mereka adalah masyarakat awam. Kerugian ekonomi ke atas wilayah yang diserang itu dianggarkan sebanyak USD1.6 bilion.

Laporan PBB yang dikenali sebagai Goldstone Report itu menyenaraikan jenayah-jenayah yang dilakukan Zionis Israel dalam serangan tersebut, termasuklah jenayah menembak masyarakat awam dengan sengaja. Laporan itu juga menekankan sikap kerakusan tentera Zionis menggunakan senjata fosforus putih untuk memusnahkan kawasan berkenaan. Kekejaman itu jelas berlaku ketika mereka menyerang kedudukan UN Relief and Workd Agency (UNRCA) di Gaza City dan di dua buah hospital di kawasan lain.

McKinney juga menarik perhatian kepada serangan Israel ke atas Freedom Flotilla yang sedang dalam pelayaran untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke wilayah Gaza yang disekat sejak hampir 5 tahun lalu. Beliau menekankan bahawa rejim Zionis, dalam usaha menolak kutukan antarabangsa ke atas serangan itu, mendakwa tindakan mereka itu adalah selaras dengan undang-undang.

Komen McKinney ini dibuat setelah bekas anggota kanan White House Press Corps, Helen Thomas, membuat kenyataan bahawa tidak ada siapa yang boleh bertahan tinggal di Amerika sekiranya dia mengkritik Israel.

Thomas telah dipaksa meletakkan jawatannya pada bulan Jun lalu apabila beliau mencadangkan supaya Israel “keluar dari bumi Palestin.”

McKinney menegaskan bahawa lobi Israel terus menyokong kepentingan rejim Zionis, “tidak kira sistem politik apa yang digunapakai (di tempat lobi dilakukan.)”

Beliau juga mencadangkan supaya satu lobi masyarakat antarabangsa yang kukuh kewangannya dan tersusun rapi ditubuhkan bagi melawan kesan-kesan akibat lobi Israel, demi mempertahankan keamanan dan keadilan.

http://haluanpalestin.haluan.org.my/

Friday, October 15, 2010

Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB

Taktik Menculik kanak2 di Shopping Compleks

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.Even if you do not have little kids, pass this one on to everyone you can think of. You never know who you might save by sending this e-mail! Please, take the time and forward this to any friend who has children & grandchildren! Thanks!

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.Wanted to share something that happened today while shopping at Carrefour. A mother was leaning over looking for meat and turned around to find her 4 years old daughter was missing. I was standing there right beside her, and she was calling her daughter with no luck.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.I asked a man who worked at Carrefour to announce it over the loud-speaker. He did, and left me, he immediately walked right past me when I asked and went to a pole where there was a phone. He made an announcement for all the doors and gates to be locked, a code something. So they locked all the doors at once.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.This took all of 3 minutes after I asked the guy to do this. They found the little girl 5 minutes later in a bathroom stall drugged. Her head was half shaved, and she was dressed in her underwear with a bag of clothes, a razor, and wig sitting on the floor beside her, to make her look different ..

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.Whoever this person was, took the little girl, brought her into the bathroom, shaved half her head, and undressed her in a matter of less than 10 minutes. This makes me shake to no end. Please keep a close eye on your kids when in big places where it's easy for you to get separated like Shopping Malls. It only took a few minutes to do all of that. Another 5 minutes and she would have been out the door.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.I am still in shock that some sick person could do this, let alone in a matter of minutes. The days are over when our little ones could run rampant all over the place and nothing worse would happen then them annoying people. The little girl is fine. Thank God for fast workers who didn't take any chances

Friday, October 8, 2010

Cincin dan kuku panjang

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari.

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

Thursday, October 7, 2010

Freemason : Fatwa Arab Saudi

Freemason adalah sebuah pertubuhan politik sulit bertujuan menamatkan perbuatan baik dan sistem keagamaan sedunia dengan menggantikannya sistem tanpa agama serta undang-undang ciptaan manusia. Mereka mengatur revolusi serta menggantikan satu pemerintah dengan pemerintah lain, atas dasar kebebasan pemikiran dan kepercayaan.

Ini jelas disebut seorang daripada mereka ketika persidangan pelajar berlangsung pada tahun 1865 selepas masihi di Kota Liege, iaitu salah satu pusat kegiatan Freemason. Dia menyebut; manusia wajib menolak Tuhan dan memerangiNYA. Hendaklah seseorang itu menghancurkan kepercayaan langit dan mengoyaknya seperti kertas.

Ia tercatat dalam Perhimpunan Agung Mason (Masonic Grand Lodge, 1922, hlm.98), “Kami akan mengukuhkan kepercayaan bebas dalam pemikiran individu menerusi kuasa yang kami miliki, dan kami melancarkan perang sebenar terhadap musuh sejati manusia iaitu agama.

Freemason adalah salah satu pertubuhan sulit tertua yang masih wujud, sedang kewujudan sebenarnya masih tidak jelas terhadap kebanyakan penduduk. Bahkan ahli-ahli mereka tidak diketahui, kerana plot kepimpinan mereka cukup tersembunyi dan rahsia. Namun mereka cukup menyanjung usaha merealisasikan perancangan serta objektif pertubuhan (Freemason). Kebanyakan agenda dijalankan secara lisan, kerana bukti bertulis tidak dapat ditemui.

Teori pertubuhan dan cara kerja Freemason banyak diambil dari tradisi lama Yahudi. Fakta ini dikuatkan bahawa idea dan ajaran Yahudi menjadi asas penubuhan Freemason (The Grand Lodge) pada tahun 1717 masihi. Ini termasuklah prinsip dan simbol pertubuhan. Ini boleh dilihat dalam kenyataan terkandung dalam majalah Masonic Acacia, bahawa “Kita boleh menemui ramai Yahudi di kalangan ahli-ahli Freemason” (isu no.66, tahun 1908)

Satu-satunya pertubuhan yang giat memusnahkan kepercayaan agama ialah Freemason. Kepercayaan tersebut menyamai kepercayaan Yahudi. Simbol mereka ialah 6 bucu bintang iaitu Star of David. Yahudi dan Freemason menganggap mereka adalah keturunan daripada roh pembina Kuil Sulaiman (Temple of Solomon). Manakala, dalam Protokol Orang-Orang Besar Zion menyerlah hasrat sebenar mereka mahu memusnahkan kepercayaan beragama.

Sememangnya wujud hubungan antara Freemason dan Yahudi dalam mengatur konspirasi serta agenda menjatuhkan sesebuah kerajaan. Seruan kebebasan pemikiran yang didukung dari idea cetusan Freemason sebenarnya menyebabkan kemusnahan moral di dunia serta banyak kerosakan sosial dan lain-lain.

Atas dasar ini, mana-mana Muslim yang menyertai pertubuhan Mason (atau pro-Mason) telah menjadi kafir kerana mendukung kepercayaan serta agenda mereka. Mereka diseru agar segera bertaubat. Sebaliknya, jika dia masih meneruskannya, hukuman mati (hadd - kerana terkeluar dari Islam) adalah wajib ke atasnya dan kematiannya dalam golongan kafir.

Baca lanjut: Fatwa Lajnah Daimah KSA, 2/312-315.

Sumber: al-fikrah.net

Wednesday, October 6, 2010

SUNGAI DIBAWAH LAUTAN...subhanallah!


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.












Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...