Saturday, May 28, 2011

Gelagat syaitan di majlis kenduri kahwin.


Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....

Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu?

Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat
panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan.

Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan
oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.

Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap
benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat org lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk... Ada
juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.

Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.

Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg
membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil
bergayut di jendela rumah

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman
bercakap dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. Begitulah
halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.

Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah
BISMILLAH.....

DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999.

Wallahualam MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH...
semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Monday, May 23, 2011

BRiGeD KiFR : TeNTeRa DaJaL ?

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Dunia buat sesiapa sahaja yang sudi berkunjung ke blog elaksamana yang insyallah berinformasi ini. Marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran kehadrat Ilahi atas lumpah kurniaNya kepada kita hambaNya. Jika dahulu di entry post terdahulu elaksamana telah berkongsi dengan anda semua suatu kisah sejarah yang terlipat rapi dan disembunyikan dari kita iaitu tentang tentera islam Nazi Jerman, pada kali ini kita akan membicarakan suatu kisah yang sedang dibuka lipatan lembaran kisahnya iaitu tentang tentera Israel laknatullah yang digelar Briged Kuffar. Sepertimana kita ketahui bahawa di akhir zaman nanti, dajjal laknatullah akan keluar ke dunia dan memerintah dunia dan menyesatkan umat manusia. Disaat keluarnya dajjal ini, akan wujud sebuah tentera dajjal yang tertulis di dahinya perkataan ‘KAFIR’. Benarkah tentera kuffar Dajjal telah muncul untuk memusnahkan dunia? Pertanyaan ini menjadi semakin hangat diperkatakan sebaik sahaja Israel menubuhkan briged ‘Kfir’ yang merupakan pasukan anti-keganasan elit yang sedang dibangunkan oleh Israeli Defenses Force (IDF).

Kfir Brigade atau dalam bahasa Hebrew (yahudi) ialah חֲטִיבַת כְּפִיר‎‎, juga dikenali sebagai 900th Brigade, ialah salah sebuah briged infantri yang paling muda di dalam perkhidmatan israel Defense Forces. Briged ini merupakan salah satu cabang ketumbukan 162nd Division (Utzvat HaPlada) tentera Israel di tengah-tengah wilayah israel.

Pusat operasi utama briged ini ialah di wilayah Pakmaz (פקמ"ז), iaitu pusat operasi utama Israel Defense Forces (IDF). Pusat ini menjadi pusat operasi dan semboyan bagi ketumbukan tentera Israel di sekitar Tebing Barat (iaitu divisyen-divisyen tentera Israel di tebing barat) yang meliputi Jerusalem, Sharon, Gush Dan, dan Shephelah. Pusat operasi tentera Israel di Pakmaz ini diketuai oleh seorang komander berpangkat Aluf (Mejar Jeneral) yang kini dipegang oleh Aluf Avi Mizrahi yang berkhidmat dari 2009 sehingga kini.

Berbalik kepada Briged Kifr ini. Ketumbukan briged Kifr ini ditempatkan berdekatan dengan wilayah Tebing Barat Palestin di mana kebanyakan misi ketenteraannya adalah berkaitan dengan kempen anti-keganasan, menculik para pejuang pembebasan Palestin, meronda sempadan, terlibat dengan kawal keselamatan sempadan dan kempen ketenteraan biasa di wilayah Palestin.

Pembentukan batalion ini (dikenali sebagai 90's Battalions) secara tidak rasminya ialah pada sekitar tahun 1990-an yang bertujuan untuk dijadikan pasukan ketumbukan infantri mudah alih. Pada 6 Disember 2005, briged ini secara rasminya dibentuk dengan keanggotaan 90 anggota pelbagai pangkat yang dibawah pemerintahan pegawai pemerintahnya iaitu Kolonel Eyal Nosovski.

Walaupun pasukan ini merupakan salah satu cabang dari Divisyen ke-162 IDF, setiap batalion di dalam briged ini dioperasikan bersama dengan Divisyen IDF Tebing Barat yang lain. Briged Kifr ini mengandungi kekuatan 6 batalion yang mana setiap batalion dalam briged Kifr ini diletakkan di dalam beberapa briged lain di sekitar Tebing Barat iaitu :

Batalion ke-90 Nahshon, ditempatkan dengan Briged Ephraim
Batalion ke-92 Shimshon, ditempatkan dengan Briged Etzion
Batalion ke-93 Haruv, ditempatkan dengan Briged Shomron
Batalion ke-94 Duchifat, ditempatkan dengan Briged Binyamin
Batalion ke-96 Lavi, ditempatkan dengan Briged Yehuda
Batalion ke-97 Netzah Yehuda (dahulunya dikenali sebagai Batalion Nahal Haredi)

Untuk menarik anak muda Israel menyertai ketumbukan ini, pihak IDF telah mengambil keputusan untuk menjadi syarat utama sebelum tentera IDF menyertai Sayeret Oketz (unit khas K-9) atau Sayeret LOTAR (unit khas anti-keganasan) mereka harus menyertai briged Kifr ini terlebih dahulu, sekiranya mereka tidak lulus saringan untuk menyertai unit Sayaret Oketz, maka mereke harus kekal di dalam Briged Kfir.

Nama asal Brigade tersebut adalah “KFR”, kerana sistem huruf Ibrani tidak mengenal huruf hidup. Pasukan ini juga merupakan pasukan khas anti-pengganas yang paling efektif di negara Israel. Bukan itu saja, sebuah syarikat pembuat pesawat di israel iaitu IAI yang bekerjasama dengan kerajaan pusat israel juga telah membuat sebuah pesawat tempur diberi nama Kfir.

Serangan oleh Briged Kifr keatas wilayah Palestin di Nablus

Pasukan ini pernah terlibat secara primary di dalam 2 operasi besar iaitu Ops Hot Winter dan juga Ops Cast Lead. Ops Hot Winter, yang juga dikenali sebagai Ops Warm Winter atau dalam bahasa Hebrew (yahudi) ialah מבצע חורף חם‎ (Mivtza Horef Ham) ialah kempen ketenteraan Israel Defense Forces di sepanjang wilayah Palestin iaitu Gaza. Operasi ini dilancarkan pada 28 Februari 2008 dengan alas an mengekang serangan roket Qassam Hamas yang dilancarkan dari jaluran Gaza. Tidak kurang 112 pejuang Palestin syahid dan 3 tentera Israel laknatullah mati. Mengikut data rasmi yang dikeluarkan, seramai 150 rakyat Palestin syahid dalam serangan tentera Israel itu dan 3 warga Israel mati.

Serangan Bom Fosforus Putih di sebuah sekolah rendah di wilayah GAZA

Berdasarkan sumber dari Israeli Defence Forces (IDF), operasi ini dilancarkan untuk menghancurkan kawasan pusat pentadbiran dan pejabat gerakan HAMAS di semenanjung Gasa. Salah satu sasaran utama serangan ialah bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran Ketua Gerakan HAMAS iaitu Ismail Haniyeh.

Ketumbukan tentera IDF yang dikerah selain Briged Kifr ialah Briged Givati, pasukan kejuruteraan IDF dan Kor Armor IDF, yang mana kesemuanya terlibat dengan serangan dari darat ke atas Gaza. Manakala Israeli Air Force pula terlibat dalam pengeboman ke atas wilayah Gaza dengan bom fosforus putih yang berbahaya dan mereka juga memberikan sokongan taktikal kepada tentera infantri.

Penduduk Israel Laknatullah Menjamu Panorama Pengeboman Di Gaza Pada 2008

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda bahawa ciri-ciri fizikal Dajal, selain bermata satu, di dahinya juga ada aksara perkataan Arab iaitu “Ka Fa Ra” atau Kafir. Kafir berarti ‘Tidak mempercayai’. Dajjal dan para pengikutnya memang tidak percaya pada Allah S.W.T, kerana mereka lebih percaya pada Iblis atau Lucifer. (nama syaitan bagi bangsa eropah)

Dalam hadis lain juga, Rasul juga mengatakan bahawa Dajjal akan memimpin pasukan yang berjumlah 70,000 pasukan. Dan di hadis lainnya pula disebutkan bahawa Dajjal hanya memiliki satu buah mata. Cuba perhatikan gambar di bawah ini (gambar lukisan pada badan pesawat IDF). Jadi benarkah pasukan Dajjal telah muncul? Benarkah kiamat semakin dekat? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.


Bentuk Mata 1Dajjal dilukiskan di badan pesawat KFIR Israel



Sumber :
http://en.wikipedia.org/wiki/Central_Command_%28Israel%29
http://en.wikipedia.org/wiki/Kfir_Brigade
http://en.wikipedia.org/wiki/Operation_Hot_Winter

P/S : OneIsrael, One World Order, New World Order, Kesatuan Dunia Baru, 1 Mata Dajjal, 1 Mata Freemason, 1 Mata Tuhan Horus Firaun dan terbaru 1Malaysia? Tidakkah pelik persamaan kesemua di atas?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...