Thursday, January 9, 2014

Tempat-tempat menarik sekitar bandar Melbourne Australia


Melbourne adalah sebuah bandar yang tidak pernah sunyi dengan kehadiran pelancong. Saya pergi ke sana pada waktu yang tepat iaitu pada sambutan tahun baru. Suasana pelancong agak ramai dan memang meriah. Di sini terdapat banyak kawasan pelancongan yang boleh dilawati dan untuk pergi ke tempat-tempat pelancongan amat senang. Ini kerana pengangkutan awamnya cukup cekap dan efisien.


Tempat yang pertama sekali pelancong wajib pergi adalah Melbourne Visitor Centre yang memberi panduan kepada para pelancong tempat-tempat yang boleh dilawati sepanjang berada di Melbourne dan kawasan-kawasan menarik di Australia.


Melbourne Sealife Aquarium juga tempat yang boleh dilawati dengan bayaran yang berpatutan mengikut pakej-pakej yang ditawarkan. Boleh tempah secara online untuk mendapat harga yang terbaik. Sila rujuk di website Melbourne Sealife Aquarium untuk tahu info yang lebih lanjut. Lokasinya berdekatan dengan Flinders Street tempat saya menginap di hostel backpacker YHA.


Bangunan Arts Centre in Melbourne juga agak menarik dan ada banyak persembahan di dalamnya tetapi saya tak berminat nak masuk sebab masa saya pergi persembahan yang ada hanyalah nyanyian. Boleh rujuk website Arts Centre in Melbourne untuk info yang lebih lanjut berkenaan persembahan yang diadakan dan harga yang ditawarkan.


Melbourne Central adalah tempat yang wajib untuk dilawati kerana di sana banyak kedai-kedai yang menjual cenderahati, barang-barang elektronik dan lain-lain keperluan. Kalau bertuah adalah juga persembahan jalanan seperti silap mata daun terup dan lain-lain.

Queen Victoria Market juga adalah tempat yang wajib dilawati kerana banyak menjual barang-barang basah, kering, cenderahati dan banyak lagi. Market ini buka pada hari tertentu sahaja. Sila rujuk website ini untuk info yang lebih lanjut Queen Victoria Market

Untuk mengetahui sejarah penduduk di Australia bolehlah melawat ke Imigration Museum yang menceritakan tentang asal usul kebanyakan penduduk di Australia. Kebanyakan penduduk di sini adalah bukan penduduk asal. Di website ini Imigration Museum ada beritahu apa acara yang sedang dijalankan dan pukul berapa ianya dibuka.


Di Melbourne juga ada beberapa universiti antarabangsa antaranya ialah Universiti Melbourne, RMIT, Universiti Monash dan banyak lagi.

Kalau mahu pergi ke kawasan ramai orang cina boleh pergi ke Chinatown. Ada banyak kedai-kedai makan dan cenderahati yang dijual tapi kalau untuk Muslim sepanjang saya lalu tak jumpa lagi makanan halal cina di kawasan ini. Lokasinya berdekatan dengan Melbourne Central.

Setakat ini sahaja coretan berkenaan tempat-tempat menarik sepanjang saya berada di Melbourne. Rancang betul-betul sebelum melancong supaya tak membazir masa dan tahu hala tuju ke mana. Nanti saya akan post berkenaan anggaran bajet untuk ke Australia.

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...