Wednesday, February 15, 2012

Bahagiakah kita

Renungan yang amat mendalam
kredit : google

Sepanjang kita hidup pernah tidak kita merasai hidup kita ini sudah lengkap atau dalam erti kata lain bahagia. Apa yang kita ingin capai dalam hidup kita? Adakah kita mahu :

1. Duit yang banyak
2. Rumah yang besar
3. Pangkat tinggi
4. Populariti
5. Dan segala macam yang ada di dunia

Sebenarnya apa yang kita mahu kejar dalam hidup? Setelah kita mencapai itu semua adakah kita mencapai kebahagiaan dalam hidup? Cuba kita tanya dan muhasabah diri kita semula. Sedarkah kita bahawa sekiranya semua benda yang kita kejar di dunia sekiranya tidak diselarikan dengan akhirat akan menyebabkan jiwa kita kosong dan tiada apa-apa makna dalam hidup.

Cuba kita lihat artis-artis luar negara yang popularitinya tinggi. Adakah mereka bahagia setelah mendapat apa yang mereka hajatkan? Tidak. Mereka sama sekali tidak mendapat ketenangan dalam jiwa mereka. Mereka cuba mendapatkan pil-pil kesihatan, ke kelab malam, bersosial tanpa mengira jantina dan sebagainya. Semua yang mereka lakukan itu kononnya sebagai tiket untuk mendapatkan erti kebahagiaan yang sebenarnya tetapi pada hakikatnya jiwa mereka sengsara.


Sama-samalah kita merenung sebentar firman Allah SWT :

"Dan tidak Aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk berubudiah kepada kepada-Ku" (Surah az-Dzariyat:56)

Apa yang ingin saya beritahu di sini ialah hanya ada satu jalan untuk kita mendapat kebahagiaan yang kekal abadi iaitu dengan mendekatkan diri kita dengan Allah. Apabila kita tunaikan hak kita pada Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusan kita di dunia.

Sekadar untuk renungan bersama dan berkongsi apa yang terbuku di hati. Sebenarnya peringatan ini juga ditujukan khas buat tuan blog sendiri. Wallahuallam...


23 comments:

Cik tikah said...

erm.. renungan reminder. thanks azezk :)

Anonymous said...

emm, renungan buat aku jugak. aku pengejar harta dunia :)

afzalsukasuki said...

ntah la kan.kalau takde kita cari..tapi mulut kita kata bahagia klu takde.hmm dunia..dunia

Anonymous said...

kebahagiaan ukhrawi itu lebih penting krn di situlah letaknya kehidupan yg abadi

Zaza Iman said...

sdg brusaha mcari kebahagiaan..

Nyue said...

erm...renungan utk nyue jgk
Thanks ats pkongsian
=)

CikTeddyCorner said...

muhasabh diri yg baik..syukran ^_^

Pendamba Mawar said...

demand was infinity..hehe

peringatan yang terbaik...:)

apa2 pun kita sebagai manusia ni seringkali leka...

nora rashid said...

akan rasa bahagia bila boleh dok sebumbung ngn suami...huuuu...

odahonebizz said...

dunia cr byk cmne pun ttp xcukup gak

Zahirah said...

Bahagia bersama keluarga tercinta :)

LydSunshine said...

ha ah awk. Bahagia itu bukan pada serba lengkapnya hidup. Tp kebahgiaan hakiki ialah ketenangan dan keredhaan Allah.

Anyyss Shuhaimi said...

masih mencari yang hakiki.

MISSNICK said...

yes betul tu....sama2 la kita berusaha untuk mencapai ketenangan jiwa :)

::cik asha:: said...

kebahagian dtg dari ketenangan dan keredhaan Allah dlm ape jua yg kite dilakukan..

saye bahagia disamping keluarga tersayang..=)

ariffin mutalib said...

kadang2 kita terlalu mengejar keduaniaan sampai terlupa perkara yang paling pentingbagi seorang khalifah di muka bumi ini

spirit lion said...

kalau kata bogle dalam bukunya yang berjudul "enough" menyatakan bahwa: "bukan kesuksesan yang membuat kita bahagia, namun karena bahagialah kita sukses"

postingan yang menarik sob..

maen - maen k blog aku ya..:)
http://abadiorkes.blogspot.com/

salam blogger

wahida said...

biarlah dunia dan akhirat itu seimbang...

Hanif said...

Duit ada...tapi jiwa tak tenang pun tak best !!

souvenir pengajian said...

ingin bahagia dunia dan akhirat :)

Ainun Nadini said...

syukran

Outbound di malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

obat alami osteoporosis said...

sukses selalu gan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...