Wednesday, January 25, 2012

Rumah berpenunggu di seksyen 2 Shah Alam

Semenjak saya duduk di Shah Alam banyak orang kecoh tentang rumah banglow sewa Rm50 di seksyen 2. Saya pun cubalah mencari-cari dimanakah rumah yang dahulunya kecoh di alam maya mengatakan bahawa rumah itu berhantu dan dalam ceritanya sehinggakan ada yang membawa kepada kematian tapi kebenarannya tidak dapat dipastikan samada ianya betul ataupun tidak. Di bawah ada gambar yang saya ambil dengan menggunakan kamera telefon.




Apabila saya pergi ke rumah itu memang apabila kita lalu malam-malam di tepi rumah itu tiba-tiba sahaja bulu roma meremang. Dalam hati teringin juga bermalam di rumah ini tapi tidak berani kalau seorang diri. Hehehe. Kalau ada peneman boleh juga. Kawasan rumah ini memang sunyi ditambah lagi dengan semak samun yang ada.

Saya ada jumpa satu lagi rumah yang ditinggalkan dan yang ini lagi menyeramkan dan iainya berdekatan dengan kawasan perumahan ini. Rumah itu lagi banyak semak samun. Mungkin untuk post akan datang saya akan tunjukkan. Rumah itu untuk dijual ataupun disewa. Bolehlah untuk sesiapa yang berminat nak beli ataupun sewa.

12 comments:

Hanif Bloglist Blog said...

Inilah rumah yang dikatakan berhantu tu...
tak salah budak U yang sewa kan..

chunna said...

pernah baca pasal rumah2 berhatu kat syah alam ni... betul ke.. hantu 2 ni sampai boleh membunuh kot!!huhu takutnyas!!

khairul said...

tgk pon dh tau berantu

Cik tikah said...

scary btol rumah tu =.=

ChaCha said...

cuba bt video memalam..tak pun snap je gambar...kot ade entiti ehhehe.

Azekzk said...

boleh juga tp x beranilah seorang diri. tgklah nanti kalu ada member berani bru pg. hehehe.

::cik asha:: said...

ni yg penah masok paper tu kan...
tgk pon dh seram....

naiemah_ramli said...

seram tol tgk rumah pon.. =.="
tak prnh pon baca kisah dia..
kat mana nak baca? heee ^__^

Mohammad Abu Bakar Kamal said...

hehe.. serammmmm....

Anak Wak Mail said...

serius ada rumah ni kat seksyen 2??tak pernah lalu..hihi

Anonymous said...

Ini bukan rumah di sekysen 2. Rumah ii terletak di seksyen 3. Bukan rumah berhantu harap perbetulkan fakta anda.

Anonymous said...

Ye betul...ni rumah dia seksyen 3...3 thn kami tggl di rumah banglo ini sehingga tamat pengajian..alhamdulillah tak ada langsung perkara yg aneh mengganggu kami...harap maklum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...