Saturday, January 7, 2012

Bahaya gambar wanita di facebook

Sedarlah wahai wanita-wanita di luar sana bahawa dengan memaparkan gambar mu di wall facebook bermakna telah mendedahkan dirimu di khalayak ramai sekalipun engkau letak gambar yang bertudung. Tidakkah enkau takut sekiranya nanti ada orang mengeksploitasi gambar mu dengan teknik superimpose menjadikan gambar bogel.

Hati-hatilah kerana zaman sekarang amat mudah untuk orang yang sakit hatinya menganiyai orang lain yang tidak bersalah. Untuk mengelakkan dirimu daripada terjebak elakkanlah daripada memaparkan gambar di wall facebook kecuali atas urusan-urusan yang amat terdesak tetapi itupun dengan meletakkan gambar yang kecil.

Saya bukan apa hanya sekadar menasihati muslimah-muslimah di luar sana kerana merasa terpanggil untuk memberitahu bagi mereka yang belum mengetahui. Ini kerana sudah terjadi kes seorang wanita muslimah gambarnya telah dieksploitasi menjadi gambar bogel.


 Boleh rujuk video ustaz azhar idrus untuk pemahaman yang lebih lanjut.

6 comments:

aReLaN said...

bahaya zaman skang ni.pompuan la lebih tersebar.tapi rasanya kalau laki2 pon berisiko gak jadi mangsa gtu.hmmm

Azekzk said...

lelaki pun berisiko tetapi kuranglh.

NzA said...

amat menakutkan..dunia mkn canggih n ilmu hitam pn brtmbah canggih.....TQ krn mengingatkan...

::cik asha:: said...

mmg sgt berisiko..sekarang sumer benda boleh diedit..

Cik tikah said...

memang bahaya. boleh ltk tpi x yah letak bnyk2 :)

khairul said...

berhati2 lah wahai wanita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...