Monday, November 14, 2011

Tandas di masa hadapan & tenaga dari najis



Tandas sebagaimana yang kita tahu pada hari ini adalah hanya satu tempat untuk membuang najis dan tidak lebih dari itu. Sekarang saya nak tonjolkan contoh rekabentuk tandas di masa hadapan yang ada banyak fungsinya. Mungkin kalu ada di Malaysia nanti orang akan berada lebih lama di tandas untuk menikmatinya. Manalah tahu kan. Jom tengok gambarnya di bawah :






Ini adalah salah satu reka bentuk yang saya tunjuk dan masih banyak lagi yang ada...

Itu baru dari segi keselesaan dan kepuasaan. Apakah anda ada terfikir sekiranya  najis manusia boleh menjadi sumber tenaga? Jawapannya adalah “ya”. Najis manusia boleh menghasilkan gas metana dan gas itulah yang boleh ditukarkan menjadi tenaga yang mungkin salah satu daripada sumber tenaga diperbaharui. Hehehe.
Betul tidak apa yang saya kata? Mari kita fikir sejenak,  setiap manusia akan membuang najis dan ia adalah satu kewajipan yang sekiranya tidak dibuang akan mendatangkan mudarat kepada badan.  Adalah rugi sekiranya kita tidak memanfaatkan sumber yang sedia ada ni. Hehehe.

Apa kata para jurutera di Malaysia? Adakah mereka berani sahut cabaran untuk menghasilkan tenaga daripada najis? Marilah sama-sama kita tunggu dan lihat ataupun kita yang bertindak untuk mengambil cabaran untuk menghasilkannya lagi bagus.

Sebenarnya banyak lagi tenaga yang mungkin belum dijumpai oleh manusia ataupun mungkin sudah dijumpai tetapi disebabkan oleh memerlukan dana yang cukup banyak untuk membiayainya menyebabkan kurangnya kecendurangannya untuk mencari sumber macam ini.

Sumber : 1. science comedian
               2. environment about

9 comments:

Anonymous said...

huhu b0leh erk?? kalau org kita brjaya cipta sesuatu mcm nie..tabik spring lah :D

Cik tikah said...

wah! macam tu plak. hehe...

aReLaN said...

bkn setakat tenaga,makanan pn leh buat dr najis cm org jpon buat baru2 ni.burger dr najis tu.hahaha...

Unknown said...

toilet dh mcm bedroom

EmbunRosaliza said...

tandas pun canggih ni, rasa cam susah lak nk melepas hajat

Nurul Huda Mohd Rislan said...

kahkah canggih sgt..jgn xgeti nk guna time sakit perut sudah

Unknown said...

makin lama teknologi makin dasyat seiring dgn kehendak manusia...

Nur Aini An-Nisa said...

Cantik dan moden...
macam sayang je nak bertenggek kat situ...huhu...

Hati Batu said...

bro, aku share dekat blog k :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...