Ada seorang suami ingin berkahwin lain dan dia
mengajak isterinya berjumpa tok kadi untuk menjadi wali bagi suaminya.
“sayang jom kita jumpa tok kadi untuk mengesahkan
bahawa sayang telah bersetuju abang kahwin lagi satu,” kata sang suami pada
isterinya.
Isterinya mengangguk tanda bersetuju.
Apabila tiba di pejabat tok kadi, tok kadi pun
bertanya kepada sang isteri, “Betul ke kamu setuju mahu bagi kebenaran untuk
membenarkan suami kamu kahwin lagi satu?” kata tok kadi.
Isterinya pun menjawab, “betul tok kadi, saya redha
dengan keputusan suami saya.”
“Saya tanya lagi sekali betul ke kamu setuju suami
kamu kahwin lagi satu?” tanya tok kadi lagi sekali kepada isteri kepada sang
suami.
Suaminya menggeleng kepala sambil senyum bersahaja.
“Insyaallah tok kadi saya redha dengan keputusan
suami saya,” kata isteri suami tersebut kepada tok kadi.
“kalau macam tu, kamu balik dulu saya nak kamu
fikir masak-masak dan esok datang lagi sekali tetapi kali ini Cuma kamu seorang
sahaja,” kata tok kadi.
“Baiklah, tok kadi,” kata isterinya.
Lalu mereka pun baliklah ke rumah.
Keesokan harinya hanya sang isteri yang datang ke
pejabat tok kadi tanpa di temani oleh suaminya.
“Kali ini saya nak kamu bagitahu dengan jujur kepada
saya sebab sekarang suami kamu tidak ada di sini jangan kamu takut,” kata tok
kadi kepada wanita itu.
Jawapannya tetap sama mcam semalam “Tok kadi saya
tetap dengan keputusan saya bahawa redha dengan keputusan suami saya ingin
berkahwin lain,” kata wanita tersebut.
“Tidak apalah kalau macam itu, besok suruh suami
kamu datang jumpa saya pula secara bersendirian,” kata tok kadi kepada wanita
itu.
Keesokan harinya si suami pun pergilah ke pejabat
tok kadi sepertimana yang dibagitahu oleh isterinya.
“Kali ini saya nak bertanya kepada kamu pula, apa
sebabnya isteri kamu setuju dengan keputusan kamu itu?” tanya tok kadi kepada
lelaki itu.
“Tok kadi tahu tidak, mungkin salah satu sebabnya
ialah semasa saya selesai solat subuh secara berjemaah dengan isteri saya, saya
akan membaca doa semoga isteri saya redha sekiranya saya dapat kahwin lagi satu
dan isteri saya mengaminkannya. Saya amalkan doa itu setiap kali selepas solat
subuh,” kata lelaki itu kepada tok kadi.
“Masyaallah,” terkejut tok kadi dengan jawapan itu
dan beliau mengucapkan tahniah kepada suami tersebut dan mendoakan agar mereka
bahagia sehingga ke akhir hayat sekalipun isterinya telah bermadu.
Pengajarannya: Jangan mudah berputus asa dalam
berdoa dan carilah waktu-waktu yang mustajab supaya Allah memakbulkan doa kita.
11 comments:
aduh~
erk. tak tahu nak cakap ape. -_-"
alhamdulillah..
pasni lebih ramai suami mengajak si isteri berjamaah time subuh...
:)
erm.. terkedu baca cerita ni. cik tikah x sanggup bermadu :(
untung kedua-duanya!
kalau ikhlas senang la isteri tu kat syurga nanti :D
Waduh, bingung ni :(
mcm drama tb3 semalam. PAYUNG EMAS
berkat doa tu kan,mantau makbul gak.
Tak sanggup hidup bermadu..
Subhanallah...
xthu nak tulis ape... :) adakah suami membacakan doa dalam bahasa arab or bhsa melayu???
:)
Post a Comment