Tandas sebagaimana yang kita tahu pada hari ini adalah hanya
satu tempat untuk membuang najis dan tidak lebih dari itu. Sekarang saya nak
tonjolkan contoh rekabentuk tandas di masa hadapan yang ada banyak fungsinya.
Mungkin kalu ada di Malaysia nanti orang akan berada lebih lama di tandas untuk
menikmatinya. Manalah tahu kan. Jom tengok gambarnya di bawah :
Ini adalah salah satu reka bentuk yang saya tunjuk dan masih
banyak lagi yang ada...
Itu baru dari segi keselesaan dan kepuasaan. Apakah anda ada
terfikir sekiranya najis manusia boleh
menjadi sumber tenaga? Jawapannya adalah “ya”. Najis manusia boleh menghasilkan
gas metana dan gas itulah yang boleh ditukarkan menjadi tenaga yang mungkin
salah satu daripada sumber tenaga diperbaharui. Hehehe.
Betul tidak apa yang saya kata? Mari kita fikir
sejenak, setiap manusia akan membuang
najis dan ia adalah satu kewajipan yang sekiranya tidak dibuang akan
mendatangkan mudarat kepada badan.
Adalah rugi sekiranya kita tidak memanfaatkan sumber yang sedia ada ni.
Hehehe.
Apa kata para jurutera di Malaysia? Adakah mereka berani
sahut cabaran untuk menghasilkan tenaga daripada najis? Marilah sama-sama kita
tunggu dan lihat ataupun kita yang bertindak untuk mengambil cabaran untuk
menghasilkannya lagi bagus.
Sebenarnya banyak lagi tenaga yang mungkin belum dijumpai
oleh manusia ataupun mungkin sudah dijumpai tetapi disebabkan oleh memerlukan
dana yang cukup banyak untuk membiayainya menyebabkan kurangnya
kecendurangannya untuk mencari sumber macam ini.
Sumber : 1. science comedian
9 comments:
huhu b0leh erk?? kalau org kita brjaya cipta sesuatu mcm nie..tabik spring lah :D
wah! macam tu plak. hehe...
bkn setakat tenaga,makanan pn leh buat dr najis cm org jpon buat baru2 ni.burger dr najis tu.hahaha...
toilet dh mcm bedroom
tandas pun canggih ni, rasa cam susah lak nk melepas hajat
kahkah canggih sgt..jgn xgeti nk guna time sakit perut sudah
makin lama teknologi makin dasyat seiring dgn kehendak manusia...
Cantik dan moden...
macam sayang je nak bertenggek kat situ...huhu...
bro, aku share dekat blog k :)
Post a Comment