Thursday, November 17, 2011

Apa kata artis tentang aurat?

Kali saya nak paparkan tentang sebahagian daripada artis-artis di Malaysia tentang pakaian mereka yang seksi sangat. Jom kita tengok video di bawah apa yang artis tu kata :


Apa pendapat korang semua setelah menonton video di atas?

Jom kita imbas kembali apa yang dia kata. Artis pertama Aleeza Kasim bila ditanya oleh wartawan jawapannya adalah "muda" lagi. Suami dia pun "sokong". Artis yang terakhir sekali ialah Rebecca Nur Islam. Ramai orang tanya kenapa nama dia ada Islam? Jawapan dia, nama tu ayah saya beri dan kenapa saya nak menutup aurat kerana inilah diri saya. Apa yang saya tertarik perkataan terakhir yang dia kata adalah "manalah tahu suatu hari nanti saya akan menutup aurat".

Daripada dialog tadi kita dapat lihat bahawa betapa ramai orang yang hanya nama saje Islam tetapi, adakah mereka melaksanakan Islam sebagaimana agama yang mereka anuti? Tidak, bukan. Mungkin Allah masih belum memberi hidayah kepada mereka.

Sebab apa Islam mewajibkan umatnya menutup aurat? Ini kerana aurat boleh diibaratkan sebagai maruah oleh seseorang. Sekiranya seseorang mendedahkan auratnya ini bermakna maruahnya juga akan jatuh dan Islam amat mengambil berat akan hal ini kerana ingin menjaga keturunan manusia supaya berada dalam keadaan tenang tanpa sebarang gangguan tetapi yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya.

Aurat adalah wajib ditutup dan sekiranya tidak ditutup akan mendapat dosa.

 Firman Allah SWT : janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka
(surah an-nur, ayat 31)

Apakah mereka tidak sedar bahawa kecantikan yang ada pada diri mereka hanyalah sementara? Bagaimana sekiranya tiba-tiba Allah tarik semula? Apakah perasaannya? Lepas itu baru nak menyesal.

Banyak wanita hari ini tidak sedar bahawa diri mereka hanya menjadi bahan mainan dan aurat mereka dipaparkan kepada umum sedangkan ianya adalah haram. Adakah mereka yakin boleh selamat dengan berpakaian sebegitu rupa? Berpakaian sebegitu boleh mengundang banyak keburukan daripada kebaikan.

Menutup aurat ini boleh dianalogikan macam sebiji coklat. Terdapat dua biji coklat. satu yang dibungkus dan yang satu lagi tidak dibungkus. Sekiranya kita diberi dua pilihan untuk memilih yang mana satu akan kita pilih? Semestinya  coklat yang dibungkus sebab akan terjamin bersih jika dibandingkan dengan yang terbuka. Sama-samalah kita berdoa supaya mereka yang masih belum menutup aurat diberi hidayah oleh Allah untuk berubah. Ameen..

Wallahuallam.

9 comments:

Deganshah Putra said...

Begitulah kehidupan artis yang dikelilingi dengan kemewahan duniawi, aurat pun tak difikirkan. Mungkin kesadaran akan timbul bila cahaya keartisannya sudah redup wallahualam bishawab

Nazri Razra said...

Artis yg kurang didikan agama memang cam tu.. ceh, bikin malu saja

tirahzairi said...

kalo tnya artis....jwpn pon mcm artis la...huhu

Unknown said...

itulah kehidupan artis
bila berkenan singgah juga http://belajarsaraf.blogspot.com/

afqh said...

topic yang menarik utk dikupas
cuma target audience je salah
kalau tanya komen kanak2 / orang bangsa lain ke ok jugak
anyway ok ah sebab kita dapat tahu sumthing dari org yg berbeza bakground
* takyah tanya pun kat artis ni takpe sebab dah boleh agak jawapan

Unknown said...

kalau iman dah tipis, ilmu segunung pun tak guna.

The day we meet said...

ape punya alasan la dorang tu..yg reason rabecca tu yg x leh blah..haha

cik wanie Lovela (CWL) said...

bg pendapat saya kan.kalau kita menjaga solat kita insy kita automatik menjaga aurat.sbb solat itu tiang agama :)

silvi silviani said...

maksih gan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...