2, 3 hari lepas saya pergi berjumpa tukang urut untuk mengurut kaki yang terseliuh akibat tersilap bermain. Semasa bersembang dengan dia, dia kata orang muda pada hari ini banyak yang kena penyakit dan puncanya adalah datangnya daripada makanan. Orang dulu tidak ramai yang sakit sebab kurang makan makanan tidak berkhasiat mungkin kerana tidak berkemampuan. Hari ini boleh dikatakan kebanyakan makanan yang ada mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Cuma ianya tidak diwar-warkan sahaja. Contohnya adalah mee kuning yang ada di pasaran sekarang.
Mee kuning yang mengandungi Asid Borik dan Ezchericia Coli (E. Coli sebut E-Kolai). Asid borik merupakan bahan kimia yang digunakan untuk mencuci fungus dan kulat. Digunakan sebagai detergen untuk mencuci bahagian sulit manusia.
Jika anda sudah membeli Mee kuning sila buat eksperimen sendiri dengan merendam sedikit mee dalam air kunyit. Jika air kunyit bertukar menjadi merah, ini bermakna terdapat asid borik di dalam mee yang digunakan untuk memastikan mee tidak berkulat. Asid borik boleh menyebabkan barah @ kanser dan E. coli pula merupakan kuman yang terdapat dalam najis manusia dan haiwan. Boleh menyebabkan keradangan usus dan keracunan makanan. Menyebabkan dihidrasi, cirit-birit dan boleh membawa maut. Info ini saya ambil dari sktpiandang.
Mungkin ada banyak lagi makanan yang tanpa kita sedari sebenarnya adalah bahaya tetapi kita tidak tahu. Selepas ini kita kena lebih berhati-hati dalam mengambil makanan. Berhati-hatilah kerana perut adalah gedang segala penyakit.
Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w,maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala
pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)
Moga dapat diambil manfaat darinya....
Mungkin ada banyak lagi makanan yang tanpa kita sedari sebenarnya adalah bahaya tetapi kita tidak tahu. Selepas ini kita kena lebih berhati-hati dalam mengambil makanan. Berhati-hatilah kerana perut adalah gedang segala penyakit.
Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w,maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala
pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)
Moga dapat diambil manfaat darinya....
16 comments:
setuju sngt2..kerana skrg..misz Domu dpt pnykit yg brmula dr perut..
setuju....perut gudang penyakit...
mulut pintu masuknya... selera kunci utama...hihi..
memang stuju sangat..semua makanan ada bahan kimia..bahaya tapi kita tetap makan , huhu
mgkn sbb sedap.
ye betul.kalau kita berjaga2 pun..kita tetap tak tau kndungan yang ada dalam pemakanan kita :(
Mee kuning tu mmg sgt tak sedap. Saya pun mmg tak suka mee kuning sbb rasa dia pelik + pahit. Tapi skrg ni, bleh dikatakan semua makanan ada bahan kimia. Air sirap pun. Pewarna tu kan?
A'ah. Pewarna boleh menyebabkan sakit buah pinggang.
ya.. kena pandailah pilih makanan.. :)
betul betul. cik tikah x suka makan mee kuning. mee sedap suka. haha.. :P
nak makan apa pun susah skrg nie..
semua bahaya T.T
terima kasih atas info yang menarik... sekarang nie semua makanan kena hati2...
thanx 4 the info:)
meankutkan kalo ikutkan mknan skrg ni..haih!
tp mcm mee kuning kitorg 1 family buat sndri.hehe
sangat setuju . tima kaseh ya atas info :)
sgt stuju.actually kt hdp dlm dunia yg berpenyakit sbb dikelilingi dgn mknn yg kurang berkhasiat.fasfood is one of them.
memang...saya setuju sekali....aku punya solusinya nih teman-teman !
Suplemen praktis ga pake kimia-kimia an !
Post a Comment