Baru-baru ini saya pergi ke Low Yat untuk membeli laptop
dengan sahabat baik dan juga teman satu rumah. Puas cari laptop yang memenuhi
spec seperti mana tuan punye laptop tu nak akhirnya saya jumpa yang agak murah
dan berbaloi jenama Samsung. Kedai yang saya pergi ini orang yang jaganya
adalah orang melayu tapi tidak tanya pula siapa nama tauke dia.
Lama jugalah saya duduk di kedai tu untuk urusan jual beli.
Nak tahu tidak apa yang dia saya sembangkan dengan dia bile saya bersetuju nak
beli laptop yang dia jual? Ni perbualannya :
Penjaga kedai : model
apa yang ko minat? Samsung, Asus, MSI?
Saya : Erm....
(sambil dia tanya saya tengok2 model samsung sebab macam
menarik je designyer)
Penjaga kedai :
Samsung pon ok jugak cover depan LCD tidak mudah tercalar berbanding lain2
laptop.
Harganya pun murah. Spec dia pun
ok.
Saya : (berfikir sekejap)....
Penjaga kedai : Belilah,
yang ni saya bagi diskaun dan hadiah yang menarik. Tidak lama lagi Raya Haji. Dengan duit nilah nanti saya nak balik
kampung. Tidak apa. Saya tolong abang, abang tolong saya. Saya bagi harga yang
terbaik untuk abang.
(sambil tu dia buat kira-kira guna kalkulator nak bagi harga
yang terbaik untuk saya)
Saya : Oklah bang saya angkat. (teragak-agak jugak nak beli sebenarnya tapi setelah tengok spec,
design, harga dan jaminannya saya angkat jugak model tu).
Penjaga kedai :
Terima kasihlah abang. Abanglah pelanggan pertama saya.
Sahabat saya : Jangan berterima kasih pada dia sahaja tapi
berterima kasih jugalah pada Allah kerana dialah yang telah menggerakkan
hatinya untuk membeli.
Penjaga kedai :
Terima kasih sekali lagi sebab sudi membeli laptop ini.
Saya dan sahabat saya pun berlalu dari kedai itu untuk
pulang ke rumah..
Daripada dialog diatas terdapat 2 pengajaran yang kita boleh
ambil :
1. 1. Sikap tolong menolong sesama muslim
2. 2. Bersykur kepada Allah setelah mendapat rezeki
yang tidak disangka-sangka
Kisah ini sebenarnya adalah untuk renungan kita bersama yang
mungkin pernah berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Sama-samalah
bermuhasabah diri termasuklah diri penulis ini. Segala yang baik itu datangnya
daripada Allah dan segala kelemahan itu datangnya daripada insan yang serba
lemah ini.
5 comments:
hdup kna saling membantu.hehehe...
tiba2 rasa terharu. huhuu.... nice entry. ^_^
yess .pengajaran tu mmg bgs :) sambil mengingat kn kite skli supaya sling mmbntu and brsyukur :)
Allah tidak pernah memungkiri janjiNya. tahniah. Rezeki yang tidak disangka-sangka cuma milik wamayyattaqillah.
baik betol shbt ko ni.
untung sapa boleh jadi shbt dia kan?
:D
Post a Comment