Adalah amat bermakna sekiranya Lee Chong Wei dapat memenangi perlawanan dengan Lin Dan pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka China hari ini.
Pertemuan antara kedua-duanya semestinya akan menghasilkan rentak permainan yang lebih agresif. Ini kerana Lee Chong Wei akan cuba untuk bangkit semula selepas dikalahkan oleh Lin Dan sebanyak dua kali berturut-turut.
Inilah masanya untuk Lee Chong Wei membuktikan bahawa beliau mampu untuk berdepan dengan Lin Dan sekalipun di tempat Lin Dan, itupun sekiranya beliau mampu mengawal emosinya supaya tidak terperangkap dengan rentak Lin Dan. Sebelum ini banyak orang yang mengkritikan akan statusnya selaku pemain no 1 dunia setelah asyik berdepan kekalahan dengan musuh tradisinya iaitu Lin Dan.
Berdasrkan rekod pertemuan kedua-dua pemain, ternyata ia memihak kepada Lin Dan yang mencatatkan 17 kemenangan daripada 25 perlawanan.
Perlawanan akan bermula pukul 7.00 malam hari ini.Saksikannya di (Live Score Terbuka China)
10 comments:
cayok2 LCW!!!
apa2 pun LCW ttp no1
mungkin mampu :)
Entry Terkini | Doa Awal Tahun Dan Doa Akhir Tahun Hijrah
buleh2!!
huhu, tak berapa minat LCW, tapi still sokong..hehe
menang ke yer?
camne nga result nye ?
gua xtgok aritu so xtau lah result :p
Entri Terkini | Done With MMU Terus Balik!
Keputusan berakhir dgn lee chong wei menang.
dh letih mamat ni
Post a Comment