Sunday, November 13, 2011

Baru terasa nikmatnya sihat apabila sakit datang






Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa segala kesihatan yang Allah beri adalah sementara dan bila-bila masa saja Allah boleh tarik semula. Apabila kita dilanda musibah dan merasa sakit barulah sedar bahawa betapa nikmatnya apabila kita sihat tapi jarang diaplikasikan oleh kita termasuk diri penulis ini sendiri. 

Semalam saya bermain badmnton di tapak pesta dan tanpa diduga tiba-tiba apabila mahu mengejar shuttle tersalah pijak dan menyebabkan kaki terseliuh. Mungkin banyak faktor  yang menyebabkan ianya terjadi antaranya kurang persediaan sebelum bermain.

Selepas itu saya berhenti bermain untuk meredakan kesakitan sambil duduk dan merenung kembali mungkin ini adalah dugaan untuk menghapuskan dosa-dosaku yang lalu. Kaki membengkak dan selepas letak ais reda sikit. Mungkin ini adalah satu ujian oleh Allah supaya selepas ini mesti bermain dengan berhati-hati.
Menurut sebuah hadith, setiap dugaan yang kita tempuhi ada ganjaran yang menanti kita, asalkan kita redha menghadapinya.

Hadith :

Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: "Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk."

Jawab baginda, "Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu." Kataku pula, "Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda: "Semoga!"

Kemudian sabda baginda pula: "Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."

(Riwayat Muslim)
Moga-moga dengan kesakitan ini dapat memberi pengajaran dan teladan kepada  diri penulis ini. Sama-samalah kita ambil pengajaran atas kejadian ini supaya tidak terjadi kepada orang lain.

9 comments:

Wilayah Sepet Kuku said...

as salam..

bengkaknya kaki...tak pergi klinik ke?..letak ais je, semoga cepat baik lah kakinya..

Unknown said...

A'ah letak ais je. Mls nk pg klinik. Nk jln pun sakit.

miSs aMaL said...

semoga cpt sembuh ye..:)

Brilliant Marjan said...

teruk bengkaknya..klu bole,pegi klinik..semoga cepat sembuh

Ungu Violet said...

iyer...penyakit mmg penghapus dosa2...sabar ye...moga cepat sembuh..:)

Anonymous said...

betapa berharganya setiap anggota tubuh kita yg dikurniakan Allah, kalau satu terjejas/sakit kita akan mengalami kesulitan nak buat aktiviti seharian. moga cpt sembuh

Cikgu Jaja™ said...

SYAFAKALLAH...DIA yg memberi penyakit, dia jugalah yg memberi penawarnya...

baguslah saudara berfikiran begitu..susah nk jumpa org mcm ni.biasanya merungut saje

mama aini said...

assalamualaikum..semuga cepat sembuh..betul penyakit dpt menghapuskan dosa2..

mrofiuddin said...

Luar biasa kawan.....shhiiippp..semoga mengingatkan kita semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...