Wednesday, November 16, 2011

Kontroversi tudung hana tajima???



Setelah saya selidik dan tengok pandangan ustaz-ustaz di Malaysia mengenai isu ini kebanyakannya adalah tidak bersetuju dengan pendapat bahawa tudung “Hana Tajima”  dikaitkan dengan tudung biarawati kristian. Dibawah ini saya kupas kembali apa yang dikatakan oleh ustaz-ustaz tersebut secara ringkas.

1. Ustaz Azhar Idrus

Sebenarnya tudung biarawati kristian asalnya adalah pakaian muslimah Islam iaitu pengikut nabi Isa AS. Nabi Isa dalam syariatNya perempuan kena pakai tudung. Setelah wafatnya baru diubah iaitu orang biasa tidak payah pakai tudung hanya yang berkhidmat untuk Tuhan itu wajib. Nabi melarang umat Islam menyerupai orang kafir. Apa yang tidak boleh ialah kita mencontohi pakaian biarawati itu supaya jadi seakan-akan dia juga. Kalau pakai tudung secara kebetulan seakan-akan macam dia maka itu tidak jatuh hukum haram. Jadi sebenarnya niat seseorang pemakai itu yang penting iaitu adakah dia memakai tudung untuk menutup aurat ataupun untuk ikut macam tudung biarawati itu.

Ringkasan :
(Niat seseorang itu apabila memakai tudung adalah penting dan  mesti berhati-hati)

2. Ustaz Zulkifli Ahmad

Selagimana orang nak bertudung biarlah dia bertudung asalkan menutup aurat dengan sempurna tetapi orang hari tidak tahu hendak membezakan yang lebih prioriti. Ini bukan asyik komen tentang pemakaian tudung Yuna macam paderi kristian. Kenapa tidak tegur orang yang tidak bertudung???  Konsep ini hanya sesuai untuk zaman sekarang ini iaitu belum ada pemerintahan Islam yang sebenar di negara ini. Apabila Islam memerintah dengan baik baru buat satu undang-undang yang lebih afdhal dengannya. Dalam zaman sekarang apa yang menjadi keutamaan adalah tutup aurat terlebih dahulu . Itu yang lebih penting sebagaimana kebanyakan artis wanita hari ini yang telah mempunyai kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik dengan memakai tudung.

Ringkasan :
(Selagi menutup aurat, selagi itulah dibenarkan bertudung kerana belum ada pemerintahan yang sebenar pada masa ini )

Ustaz zaharuddin pun ada kupas mengenainya dan anda boleh merujuk di link ini  Ustaz Zaharuddin

Apa yang boleh disimpulkan ialah kebanyakan mereka tidak bersetuju kerana zaman sekarang adalah zaman yang amat mencabar dan pelaksanaan Islam masih belum menyeluruh sekalipun telah didiktiraf sebagai negara Islam.

Sumber :   1. Ustaz Zulkifli Ahmad 
                 2. Ustaz Azhar Idrus 





15 comments:

aReLaN said...

tp lawa la style tudung dia.yg pnting aurat terjaga.

LydSunshine said...

Kalau ikutkan, cara bertudung sebenarnya ialah tutup aurat dan tidak menarik perhatian. Tapi ramai yg bertudung skrg menarik perhatian. Sbb cantik. Canner pun, masih juga mereka lebih baik drpd yg terus tak bertudung.

Unknown said...

saya sokong pendapat lydsunshine. situasi pada hari ini belum memungkinkan utk ada undang2 menganinya..

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

betoi betoi . sokong lydsunshine :)

ch000tz said...

ada ajer yang tak kena dorang n kann

Cik tikah said...

bagi cik tikah pulak, biarlah fesyen tudung bermacam2 asalkn menutup aurat rambutnya :)

EmpayarUtama said...

janji bertudung tutup apa yg patut ditutup x yah bubuh nama tudung dah ok dah...

Unknown said...

yg penting dia dh terbuka hati utk pki tudung kan..x seperti artis2 len yg " bertelanjang"

iza said...

Assalam...
Yang penting tutup aurat..

Memori Kekasih said...

fashion skrg dah macam2...kadang2 sampai ketepikan tujuan asal bertudung...

Faz Yaakub said...

Baru tadi saya bersembang dengan si A. "Saya x pakai tudung sebelum ni akak. Tp, bila tengok kat kedai tudung2 sekarang cantik. Saya terpanggil untuk pakai tudung." Alhamdulillah...sedikit demi sedikit perubahan tu datang.

Unknown said...

Alhamdulillah moga Allah memberi kebaikan atas usaha adik utk berubah kepada yang lebih baik.

afqh said...

makin lama kita makin keliru dengan hukum
Nabi pernah berpesan. Sekiranya kamu keliru tentang sesuatu, baliklah kepada yang asal.

So fikirlah tujuan asal dan cara pakai tudung yang betul.
Lagi 1 pesan ustaz, sesuatu yang baru boleh diterima tapi mesti comply dengan syariat termasuk teori sains dan lain2.

Sekadar berkongsi ilmu yang ada

RinsyaRyc said...

<--- pakai jugak tapi insyaAllah memang menutup aurat~ ^,~

jaha said...

diana amir shantek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...