Sekarang ini adalah musim cuti sekolah jadi amatlah sesuai untuk mengadakan kenduri kahwin. Tetapi apa yang khatib tekankan di sini ialah kenapa pada masa kenduri inilah ramai orang yang yang akan memperagakan fesyen masing-masing supaya kelihatan menonjol di pandangan orang sekeliling. Dengan berpakaian yang menjolok mata dan berbagai fesyen lagi.
Kebanyakan orang yang menghadiri majlis kenduri kahwin pada masa kini mereka berpakaian tetapi telanjang iaitu memakai pakaian yang ketat-ketat sehinggakan menampakkan bentuk tubuh badan yang tidak sepatutnya.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
صِنْفَانِ
مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ
الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ
مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ
لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا
لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang
belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor
sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang,
berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring.
Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya,
walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)Khatib menasihatkan supaya ayah, suami, abang atau orang terdekat supaya memainkan peranan penting dengan cuba menasihati kaum hawa sekiranya mereka ingin keluar rumah supaya tidak mendatangkan fitnah kepada masyarakat dan dapat memelihara dirinya daripada kejahatan lelaki-lelaki jahat di luar rumah.
Wallahuallam.
Komentar penulis :
1. Penulis bukanlah seorang yang sempurna dan masih perlu kepada nasihat.
2. Kita hidup ini kena sentiasa nasihat menasihati supaya dapat mengislah masyarakat kearah yang
lebih baik.
3. Sama-samalah kita perbaiki diri dan dalam masa yang sama mengajak orang lain kearah kebaikan
10 comments:
kita sebagai ahli keluarga haruslah saling nasihat menasihati antara satu sama lain... kalau sorang dapat dosa, semua dapat jugak sebab tak banteras.. setuju dengan khutbah tu.. nice entry :)
Blog Mohd Zakwan :)
Jgn smpai krn seorang perempuan, ayah & abg ditarik sama ke neraka.
peringatan bersama. thanx.
org prempuan biasanya akn bermekap habisan2...sedih...ada jgk shbt2 sy elok di waktu lain, namun lalai seketika pd hri perkhwinn...: Ganjil Itu Istimewa
yes, saya sangat setuju
lom penah lagi rasanya dengar khutbah jumaat tanpa khatib tidak membaca teks...semua baca rasanya....
manusia xlh hdup sndri.perlukn org len utk menegur klu silap n kte pn kna tegur klu org wat silap.sharing is caring.time kaseh
betul2, kadang2 tu macam segan bila pergi sesetengah kenduri kawin.. pakaian mmg tak sesuai..kena jaga mata kan T.T
info yang menarik buat semua :)
thanks :)
First sekali aku mesti nengok khemah takut salah khemah dan salah rumah
Memang banyak yang salah menurut saya tentang bagaimana wanita berkerudung. Banyak sekali wanita sekarang memakai kerudung tapi tonjolan / lekuk tubuhnya sangat berirama. Sungguh memprihatinkan...
( artikel yang hebat )balik
Post a Comment