Friday, November 25, 2011

Fakri dikutuk peminatnya


Rata-rata peminatnya mengutuk beliau atas kegagalan mengambil peluang untuk menjaringkan gol ketika perlawanan antara Syria dengan Malaysia yang menyebabkan skuad negara tewas 2-0. Mungkin kita sepatutnya memberi sokongan yang lebih kepada beliau nanti untuk perlawanan dengan Bharain nanti.

Menurut Ahmad Fakri, dia berazam untuk membuktikan sesuatu sekiranya diturunkan Ong Kim Swee ketika menentang Bahrain, Ahad ini.

“Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti, sudah tentu ia memberikan motivasi yang lebih baik buat saya.

“Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan,” katanya yang memohon dimengertikan.

Janganlah kerana kesilapan yang dilakukannya menyebabkan kita terus menyalahkan beliau. Teruskan beri sokongan supaya prestasinya akn lebih baik di masa akan datang. Dengan sokongan padu dari peminat mungkin dia akan berusaha mengatsi kelemahannya di masa akan datang ketika perlawanan dengan Bahrain nanti.

Sumber: Kosmo




 

11 comments:

El said...

kutuk kutuk kutuk kutuk....

haha.

entah, nak buat mcm mana, aku tak pernah suka cara permainan dia. kalau tengok dia ada kat padang terus takde mood nk tengok bola

! Norwahidah Othman ! said...

‎"jika tak mampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang"

ch000tz said...

ada permainanlah aku kalah ada menang kann

errkkk blog ni ada word verification plak bila nak komen.....DISLIKE!!!

ayiel said...

humm memang diakui saya pun ada kutuk2 jugak tapi bila abah cakap, cuba korang bayangkan korang plak kat tempat dia? mesti payah kan??

aah, betul jugak, lepas tu baru terfikir, maybe itu adalah kesilapan dia, maybe dia akan perbaiki lagi. setiap orang ada buat silap kan?

ShahzCudin said...

hmm..kdg2 ksian jugak tgk dia..bukan rezeki die nk mnyinar lagi agaknya..

Sufiana Mohamed said...

saya pun ada terkutuk dia jgk waktu dia main sebelum ni, malysia vs thailand rasanya....sekali kakak kata, bersungguh kutuk fakri tu bila nk g mintak maaf dgn dia? aduh...sy pn terkedu, dlm xsedar kutuk org...dia terpilih main 1st eleven tu ada la kelebihn dia brbnding org lain, cumanya belum rezeki dia nk score goal ataupn keadaan xmengizinkn utk dia perform terbaik ats pdg...kita kena support dia..: Ganjil Itu Istimewa

Unknown said...

ku kutuk kau jadi batu :D

hafizulhakim said...

nobody perfect.

*Mrsfarahzaki * said...

Pendapat aku la kann...pecaya tak yang aku perasan selalu org pompuan yang suka seranah football player nie time main.. Kalau orang laki jarang sumpah2 nie.. Sebab apa tau?? Sebab orang pompuan tak tau apa rasa duk kat tengah2 padang tuu.. Orang pompuan tau rasa duk tengah2 shopping complex jer..hehehehe

TiNurSya said...

huhh, kesian fakri kena kutuk.
bukan salah dia. xde rezeki dia utk score goal. hope dia boleh score goal next game ;)

Liling said...

fakri ni masalah la. haha.

btw,saya follow anda =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...