Kebanyakan manusia pada hari ini boleh dikatakan sebagai zombie iaitu
mayat hidup. Kenapa saya berkata demikian? Cuba kita lihat masyarakat pada hari
ini yang hanya mementingkan hiburan semata-mata sebagai salah satu cara untuk
menenangkan di kala jiwa kusut.
Tidakkah mereka tahu bahawa semakin kita jauh dari Allah maka hati kita
akan semakin kusut dan tidak bermaya. Cuba kita tengok umat Islam pada hari dan
cuba kita lihat berapa ramai yang benar-benar melaksanakan syariat Allah. Apa
yang kita lihat hari ini kebanyakan orang Islam hanya atas nama sahaja.
Adakah mereka pernah berfikir apakah tujuan mereka didatangkan ke dunia
ini? Adakah hanya untuk berhibur semata-mata? Firman Allah SWT : Dan tidak Aku
ciptakan jin dan manusia melainkan untuk berubudiah kepadaKu.
Allah menjadikan manusia dengan tujuan supaya mentaati dan mengikuti
segala suruhanNya supaya hidup kita aman dan tenteram daripada segala
kegelisahan. Kita ambil contoh yang paling mudah iaitu sekiranya kita membeli
model laptop Dell kita mestilah ikut manual panduan yang diberi oleh syarikat
Dell kalau tidak jahanamlah laptop tu. Takkan nak pakai manual panduan model
Apple.
Saya pernah pernah bertanya seorang sahabat apa yang menyebabkan dia berubah.
“Saya merasakan bahawa hidup kosong
ibarat tidak ada apa-apa makna kerana selama ini saya hanya tahu berhibur
sahaja sedangkan usia yang diberi semakin lama semakin singkat,” kata sahabat
saya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mencari suasana yang dapat
memperbaiki dirinya supaya lebih baik dari yang sebelumnya.
Moga-moga kita dapat ambil manfaat serba-sedikit daripada coretan hati
seorang insan yang inginkan perubahan dalam jiwa masyarakat hari ini.
Wallahuallam.
8 comments:
Jadi kesimpulannya, jika beli notebook Dell perlu guna manual Dell, maka jika manusia pula perlu gunakan manual manusia iaitu AlQuran. Begitu bukan?
hiburan tu penting jgak.. tp msti kena dgn batas2 nya.. dan yg plng penting jgn bpaling dr Allah dan kalau boleh sentiasa ingat kpd Nya bukan dikala sakit dan sembelit sahaja.. heheh..
stuju? :)
Kesimpulannya manusia hendaklah kembali kepada 2 rujukan utama iaitu al-quran dan as-sunnah. Manusia pd hri ini hanya mengambilnya hanya secara juzie iaitu sebahagian shj. Sama2 kita memperbaiki diri sendiri di samping cuba mengajak org lain ke arah kebaikan.
setuju
sama-sama membaiki diri
kalau kita jaun dari Allah, Dia pun akan jauh dari kita..
semoga kita sentiasa di jalan yang benar :)
Kerna itu Allah cipta kan akal.. untuk menjadi perdana menteri kepada hati.. moga sama2 kita bermunasabah.. :)
Post a Comment