Thursday, December 22, 2011

Adakah kita sedar?



Tadi semasa saya online facebook terpandang status facebook Hilal Asyraf dan rasa teringin pula nak share. Apa yang disuarakan oleh saudara Hilal ialah :

Saya rasa hairan dengan orang-orang kerajaan saya yang sering berkata:

"Selama ini kami jaga anda, kami bagi anda duit untuk belajar. Jangan lupa semua itu. Jangan jadi tak sedar diri."

Pertamanya, kerajaan saya kena sedar, itu semua memang tugas kerajaan. Nanti, bila orang lain pegang tampuk pemerintahan kerajaan, mereka perlu buat kerja yang sama juga.

Keduanya, kerajaan saya kena sedar bahawa kerajaan saya yang pergi amalkan demokrasi. Demokrasi adalah berasal daripada perkataan greek yang bermaksud "Kuasa Rakyat". Maka, anda memang berhak ditukar sebenarnya. Sebab tukar kerajaan, memang antara amalan demokrasi.

Ketiganya, kerajaan saya kena sedar bahawa, kami sebagai rakyat ni ok je dengan kerajaan. Bila kerajaan kami silap, kami beri teguran dengan baik. Tetapi lihatlah apa yang kerajaan kami telah lakukan kepada kami selama ini. Sebab itu ada antara kami(dan bilangan ini semakin membesar dari hari ke hari), ingin menukar kerajaan yang kami ada sekarang.

Keempatnya, Janganlah samakan rakyat dengan parti lawan. Kami rakyat ni, tengok mana yang boleh persembahkan yang terbaik kepada kami. Maka kerajaan kami, kalau benar nak kami pilih, buatlah yang terbaik. Janganlah ungkit jasa. Kami bukan tak nampak. Jangan momokkan kami dengan itu ini. Kami bukan tak belajar.

Kelima, Jangan momokkan kami dengan keburukan parti lain. Kalau parti lain buruk, kami tukar juga nanti. Jangan risau. Jangan ingat kami bodoh. Kami bukan hidup kerana parti.

Jangan sampai kami list semua keratan akhbar, kenyataan kerajaan, peristiwa-peristiwa zalim kerajaan, ketirisan, korupsi kerajaan terhadap kami selama ini.

Susah ke sekadar tukar ke arah yang lebih baik?
Mudah sebenarnya.
Jadi susah hanya kerana nak jaga ramai kroni.
Jadi susah sebab banyak liabiliti.


---------------------------------------
Kalau kerajaan saya tidak mahu ditukar,
maka kerajaan saya kena tukar dirinya ke arah yang lebih baik.

Kredit : Hilal Asyraf langitilahi (sesiapa setuju sila like dan share)

5 comments:

Domu-kon said...

benar begitu.. in my opinion, goverment nowadays wanna show, which one is right and wrong.. padahal kita sama tahu sebenarnya masing ada silapnya..dan sebagai rakyat, haruslah memainkan peranan jugak.. dan kepada pemimpin.. jangan selalu duk tuding jari kat orang laen,kata diorang salah...

Cik tikah said...

erm.. kadang2 susah, kadang2 senang.

Zul De Alexis said...

Sm setuju...suara rakyat berhak menegur kerajaan sekiranya apa yg kerajaan laku tu adalah salah..

cindelaras said...

kawanku,

saat ini saya sedang melakukan perubahan pada sistem link exchange pada blog saya.
mohon resubmit link kawan pada blog saya di halaman berikut :
http://sidik-supomo.blogspot.com/p/link-exchage.html

terimakasih... :D

wahida said...

salam,

tengs drop by my blog...awat tak follow sekali? huhu...

dah follow sini terus...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...