Saturday, November 26, 2011

Mampukah Lee Chong Wei tebus maruahnya di China?


Adalah amat bermakna sekiranya Lee Chong Wei dapat memenangi perlawanan dengan Lin Dan pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka China hari ini.

Pertemuan antara kedua-duanya semestinya akan menghasilkan rentak permainan yang lebih agresif. Ini kerana Lee Chong Wei akan cuba untuk bangkit semula selepas dikalahkan oleh Lin Dan sebanyak dua kali berturut-turut.

Inilah masanya untuk Lee Chong Wei membuktikan bahawa beliau mampu untuk berdepan dengan Lin Dan sekalipun di tempat Lin Dan, itupun sekiranya beliau mampu mengawal emosinya supaya tidak terperangkap dengan rentak Lin Dan. Sebelum ini banyak orang yang mengkritikan akan statusnya selaku pemain no 1 dunia setelah asyik berdepan kekalahan dengan musuh tradisinya iaitu Lin Dan.

Berdasrkan rekod pertemuan kedua-dua pemain, ternyata ia memihak kepada Lin Dan yang mencatatkan 17 kemenangan daripada 25 perlawanan.

Persoalan tersebut hanya akan terjawab apabila kedua-dua pemain membuat perhitungan pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka China hari ini.

Perlawanan akan bermula pukul 7.00 malam hari ini.Saksikannya di (Live Score Terbuka China)

Friday, November 25, 2011

Apa yang kita lihat di kenduri kahwin?

Hari ini saya cukup tersentuh dengan penyampaian khutbah jumaat yang di sampaikan oleh khatib dan yang paling special khatib itu tidak membaca teks. Cara penyampaiannya begitu berkesan bagi sesiapa yang mendengarnya. Walaupun saya melihat sekeliling ada yang segelintir tidur, mungkin kerana kepenatan bekerja.

Sekarang ini adalah musim cuti sekolah jadi amatlah sesuai untuk mengadakan kenduri kahwin. Tetapi apa yang khatib tekankan di sini ialah kenapa pada masa kenduri inilah ramai orang yang yang akan memperagakan fesyen masing-masing supaya kelihatan menonjol di pandangan orang sekeliling. Dengan berpakaian yang menjolok mata dan berbagai fesyen lagi.
 
Kebanyakan orang yang menghadiri majlis kenduri kahwin pada masa kini mereka berpakaian tetapi telanjang iaitu memakai pakaian yang ketat-ketat sehinggakan menampakkan bentuk tubuh badan yang tidak sepatutnya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)
 
Khatib menasihatkan supaya ayah, suami, abang atau orang terdekat supaya memainkan peranan penting dengan cuba menasihati kaum hawa sekiranya mereka ingin keluar rumah supaya tidak mendatangkan fitnah kepada masyarakat dan dapat memelihara dirinya daripada kejahatan lelaki-lelaki jahat di luar rumah.

Wallahuallam.

Komentar penulis :


1. Penulis bukanlah seorang yang sempurna dan masih perlu kepada nasihat. 
2. Kita hidup ini kena sentiasa nasihat menasihati supaya dapat mengislah masyarakat kearah yang 
    lebih baik.
3. Sama-samalah kita perbaiki diri dan dalam masa yang sama mengajak orang lain kearah kebaikan

Fakri dikutuk peminatnya


Rata-rata peminatnya mengutuk beliau atas kegagalan mengambil peluang untuk menjaringkan gol ketika perlawanan antara Syria dengan Malaysia yang menyebabkan skuad negara tewas 2-0. Mungkin kita sepatutnya memberi sokongan yang lebih kepada beliau nanti untuk perlawanan dengan Bharain nanti.

Menurut Ahmad Fakri, dia berazam untuk membuktikan sesuatu sekiranya diturunkan Ong Kim Swee ketika menentang Bahrain, Ahad ini.

“Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti, sudah tentu ia memberikan motivasi yang lebih baik buat saya.

“Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan,” katanya yang memohon dimengertikan.

Janganlah kerana kesilapan yang dilakukannya menyebabkan kita terus menyalahkan beliau. Teruskan beri sokongan supaya prestasinya akn lebih baik di masa akan datang. Dengan sokongan padu dari peminat mungkin dia akan berusaha mengatsi kelemahannya di masa akan datang ketika perlawanan dengan Bahrain nanti.

Sumber: Kosmo




 

Thursday, November 24, 2011

Review website seorang sahabat


Kali ini saya nak ulas berkenaan website yang lain daripada yang lain iaitu langitilahi.com. Website ini dimiliki oleh saudara Hilal Asyraf dan bersama sahabat-sahabat beliau. Sebelum saya mengupas tentang website ini terlebih dahulu semestinya anda semua ingin mengetahui siapakah Hilal Asyraf.

Beliau adalah pengasas kepada laman web LangitIlahi.Com, dan pengerusi Syarikat Langit I Enterprise. Di samping itu, beliau juga adalah seorang penulis yang terjun ke dalam medan fiksyen dan non-fiksyen. Antara karya-karya fiksyennya adalah: Novel VT, Novel Sinergi, Novel Hero dan lima novel termasuk satu kumpulan cerpen yang lain. Beliau juga pernah mendapat johan Hadiah Sastera Johor Kategori Kanak-kanak 2011(Novel Remaja Mulia)

Kita berbalik semula kepada kandungan website ini. Tujuan utama website LangitIllahi.com adalah untuk mengajak diri dan masyarakat pulang kepada Allah SWT. Targetnya adalah dapat menjadi satu 'brand' yang akan membawa diri dan masyarakat pulang kepada Allah SWT.

Kupasan yang terdapat dalam website tersebut amat menyentuh jiwa sekiranya para pembaca dapat menghayatinya dengan baik dan digunakan dalam bahasa yang amat santai supaya lebih mudah untuk difahami. Adalah amat rugi sekiranya kita tidak mengambil info-info yang terdapat di dalamnya yang amat bermanfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan insyaallah.

Website ini juga ada fanpagenya yang tersendiri iaitu : http://www.facebook.com/langitilahi?sk=info

Semoga semua dapat mengambil manfaat daripada website ini.

Nilai seorang manusia atau insan



Kebanyakan manusia pada hari ini boleh dikatakan sebagai zombie iaitu mayat hidup. Kenapa saya berkata demikian? Cuba kita lihat masyarakat pada hari ini yang hanya mementingkan hiburan semata-mata sebagai salah satu cara untuk menenangkan di kala jiwa kusut.

Tidakkah mereka tahu bahawa semakin kita jauh dari Allah maka hati kita akan semakin kusut dan tidak bermaya. Cuba kita tengok umat Islam pada hari dan cuba kita lihat berapa ramai yang benar-benar melaksanakan syariat Allah. Apa yang kita lihat hari ini kebanyakan orang Islam hanya atas nama sahaja.

Adakah mereka pernah berfikir apakah tujuan mereka didatangkan ke dunia ini? Adakah hanya untuk berhibur semata-mata? Firman Allah SWT : Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk berubudiah kepadaKu.

Allah menjadikan manusia dengan tujuan supaya mentaati dan mengikuti segala suruhanNya supaya hidup kita aman dan tenteram daripada segala kegelisahan. Kita ambil contoh yang paling mudah iaitu sekiranya kita membeli model laptop Dell kita mestilah ikut manual panduan yang diberi oleh syarikat Dell kalau tidak jahanamlah laptop tu. Takkan nak pakai manual panduan model Apple.

Saya pernah pernah bertanya seorang sahabat apa yang menyebabkan dia berubah.  “Saya merasakan bahawa hidup kosong ibarat tidak ada apa-apa makna kerana selama ini saya hanya tahu berhibur sahaja sedangkan usia yang diberi semakin lama semakin singkat,” kata sahabat saya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mencari suasana yang dapat memperbaiki dirinya supaya lebih baik dari yang sebelumnya.

Moga-moga kita dapat ambil manfaat serba-sedikit daripada coretan hati seorang insan yang inginkan perubahan dalam jiwa masyarakat hari ini. Wallahuallam.

Wednesday, November 23, 2011

Cable car yang paling menyeramkan di dunia

Apabila tengok gambar ini teringat cable car di genting highland. Ingat di sana je cable car yang seram. Ada lagi rupa-rupanya.

  
Masada cableway di Masada, Israel

Haifa ’s Stella Maris cable
cid:image003.jpg@01CC1052.6A2C42B0


Tuesday, November 22, 2011

Tiba-tiba blog kena remove

Sedih juga tadi tiba-tiba je blog kena remove. Macam-macam perasaan ada. Saya pun tidak tahu sebab apa tiba-tiba je boleh remove. Ingatkan blog dah kena hack tetapi setelah search di google rupa-rupanya mungkin blogger nak check samada blogger saya ni spam atau tidak.

Dulu masa masuk akaun google, google minta nombor handphone supaya buat pengesahan tapi saya abaikan je itu semua sebab ingatkan spam tapi rupa-rupanya bukan. Jadi saya cubalah isi verification number dan lepas google hantar nombor supaya kita sahkan. Lepas tu saya buka email google dan ianya boleh.

Masa mula-mula semua tidak boleh buka sebab kena disable termasuk akaun google. Masa itu punyalah panik. Hahaha. Lepas hantar verification nombor ke handphone, saya hantar pula ke google tentang permasalah saya. Dalam 2,3 jam juga baru dapat access semula blog. Lepas itu check kandungan di dalamnya ada tidak. Semuanya ok dan selamat.

Mungkin sebab saya tidak isi verification sepertimana yang google minta, sebab itu terjadinya perkara ini. Kena hati-hati lagi selepas ini. Password pun bagi semakin strength supaya lebih selamat..

Monday, November 21, 2011

Kenapa kebanyakan org indonesia tidak suka apabila orang Malaysia datang ke tempat mereka?


Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada semua warga indonesia kalau telah menyinggung perasaan anda semua.

Apa yang saya ingin persoalkan ialah kenapa kita perlu berbalah sedangkan kita saudara seislam. Islam tidak mengajar kita untuk bermusuh sesama saudara seislam tetapi yang kita lihat pada hari ini banyak propaganda-propaganda untuk memburuk Malaysia di mata rakyat Indonesia.

 Buktinya, di Stadium Gelora Bung Karno, Pusat Bowling Jaya Ancol, Velodrom Rawamangun, Dewan Taekwondo Cibubur - nama Malaysia seakan jijik buat penyokong tempatan yang begitu bersatu dan bangkit mengejek atlet negara dan lagu Negaraku.

Paling meloyakan, kartun dalam sebuah akhbar tempatan pada hari perlawanan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan yang menampilkan pemain Malaysia seperti banduan dan lanun dengan isu perebutan wilayah antara punca tohmahan berkenaan.

Namun begita saya berharap permusuhan yang terjadi tidaklah sampai boleh menyebabkan permusuhan antara dua negara kerana kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. 

Firman Allah SWT : Bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya, serta peliharalah hubungan silaturahim kaum kerabat

(surah al-hujarat: ayat 10)

Apa-apapun semoga kedua-dua perlawanan malam ni berlangsung dengan baik tanpa sebarang gangguan. 

Sumber : berita harian

Hindari kegelisahan




Seorang lelaki berkata kepada Abdullah ibnu Masu'd:"Wahai ibnu Masu'd, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.". Lalu Abdullah ibnu Masu'd menjawap:"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama: Ke tempat orang membaca al-Quran tidak kira samada kamu ikut membacanya ataupun sekadar mendengar pembacaan orang lain.

Kedua: Kamu menghadhiri majlis pengajian yang mengingati kamu pada Allah swt.

Ketiga: Kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepadaNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati lain kerana hati yang kamu miliki sekarang bukan hatimu.

Setelah mendengar nasihat Abdullah ibnu Masu'd ibni, lelaki itu pun kembali ke rumahnya. Beliau terus berwuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusuk. Selesai membaca al-Quran, dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan segala kegelisahannya hilang sama sekali. Wallahu'lam.

Sunday, November 20, 2011

Kisah isteri redha suami kawen lain




Ada seorang suami ingin berkahwin lain dan dia mengajak isterinya berjumpa tok kadi untuk menjadi wali bagi suaminya.

“sayang jom kita jumpa tok kadi untuk mengesahkan bahawa sayang telah bersetuju abang kahwin lagi satu,” kata sang suami pada isterinya.

Isterinya mengangguk tanda bersetuju.

Apabila tiba di pejabat tok kadi, tok kadi pun bertanya kepada sang isteri, “Betul ke kamu setuju mahu bagi kebenaran untuk membenarkan suami kamu kahwin lagi satu?” kata tok kadi.

Isterinya pun menjawab, “betul tok kadi, saya redha dengan keputusan suami saya.”

“Saya tanya lagi sekali betul ke kamu setuju suami kamu kahwin lagi satu?” tanya tok kadi lagi sekali kepada isteri kepada sang suami.

Suaminya menggeleng kepala sambil senyum bersahaja.

“Insyaallah tok kadi saya redha dengan keputusan suami saya,” kata isteri suami tersebut kepada tok kadi.

“kalau macam tu, kamu balik dulu saya nak kamu fikir masak-masak dan esok datang lagi sekali tetapi kali ini Cuma kamu seorang sahaja,” kata tok kadi.

“Baiklah, tok kadi,” kata isterinya.

Lalu mereka pun baliklah ke rumah.

Keesokan harinya hanya sang isteri yang datang ke pejabat tok kadi tanpa di temani oleh suaminya.

“Kali ini saya nak kamu bagitahu dengan jujur kepada saya sebab sekarang suami kamu tidak ada di sini jangan kamu takut,” kata tok kadi kepada wanita itu.

Jawapannya tetap sama mcam semalam “Tok kadi saya tetap dengan keputusan saya bahawa redha dengan keputusan suami saya ingin berkahwin lain,” kata wanita tersebut.

“Tidak apalah kalau macam itu, besok suruh suami kamu datang jumpa saya pula secara bersendirian,” kata tok kadi kepada wanita itu.

Keesokan harinya si suami pun pergilah ke pejabat tok kadi sepertimana yang dibagitahu oleh isterinya.

“Kali ini saya nak bertanya kepada kamu pula, apa sebabnya isteri kamu setuju dengan keputusan kamu itu?” tanya tok kadi kepada lelaki itu.

“Tok kadi tahu tidak, mungkin salah satu sebabnya ialah semasa saya selesai solat subuh secara berjemaah dengan isteri saya, saya akan membaca doa semoga isteri saya redha sekiranya saya dapat kahwin lagi satu dan isteri saya mengaminkannya. Saya amalkan doa itu setiap kali selepas solat subuh,” kata lelaki itu kepada tok kadi.

“Masyaallah,” terkejut tok kadi dengan jawapan itu dan beliau mengucapkan tahniah kepada suami tersebut dan mendoakan agar mereka bahagia sehingga ke akhir hayat sekalipun isterinya telah bermadu.

Pengajarannya: Jangan mudah berputus asa dalam berdoa dan carilah waktu-waktu yang mustajab supaya Allah memakbulkan doa kita.





Jelingan seorang ayah



Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.

Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya.

Contohnya, jika ke kedai,kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.


Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.

Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.

Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.

Aku pun faham maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi.

Apalagi,melatahlah tok imam tadi.

Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi.

Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah.

Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral : Jangan pandai-pandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam kalau tidak disuruh. (maklumlah masa kecik-kecik dahulu tidak tahu apa-apa.) 

Saturday, November 19, 2011

Masuk Islam kerana terroris



DANIEL STREICH, seorang ahli politik Swiss. Beliau terkenal kerana kempen menentang pembinaan masjid di negaranya, tetapi tanpa disangka-sangka telah memeluk agama Islam. Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan dia adalah orang pertama yang mencetuskan larangan terhadap kubah masjid, bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di Swizerland.


Beliau berasal dari Parti Rakyat Swiss (SVP). Pengumuman kesaksian Streich kepada agama Islam membuat heboh seluruh Switzerland. Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seluruh negara. Dia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di negara itu, dan membuka jalan pemikiran orang ramai terhadap mimbar, kubah dan masjid.

Tetapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Pemikiran anti-Islam akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid paling indah di Eropah, iaitu di Switzerland. Kini ada 4 masjid di Swiss dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Beliau mengakui ingin mencari ‘pengampunan dosa’ setelah cuba meracuni Islam.

Sehingga kini larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang. Abdul Majid Aldai, presiden OPI, mengatakan bahawa orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.

Streich adalah seorang anggota penting Parti Rakyat Swiss (SVP). Beliau mempunyai posisi penting dan pengaruhnya menentukan tindakan parti. Selain petisyennya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memberi kemenangan tentera di Swiss Army dengan popularitinya.

Beliau lahir di sebuah keluarga Kristian. Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam. Tetapi ajaran Islam memberi kesan mendalam pada dirinya. Akhirnya beliau berlawan dengan pemikirannya sendiri. Dari kegiatan politiknya, beliau memeluk Islam. Sehingga beliau dendiri sendiri disebut oleh SVO sebagai ‘syaitan’.

Dulu, beliau mengatakan sering meluangkan waktu membaca Alkitab (kitab Kristian) dan sering pergi ke gereja. Tapi kini beliau membaca Alquran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Beliau membatalkan keanggotaannya di parti dan membuat pernyataan publik tentang keIslamannya. Streich mengatakan beliau telah menemui kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat ditemukan dalam agama sebelumnya.

Sumber : Kosmo Online

Friday, November 18, 2011

Kisah silam Maher Zain



Maher mendapat mendapat inspirasi  daripada ayahnya untuk terlibat dalam bidang muzikal,. Ayahnya adalah penyanyi solo yang selalu membuat persembahan di bandar Mediterranean iaitu Tripoli.

Keluarganya berpindah ke Swedan apabila Maher berumur 8 tahun, di sana dia meneruskan persekolahannya dan akhirnya masuk universiti dengan mendapat degree kejuruteraan penerbangan. Walaupun suasana telah berubah di sekelilingnya tetapi hanya satu yang masih kekal iaitu dia masih mempunyai minat yang mendalam dalam bidang musik. Dia akan meluangkan semasa  tengah malam  di sekolah dengan kawan-kawannya di mana mereka akan bernyanyi rap, buat lirik dan buat ujian dengan musik dengan berbagai cara. Itu tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi ahli musik kerana sudah menjadi sebahgaian dari dirinya.

Selepas terlibat sebagai produser muzik di Swedan, Maher dikenalkan pula dengan RedOne, iaitu produser muzik yang cepat meningkat naik di bumi Swedan. Maher mula bekerja dengan RedOne dengan artis Sweden dan akhirnya berpindah ke New York. Untuk beberapa tahun dia berada di dunia muzik yang panas dan amt popular seperti Kat Deluna dalam albumnya yang mendapat hit tertinggi “Whine up” dan “Run the Show”.

Maher mendapat banyak peluang untuk mencapai cita-citanya sebagai seorang pemuzik yang berjaya dan glamour tetapi Maher merasakan bahawa bukan bukan itu yang dia impikan. “Saya cintakan muzik tetapi amat membenci persekitaran di sekelilingnya, seolah-olah apa yang berada disekeliling tidak betul”. Dalam masa itu Maher banyak melakukan perkara yang menyalahi hukum agama seperti berhibur di kelab malam dan minum arak.

“Apa  saja perkara yang selalu dilakukan demi keseronokan selain dipengaruhi sikap nakal bagi anak muda zaman sekarang, mengusai diri saya”. Ketika itu saya sering bergaduh dan bertengkar dengan rakan.

RedOne adalah produser muzik yang amat terkenal pada ketika itu. Antara penyanyi-penyanyi yang pernah bekerja dengan produser muzik itu adalah Akon, Lady Gaga, Enrique Iglesias, Brandy, New Kids on the Block dan Michael Jackson. Walaubagaimanapun Maher merasakan ingin berehat sementara daripada industri muzik dan segala persekitarannya yang dirasakannya tidak sesuai dengan jiwanya. Dia merasakan ini adalah bukan suasana yang betul dan mengambil keputusan untuk kembali ke Swedan. Sehinggalah beberapa ketika semasa berada di sana dia berjumpa dengan sekumpulan saudara muslim yang berada dalam satu komuniti di Stockholm dan dia mula menghadiri ke masjid-masjid yang terdapat di sekelilingnya itu dan merasakan bahawa suasana ini seperti dia telah kembali ke “rumah”.

Maher akhirnya merasakan bahawa dia telah berjumpa dengan jalan yang betul dan mempunyai perasaan ingin melakukan perkara yang sama seperti sebelumnya iaitu kembali dalam industri muzik tetapi dengan jalan yang berlainan dari yang sebelumnya. “Sekarang saya ada satu perkara untuk memberitahu manusia di luar sana bahwa adalah amat senang untuk kembali ke jalan yang sebenar-benarnya sekiranya kita membuka mata dan melihat dengan sebaiknya, itulah apa yang berlaku pada saya.”

Profil :

Nama: Maher Zain
Umur: 29 tahun
Kewarganegaraan: Swedish (of Lebanese origin)
Pendidikan: BA in Aeronautical Engineering
Pekerjaan sebelumnya: Music Producer
Pernah bekerja dengan: RedOne (The Producer behind Lady Gaga, Akon etc)
Nama Album: Thank You Allah
Number of Tracks: 13
Tarikh dipasarkan: 1st of November 2009
Label rekod: Awakening Records
Peminat facebook melebihi 3 juta: http://www.facebook.com/MaherZain

Thursday, November 17, 2011

Apa kata artis tentang aurat?

Kali saya nak paparkan tentang sebahagian daripada artis-artis di Malaysia tentang pakaian mereka yang seksi sangat. Jom kita tengok video di bawah apa yang artis tu kata :


Apa pendapat korang semua setelah menonton video di atas?

Jom kita imbas kembali apa yang dia kata. Artis pertama Aleeza Kasim bila ditanya oleh wartawan jawapannya adalah "muda" lagi. Suami dia pun "sokong". Artis yang terakhir sekali ialah Rebecca Nur Islam. Ramai orang tanya kenapa nama dia ada Islam? Jawapan dia, nama tu ayah saya beri dan kenapa saya nak menutup aurat kerana inilah diri saya. Apa yang saya tertarik perkataan terakhir yang dia kata adalah "manalah tahu suatu hari nanti saya akan menutup aurat".

Daripada dialog tadi kita dapat lihat bahawa betapa ramai orang yang hanya nama saje Islam tetapi, adakah mereka melaksanakan Islam sebagaimana agama yang mereka anuti? Tidak, bukan. Mungkin Allah masih belum memberi hidayah kepada mereka.

Sebab apa Islam mewajibkan umatnya menutup aurat? Ini kerana aurat boleh diibaratkan sebagai maruah oleh seseorang. Sekiranya seseorang mendedahkan auratnya ini bermakna maruahnya juga akan jatuh dan Islam amat mengambil berat akan hal ini kerana ingin menjaga keturunan manusia supaya berada dalam keadaan tenang tanpa sebarang gangguan tetapi yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya.

Aurat adalah wajib ditutup dan sekiranya tidak ditutup akan mendapat dosa.

 Firman Allah SWT : janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka
(surah an-nur, ayat 31)

Apakah mereka tidak sedar bahawa kecantikan yang ada pada diri mereka hanyalah sementara? Bagaimana sekiranya tiba-tiba Allah tarik semula? Apakah perasaannya? Lepas itu baru nak menyesal.

Banyak wanita hari ini tidak sedar bahawa diri mereka hanya menjadi bahan mainan dan aurat mereka dipaparkan kepada umum sedangkan ianya adalah haram. Adakah mereka yakin boleh selamat dengan berpakaian sebegitu rupa? Berpakaian sebegitu boleh mengundang banyak keburukan daripada kebaikan.

Menutup aurat ini boleh dianalogikan macam sebiji coklat. Terdapat dua biji coklat. satu yang dibungkus dan yang satu lagi tidak dibungkus. Sekiranya kita diberi dua pilihan untuk memilih yang mana satu akan kita pilih? Semestinya  coklat yang dibungkus sebab akan terjamin bersih jika dibandingkan dengan yang terbuka. Sama-samalah kita berdoa supaya mereka yang masih belum menutup aurat diberi hidayah oleh Allah untuk berubah. Ameen..

Wallahuallam.

Macam mana hacker hack facebook dan cara nak hentikannya?



Kali saya berkongsi sedikit tip untuk elak blog daripada mudah terdedah kepada gejala hacker. Jom tengok.



Email Address Hack

Apa yang hacker perlu adalah email address dan akan ia akan memaparkan nama kita sekiranya kita masukkan password salah. Lagilah senang mereka nak hack kalau pakai password yang lemah ataupun jawapan kepada security question. Di bawah ada beberapa cara untuk mengatasi kelemahan ini :

Selamat ke email address anda ?
Hanya ikut arahan seperti di bawah :

1. Sembunyikan email address daripada semua orang dengan pergi ke Edit Profile>Contact Information>Click icon di sebelah email address> checking 'Only Me'.
2. Tukar primary email address kepada satu yang hanya diketahui oleh anda dengan pergi ke  Account Settings>Email> dan tukar primary email anda yang lama kepada yang baru (hanya diketahui oleh anda) dan buang email yang sebelumnya.
3. Untuk keselamatan tambahan, semasa di Account Setting, check 'Secure browsing' dan 'send me an email when a new computer or mobile device logs into this account' and click Save.



Phishing

Phishing adalah salah satu cara mudah untuk trick pengguna dengan memberi login palsu. Semua hacker menyediakan satu webpage palsu yang seakan-akan dengan original webpage facebook, disertakan dengan koding untuk jejak username dan password semasa kita log in. Caranya adalah mudah iaitu dengan menghantar email dengan mengatakan bahawa anda telah di tag dalam gambar yang seakan-akan format Facebook dan memberi link di bawah ke phishing website supaya mereka tidak sedar bahawa itu adalah palsu semata-mata.

Macam mana nak elakkan daripada phished?

Elakkan daripada cleck sebarang link yang dicurigai kerana berkemungkinan ada virus. Kena sentiasa check  URL pada address bar sebelum sign in. Bagi amaran pada orang lain supaya mereka tahu sebelum click apa link yang mencurigakan.



Keylogging through Keyloggers

Keylogger adalah sejenis virus komputer yang dapat mengesan segala apa yang kita taip pada keyboard. Keylogger juga boleh diinstal dari jauh ke dalam komputer sistem oleh cracker untuk merekodkan segala aktivit yang dilakukan oleh magsanya. Keylogging akan menjadi lebih senang sekiranya hacker ada alat fizikal untuk memecah masuk dalam sistem komputer mangsa.

Macam mana nak hentikan keylogger?

Install antivirus yang ok dan kena selalu update. Jangan click link-link yang diragui untuk mengelakkan daripada terdownload illegal software.Jangan install free toolbar dan software spam. Anda juga mesti selalu scan pendrive, hardisk atau sumber yang lain sebelum dia menggunakan komputer anda.

penulis : Akhilesh Sharma
Sebarang soalan boleh hantar ke email : tweakandtrick@gmail.com

Wednesday, November 16, 2011

Kontroversi tudung hana tajima???



Setelah saya selidik dan tengok pandangan ustaz-ustaz di Malaysia mengenai isu ini kebanyakannya adalah tidak bersetuju dengan pendapat bahawa tudung “Hana Tajima”  dikaitkan dengan tudung biarawati kristian. Dibawah ini saya kupas kembali apa yang dikatakan oleh ustaz-ustaz tersebut secara ringkas.

1. Ustaz Azhar Idrus

Sebenarnya tudung biarawati kristian asalnya adalah pakaian muslimah Islam iaitu pengikut nabi Isa AS. Nabi Isa dalam syariatNya perempuan kena pakai tudung. Setelah wafatnya baru diubah iaitu orang biasa tidak payah pakai tudung hanya yang berkhidmat untuk Tuhan itu wajib. Nabi melarang umat Islam menyerupai orang kafir. Apa yang tidak boleh ialah kita mencontohi pakaian biarawati itu supaya jadi seakan-akan dia juga. Kalau pakai tudung secara kebetulan seakan-akan macam dia maka itu tidak jatuh hukum haram. Jadi sebenarnya niat seseorang pemakai itu yang penting iaitu adakah dia memakai tudung untuk menutup aurat ataupun untuk ikut macam tudung biarawati itu.

Ringkasan :
(Niat seseorang itu apabila memakai tudung adalah penting dan  mesti berhati-hati)

2. Ustaz Zulkifli Ahmad

Selagimana orang nak bertudung biarlah dia bertudung asalkan menutup aurat dengan sempurna tetapi orang hari tidak tahu hendak membezakan yang lebih prioriti. Ini bukan asyik komen tentang pemakaian tudung Yuna macam paderi kristian. Kenapa tidak tegur orang yang tidak bertudung???  Konsep ini hanya sesuai untuk zaman sekarang ini iaitu belum ada pemerintahan Islam yang sebenar di negara ini. Apabila Islam memerintah dengan baik baru buat satu undang-undang yang lebih afdhal dengannya. Dalam zaman sekarang apa yang menjadi keutamaan adalah tutup aurat terlebih dahulu . Itu yang lebih penting sebagaimana kebanyakan artis wanita hari ini yang telah mempunyai kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik dengan memakai tudung.

Ringkasan :
(Selagi menutup aurat, selagi itulah dibenarkan bertudung kerana belum ada pemerintahan yang sebenar pada masa ini )

Ustaz zaharuddin pun ada kupas mengenainya dan anda boleh merujuk di link ini  Ustaz Zaharuddin

Apa yang boleh disimpulkan ialah kebanyakan mereka tidak bersetuju kerana zaman sekarang adalah zaman yang amat mencabar dan pelaksanaan Islam masih belum menyeluruh sekalipun telah didiktiraf sebagai negara Islam.

Sumber :   1. Ustaz Zulkifli Ahmad 
                 2. Ustaz Azhar Idrus 





Tuesday, November 15, 2011

Rezeki yang tidak disangka-sangka



Baru-baru ini saya pergi ke Low Yat untuk membeli laptop dengan sahabat baik dan juga teman satu rumah. Puas cari laptop yang memenuhi spec seperti mana tuan punye laptop tu nak akhirnya saya jumpa yang agak murah dan berbaloi jenama Samsung. Kedai yang saya pergi ini orang yang jaganya adalah orang melayu tapi tidak tanya pula siapa nama tauke dia.

Lama jugalah saya duduk di kedai tu untuk urusan jual beli. Nak tahu tidak apa yang dia saya sembangkan dengan dia bile saya bersetuju nak beli laptop yang dia jual? Ni perbualannya :

Penjaga kedai : model apa yang ko minat? Samsung, Asus, MSI?

Saya : Erm....
(sambil dia tanya saya tengok2 model samsung sebab macam menarik je designyer)

Penjaga kedai : Samsung pon ok jugak cover depan LCD tidak mudah tercalar berbanding lain2 laptop. 
Harganya pun murah. Spec  dia pun ok.

Saya : (berfikir sekejap)....

Penjaga kedai : Belilah, yang ni saya bagi diskaun dan hadiah yang menarik. Tidak lama lagi Raya Haji.  Dengan duit nilah nanti saya nak balik kampung. Tidak apa. Saya tolong abang, abang tolong saya. Saya bagi harga yang terbaik untuk abang.
(sambil tu dia buat kira-kira guna kalkulator nak bagi harga yang terbaik untuk saya)

Saya : Oklah bang saya angkat. (teragak-agak jugak nak  beli sebenarnya tapi setelah tengok spec, design, harga dan jaminannya saya angkat jugak model tu).

Penjaga kedai : Terima kasihlah abang. Abanglah pelanggan pertama saya.

Sahabat saya : Jangan berterima kasih pada dia sahaja tapi berterima kasih jugalah pada Allah kerana dialah yang telah menggerakkan hatinya untuk membeli.

Penjaga kedai : Terima kasih sekali lagi sebab sudi membeli laptop ini.

Saya dan sahabat saya pun berlalu dari kedai itu untuk pulang ke rumah..

Daripada dialog diatas terdapat 2 pengajaran yang kita boleh ambil :

1.       1. Sikap tolong menolong sesama muslim
2.       2.  Bersykur kepada Allah setelah mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka

Kisah ini sebenarnya adalah untuk renungan kita bersama yang mungkin pernah berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Sama-samalah bermuhasabah diri termasuklah diri penulis ini. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala kelemahan itu datangnya daripada insan yang serba lemah ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...