Thursday, December 8, 2011

Adakah anda pernah bermain game komputer?


Pernah tidak anda rasa ketagih apabila bermain game? Contohnya Dota dan Cabal online. Kenapa saya bertanya seperti itu kerana saya pernah alaminya. Memang agak teruk apabila kita ketagih game ini kerana lebih banyak implikasi buruk daripada yang baik.

Kalau anda rasa ada kebaikannya cuba beritahu pada saya apa dia? Apa yang saya rasa apabila kita dah terlampau ketagih game ini apa kebaikan yang kita dapat hanyalah menjadi semakin pakar dalam game itu tetapi keburukannya adalah lebih besar dari itu.

Amat malang sekali sekiranya anda tidak menyedari bahawa kita ada lebih banyak lagi kerja yang sepatutnya dibuat. Kalau sekadar bermain untuk menghilangkan tekanan tidak apa kerana dapatlah mengurangkan sedikit tekanan tetapi awas mesti ada goal sebelum kita main.

Kenapa saya berkata begitu? Ini kerana kadang-kadang apabila kita bermain dengan kawan kita mungkin kita akan kalah dan kita akan rasa tidak berpuas hati dan terus bermain untuk menebus kekalahan kita tadi sedangkan banyak kerja kita yang tertangguh.

Apa yang saya ingin tekankan adalah bermain game itu tidak salah tetapi janganlah sampai berlebihan dan menyebabkan fikiran kita hanya tertumpu pada game itu sahaja sedangkan banyak lagi yang kita kena buat.

Pepatah Arab ada mengatakan bahawa "masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita. Sama-samalah kita gunakan masa yang diberi ini dengan sebaiknya.

(Peringatan bersama......)

14 comments:

zareliqa afiqa said...

Dulu penah..lama2 bosan jugak.Terus stop.huhu

Unknown said...

Biasalah tu. kadang2 akan timbul jgk rasa bosan..

Unknown said...

kalau ada opponent kat rumah ni memang setiap hari main. haha

Unknown said...

Memang betul tu. Kadang syok jgk ble main dgn member. Haaha.

Izan Ishak said...

mula2 mmg seronok... dah lama2 tentu bosan... so jgn mulakan main game...

Jahirah said...

sy mmg hantu games.tp berpada2 la xde sampai abaikn perkara penting yg lain.hehee...

Cik tikah said...

pernah je ketagih. smpai esok nak exam pun sempat main lagi game. haha.. teruk betol effect game online ni!

Unknown said...

apa-apa game pun ble kita dh rasa syok memang x ingat dunia dh. Ingat dunia game jer.

Hanif said...

dulu minat main Red Alert..semu asiri dah main..
sekarang dah bersara..
bahaya....ketagih......

AyiLarimA said...

Mira dulu pernah n slalu maen game. xkesah laa komputer ke, pS2 ke, macam2 laa..
But, tu sume zmn kecik2 dulu. haha

*Nak tahu, kenapa ye Azekzk cakap TAHNIAH dkt Mira? dalam post entry ini "http://aylliarimasiprincess.blogspot.com/2011/10/e-belia-blog-contest.html"

AyiLarimA said...

Azekzk : Mira nak tanye, Mira menang ape??
seriusly, Mira xphm laa.
tahniah 4 what??
:/

Unknown said...

Hri tu sya ada masuk satu blog dan blog tu senaraikan kata mira salah satu pemenang utk contest ni http://aylliarimasiprincess.blogspot.com/2011/10/e-belia-blog-contest.html

ayiel said...

err saya hantu game jgak lah, selalu main cso(counter strike online) and mat(mission against terror)

ketagih toksah cakap la, siap belajar hack sbb nak main game nih, berhenti main pun sbb nak solat makan mandi haha

tapi skrg takde dah, jarang sgt main sbb dah kene brain wash ngan parents hahaha

Unknown said...

Bgslh mcm tu ayiel. Satu perkembangan yg baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...