Tuesday, December 6, 2011

Apa yang anda rasa sekiranya hilang sesuatu barang?


Pernah tidak anda jumpa kunci yang ditinggalkan oleh seseorang? Mungkin ada yang pernah dan ada juga yang tidak pernah jumpa. Hari ini semasa solat Zuhur tadi saya telah menjumpai kunci yang rasa-rasanya mungkin orangnya terlupa nak ambil kuncinya setelah diletakkan di lantai sekitar ruang tamu masjid negeri Shah Alam.

Agak-agaknya kalau anda yang jumpa kunci itu apa yang anda akan buat?
1. Biarkan sahaja di tempat asal
2. Ambil dan tunggu sehingga tuan punya kunci datang
3. Ambil kunci dan bagi pada penjaga masjid
4. Ambil kunci dan bawa lari kenderaannya

Apa yang saya buat adalah ambil kunci dan bagi pada penjaga masjid. Saya ambil keputusan itu kerana terlampau lama sangat nak menunggu tuan punya kunci sampai ke kenderaannya.

Inilah kenderaannya....

Kadang-kadang apabila situasi ini berlaku akan ada bisikan syaitan supaya kita buat lari motor ini supaya dapat dijual part-part tertentu. Tetapi adakah kita fikir macam mana sekiranya kita berada di tempatnya? Sudah tentu sedihkan.

Lagipun kalau kita bawa lari pun apa yang kita dapat adalah dosa sahaja dan ada kemungkinan juga nanti Allah akan balas semula perbuatan kita nanti samada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Buatlah pertimbangan dengan akal yang waras supaya nafsu tidak menguasai kita tetapi kita yang menguasai nafsu.

10 comments:

Unknown said...

ambil kunci n tulis notis serta no.tepon...kalo tuan empunya dtg, die akn tepon kita..

Unknown said...

Bgs juga cadangan tu.

Cik tikah said...

x pernah lagi jadi mcm tuh

Domu-kon said...

bagusnya kalau semua org cam kamu.. skrg nie..tak boleh lupa..kalau lupa sikit..hlng la barang..

Unknown said...

lebih baik kita pulangkan mana tahu nanti jadi kt kita plak.

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

choki pom salu lupa barang

Kaio said...

aku pernah tertinggal kunci kt tmpt bukak seat. time tu kat pasar malam. seb baik ade orang tanggal kunci tu dan letak kat dlm helmet yang tergantung. moga hamba allah tu aiberkati dalam hidup. amin

http://kaio.my

afzalsukasuki said...

moto tu mngkin bnyak kali fikir.tu kalau duit atau henset sape tercicir..ai mau ilang pedoman :P

ch000tz said...

depends on barang apa heheh

http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/www-11-wild-captured.html

Jahirah said...

bahaya ni tertinggal kunci...kalau yg berniat serong lesap dah....apapun bukan hak kita, pilhn ke 2 n 3 yg terbaik...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...