Thursday, December 22, 2011

Adakah kita sedar?



Tadi semasa saya online facebook terpandang status facebook Hilal Asyraf dan rasa teringin pula nak share. Apa yang disuarakan oleh saudara Hilal ialah :

Saya rasa hairan dengan orang-orang kerajaan saya yang sering berkata:

"Selama ini kami jaga anda, kami bagi anda duit untuk belajar. Jangan lupa semua itu. Jangan jadi tak sedar diri."

Pertamanya, kerajaan saya kena sedar, itu semua memang tugas kerajaan. Nanti, bila orang lain pegang tampuk pemerintahan kerajaan, mereka perlu buat kerja yang sama juga.

Keduanya, kerajaan saya kena sedar bahawa kerajaan saya yang pergi amalkan demokrasi. Demokrasi adalah berasal daripada perkataan greek yang bermaksud "Kuasa Rakyat". Maka, anda memang berhak ditukar sebenarnya. Sebab tukar kerajaan, memang antara amalan demokrasi.

Ketiganya, kerajaan saya kena sedar bahawa, kami sebagai rakyat ni ok je dengan kerajaan. Bila kerajaan kami silap, kami beri teguran dengan baik. Tetapi lihatlah apa yang kerajaan kami telah lakukan kepada kami selama ini. Sebab itu ada antara kami(dan bilangan ini semakin membesar dari hari ke hari), ingin menukar kerajaan yang kami ada sekarang.

Keempatnya, Janganlah samakan rakyat dengan parti lawan. Kami rakyat ni, tengok mana yang boleh persembahkan yang terbaik kepada kami. Maka kerajaan kami, kalau benar nak kami pilih, buatlah yang terbaik. Janganlah ungkit jasa. Kami bukan tak nampak. Jangan momokkan kami dengan itu ini. Kami bukan tak belajar.

Kelima, Jangan momokkan kami dengan keburukan parti lain. Kalau parti lain buruk, kami tukar juga nanti. Jangan risau. Jangan ingat kami bodoh. Kami bukan hidup kerana parti.

Jangan sampai kami list semua keratan akhbar, kenyataan kerajaan, peristiwa-peristiwa zalim kerajaan, ketirisan, korupsi kerajaan terhadap kami selama ini.

Susah ke sekadar tukar ke arah yang lebih baik?
Mudah sebenarnya.
Jadi susah hanya kerana nak jaga ramai kroni.
Jadi susah sebab banyak liabiliti.


---------------------------------------
Kalau kerajaan saya tidak mahu ditukar,
maka kerajaan saya kena tukar dirinya ke arah yang lebih baik.

Kredit : Hilal Asyraf langitilahi (sesiapa setuju sila like dan share)

Tuesday, December 20, 2011

Hati-hati dengan email SPAM!!!


Baru-baru ini saya dapat satu email dari cimb click yang mengatakan bahawa mereka ingin upgrade sistem dan suruh saya click satu link untuk mengesahkan profil. Aku rasa ini mesti email spam dan aku pun cuba check link yang dia suruh click dan ianya memang betul.

ini gambar yang cimb suruh verify profil

Tiba-tiba saya terfikir nak cuba reply email ini. Anda tahu tak apa yang saya tulis? Mungkin agak kasar juga kot. Ini ayatnya "you are liar please dont try to fool me".

Lepas beberapa hari cimb clicks pun reply email kata yang itu bukan email dari mereka. Dalam hati rasa bersyukur sebab tidak tekan link itu. Kalau tidak habis kena hack akaun cimb.

Ini jawapan dari bank cimb

Jadi bagi anda semua di luar sana berhati-hatilah sekiranya menerima email yang suruh anda verify akaun bank kerana biasanya itu adalah email spam. Jangan menyesal kerana nanti mungkin duit dalam akaun anda akan hilang dalam sekelip mata selepas anda verify akaun itu. Untuk kepastian sila telefon bank berkenaan terlebih dahulu sebelum buat verify akaun.

Monday, December 19, 2011

Pernah tengok tidak kucing menembak?


Agak comel juga kucing apabila menembak. Hahaha. Video yang amat menarik. Jom kita saksikan video di atas.

Sunday, December 18, 2011

Website Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) kena hack?

Masa saya tengah buka website Kolej Teknologi Darulnaim (ktd) tiba-tiba keluar image ini. Memang sah dah kena hack dah ini. Agak-agaknya siapalah punya kerja ini ya? Apa yang saya ragu ialah kenapa ada ayat ini? "We love Indonesia and Fucking Malaysia". Entahlah saya pun tidak pasti siapa punya angkara.

Selepas try google tadi banyak juga rupa-rupanya website yang kena hack dengan hacker dari indon. Yang ini saya syak sebab ada tulisan love indonesia. Antaranya ialah :

1.   http://dwelch.me.uk/
2.   http://pn-slawi.go.id/nd.php
3.   http://www.pesugihanislami.com/
4.   http://smkbr.edu.my/
5.   http://distan.sumutprov.go.id/
6.   http://pn-pekanbaru.go.id/
7.   http://www.malinau.go.id/
8.   http://humanities.lviv.ua/
9.   http://hotjuicynews.info/
10. http://www.ktd.edu.my/

Banyak juga website Malaysia yang kena hack hari ini.

Friday, December 16, 2011

Ekor cicak dalam kuah roti canai


Pagi tadi masa saya tengah makan roti canai dan cicah dengan kuahnya, tiba-tiba sahaja ternampak ekor pelik dalam kuah dal. Nak makan pun rasa seram kerana rasanya macam bentuk ekor cicak tapi tidak tahulah betul ataupun tak.

Bila saya tanya pelayan kedai makan itu ekor apa? Tahu apa yang dia jawab? Tak tahulah. Sabar jelah. Tapi saya tetap habiska roti canai tu sebab dah terlalu lapar sangat. Kuah dalnya memang saya tidak sentuh dah.

Rasanya lain kali tak makan dah roti canai kat kedai tu. Seram siot.

Balik sahaja dari kedai makan saya terus google dan tengok kembali gambar ekor cicak yang ada dalam google. Nampak macam sama je.

Ini gambar yang saya jumpa di google


Gadget elektronik bahaya?


Pernah tidak anda terfikir bahawa kita sebenarnya pada hari ini amat mudah untuk terdedah dengan bahaya radiasi terutamanya daripada alat-alat elektronik. Ramai diatara kita yang hanya tahu menggunakannya tetapi tidak mengkaji adakah satu-satu alat itu selamat.

Mungkin anda akan mengatakan bahawa ia tidaklah sebahaya radiasi nuklear. Ya, itu memang betul. Tetapi sedarkah kita bahaya bahaya yang akan kita alami ini adalah dalam jangka masa panjang iaitu kesannya secara perlahan-lahan.

Cuba kita lihat di sekeliling kita sekarang apa alat-alat elektronik yang kita selalu gunakan. Banyakkan. Untuk mengelakkan daripada bahaya kita hendaklah mengurangkan penggunaan alat elektronik dengan cara mengoptimumkan penggunaannya. Contohnya janganlah menelefon atau mengadap komputer terlampau lama kerana ada banyak kesan kepada kesihatan kita.

Contoh keburukan radiasi telefon ialah :

1. Boleh membunuh sel-sel darah manusia
    -Penyelidik daripada klinik Cleveland mengatakan bahawa penggunaan telefon bimbit yang terlampau lama boleh menyebabkan kualiti sperma berkurang ataupun mati.

2. Radiasi daripada telefon juga boleh merosakkan ingatan manusia
    -Pasukan penyelidik sweden menjumpai bahawa mereka yang menggunakan telefon sebelum umur 20 tahun boleh menyebabkan 5 kali ganda risiko dijangkiti ketumbuhan tumor di otak.

Menurut Dr Setiadjit Yang, batas medan elektromagnetik yang biasa ditoleransi tubuh manusia adalah 2.5 miliGauss sedangkan laptop biasanya mengeluarkan radiasi lebih dari 150 mG saat digunakan.“Kemajuan teknologi yang memberi kemudahan kepada manusia dalam melakukan aktiviti sehariannya juga memiliki impak seperti penggunaan komputer atau telefon genggam yang menghasilkan radiasi dan berpengaruh negatif terhadap kesihatan manusia. Oleh karena itu kita harus bijak dalam menggunakan teknologi,” katanya.
Sebenarnya sudah ada alat untuk mencegah radiasi daripada alat-alat elektronik ini cuma belum dikomersilkan lagi.

Thursday, December 15, 2011

Apa perasaan anda bila ditemuduga?

                                                       
Gambar diatas adalah tempat saya interview yang bertempat di Petaling Jaya.

Apa agaknya perasaan ketika hendak interview? Berdebar, cemas ataupun terlampau yakin akan kebolehan diri? Apa yang saya rasa adalah berdebar-debar kerana tidak tahu soalan apa yang bakal ditanya. Macam-macam yang bermain di fikiran. 

Tetapi apabila tengah interview rasa teruja pula nak menjawab soalan sekalipun english kadang-kadang bercampur aduk. Kadang-kadang orang interview suka kalau kita dapat memberi jawapan yang meyakinkan tetapi awas sekiranya kita tidak pasti tentang sesuatu benda ada baiknya kita cuma kata tidak tahu kerana dia mungkin lebih tahu dari kita.

Mungkin ada beberapa tip yang boleh membantu anda semua. 

1. Cuba istighfar dan baca doa seribu dinar.
2. Cuba imbas kembali resume.
3. Ketahui asas bidang yang kita ambil contohnya elektronik kenalah tahu tentang asas komponen elektronik
4. Cuba selidik latar belakang syarikat yang ingin interview kita
5. Mesti cuba wujudkan sikap yakin untuk menjawab sekalipun kita gementar.
6. Tawakkal dan berdoa

Tip ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Mungkin boleh membantu anda serba sedikit.

Tuesday, December 13, 2011

KL banjir kilat tadi

Gambar ini ambil dari facebook rakan

Jalan Tun Razak banjir kerana hujan lebat. Kawasan sekitar perpustakaan negara terjejas teruk kerana paras air yang agak tinggi.

Mujur tidak pergi KL tadi. Kalau tidak alamak tersangkutlah jawabnya. Mungkin kerana terowong SMART sudah tidak  mampu tampung lagi air. Rasanya hujan sekejap sahaja.

Jalan Tun Razak mengalami kesesakan yang amat teruk sebab tersangkut dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan kerana paras air yang agak tinggi.

Jadi warga KL kena cuba elakkan daripada melalui jalan ini supaya tidak tersangkut dengan kesesakan lalu lintas. 

Saturday, December 10, 2011

Adakah patut mempermainkan hukum hudud?


Saya cukup tertarik apabila ada seorang sahabat saya post di facebook video ini. Apa yang saya ingin tekankan adalah watak pak cik yang berkopiah itu yang sanggup mempermainkan hukum hudud. Adakah dia tidak takut dengan azab Allah sehinggakan berani mempersenda-sendakan hukum Allah.

Moga-moga Allah memberi hidayah kepada mereka yang terlibat dalam pembikinan video ini. Sebagai tanda protes akan video ini mari kita sama-sama dislike video ini supaya mereka sedar.

Adakah kerana keuntungan duniawi yang sedikit ini mereka sanggup mempermainkan hukum Allah?

Barang siapa yang mengganggap hukum lain lebih baik atau sama dengan hukum Allah maka dia telah melakukan syirik yang besar, keluar dari agama Islam iaitu kafir & dia perlu mengucap kalimah syahadah serta mengakui kesilapan yang telah dilakukan. (Nik Abdul Aziz Nik Mat).

Wallahuallam.

Thursday, December 8, 2011

Adakah anda pernah bermain game komputer?


Pernah tidak anda rasa ketagih apabila bermain game? Contohnya Dota dan Cabal online. Kenapa saya bertanya seperti itu kerana saya pernah alaminya. Memang agak teruk apabila kita ketagih game ini kerana lebih banyak implikasi buruk daripada yang baik.

Kalau anda rasa ada kebaikannya cuba beritahu pada saya apa dia? Apa yang saya rasa apabila kita dah terlampau ketagih game ini apa kebaikan yang kita dapat hanyalah menjadi semakin pakar dalam game itu tetapi keburukannya adalah lebih besar dari itu.

Amat malang sekali sekiranya anda tidak menyedari bahawa kita ada lebih banyak lagi kerja yang sepatutnya dibuat. Kalau sekadar bermain untuk menghilangkan tekanan tidak apa kerana dapatlah mengurangkan sedikit tekanan tetapi awas mesti ada goal sebelum kita main.

Kenapa saya berkata begitu? Ini kerana kadang-kadang apabila kita bermain dengan kawan kita mungkin kita akan kalah dan kita akan rasa tidak berpuas hati dan terus bermain untuk menebus kekalahan kita tadi sedangkan banyak kerja kita yang tertangguh.

Apa yang saya ingin tekankan adalah bermain game itu tidak salah tetapi janganlah sampai berlebihan dan menyebabkan fikiran kita hanya tertumpu pada game itu sahaja sedangkan banyak lagi yang kita kena buat.

Pepatah Arab ada mengatakan bahawa "masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita. Sama-samalah kita gunakan masa yang diberi ini dengan sebaiknya.

(Peringatan bersama......)

Tuesday, December 6, 2011

Apa yang anda rasa sekiranya hilang sesuatu barang?


Pernah tidak anda jumpa kunci yang ditinggalkan oleh seseorang? Mungkin ada yang pernah dan ada juga yang tidak pernah jumpa. Hari ini semasa solat Zuhur tadi saya telah menjumpai kunci yang rasa-rasanya mungkin orangnya terlupa nak ambil kuncinya setelah diletakkan di lantai sekitar ruang tamu masjid negeri Shah Alam.

Agak-agaknya kalau anda yang jumpa kunci itu apa yang anda akan buat?
1. Biarkan sahaja di tempat asal
2. Ambil dan tunggu sehingga tuan punya kunci datang
3. Ambil kunci dan bagi pada penjaga masjid
4. Ambil kunci dan bawa lari kenderaannya

Apa yang saya buat adalah ambil kunci dan bagi pada penjaga masjid. Saya ambil keputusan itu kerana terlampau lama sangat nak menunggu tuan punya kunci sampai ke kenderaannya.

Inilah kenderaannya....

Kadang-kadang apabila situasi ini berlaku akan ada bisikan syaitan supaya kita buat lari motor ini supaya dapat dijual part-part tertentu. Tetapi adakah kita fikir macam mana sekiranya kita berada di tempatnya? Sudah tentu sedihkan.

Lagipun kalau kita bawa lari pun apa yang kita dapat adalah dosa sahaja dan ada kemungkinan juga nanti Allah akan balas semula perbuatan kita nanti samada di dunia mahupun di akhirat kelak.

Buatlah pertimbangan dengan akal yang waras supaya nafsu tidak menguasai kita tetapi kita yang menguasai nafsu.

Monday, December 5, 2011

Apa yang anda rasa apabila polis datang dekat anda?



Tadi semasa saya ronda-ronda sekitar Shah Alam tiba-tiba sahaja polis datang dari belakang. Riak muka tak payah ceritalah. Muka macam nak telan orang. Ingatkan seorang sahaja yang datang tetapi ada geng rupa-rupanya. Dalam 4 buah motosikal mengerumuni kami. 

Saya pun terfikir adakah diaorang ini terlampau takut dengan rakyat sehinggakan sampai 4 buah motosikal mengerumuni kami dua orang. Semuanya muka bengis. Apabila saya berhentikan motor semua tengok macam tidak puas hati. Buatlah cara terhormat sikit kalau nak minta lesen dengan IC pun.

Ini tidak datang dengan muka bengis seolah-olah kami dah memang buat salah. Apabila dia pergi dalam hati ini kata kalau aku ada kuasa memang aku pecat diaorang ini. Sepatutnya tunjuklah riak muka yang ok sikit. Ini tidak. Memang aku rasa geram tapi dalam hati sabar jelah.

Akhirnya geng polis tu blah macam tu sahaja sebab saya tidak buat salah apa-apa. Adakah mereka ini sudah terdesak sangat nak duit saman? Geram2x. Tapi nak buat macam mana sabar jelah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...