Ia adalah berita yang amat mengejutkan apabila Hewlett-Packard (HP) bertindak menghentikan pengeluaran PC (desktop, notebook dan netbook).
Mesti ramai yang akan tertanya-tanya kenapa HP bertindak menghantikan pengeluarannya.
Jawapannya adalah mudah keuntungan yang diperolehi oleh HP adalah tidak memadai. “The personal system group (PSG) menggunakan modal 41b dengan hanya 48m jualan pc. Tetapi keuntungan? Hanya $ 2bn, atau kira-kira $ 40 satu komputer.”
Sebagai kesan jangka pendek, harga PC dijangka akan jatuh mendadak pada suku tahun ke-empat tahun ini (September hingga Disember) kerana HP akan membuat jualan penghabisan stok. Acer telah pun menurunkan harga notebook pada suku tahun kedua 2011 untuk menghabiskan stoknya di Eropah sehingga menyebabkan pengeluar lain terpaksa menurunkan harga untuk bersaing. Kini, HP pula akan melakukan perkara yang sama yang pastinya akan mengakibatkan ‘harga jualan purata’ PC akan jatuh lebih rendah. Sudah pasti ini adalah durian runtuh bagi pengguna yang sedang merancang untuk membeli komputer.
Manakala kesan jangka panjang, keputusan ini dilihat akan mengubah corak pasaran IT yang dipengaruhi tiga faktor iaitu :
1) Syarikat mana yang akan mengambil alih bahagian produksi PC HP
2) Perubahan dalam rantaian bekalan perkakasan PC
3) Perubahan kedudukan atau ranking dalam pasaran dunia dikalangan pengeluar PC – HP menduduki ranking pertama pada tahun 2010 diikuti Acer ditempat kedua dan Dell ketiga.
Pokoknya, bagi yang sedang merancang untuk membeli PC, anda disyorkan untuk berbelanja bermula September ini hingga Disember dan nikmati penjimatan yang jarang sekali berlaku dalam pasaran IT.
Sumber:
http://www.rtikel.com
http://www.guardian.co.uk
http://www.digitimes.com
0 comments:
Post a Comment