Sunday, October 2, 2011

Bersukan adalah ibadah


Manusia pada hari ini kadang-kadang terlupa akan hak yang terdapat pada badannya iaitu tubuh badan yang sihat. Adakah kita lupa bahawa badan memerlukan jantung yang sihat supaya dapat mengepam darah ke seluruh badan. Apabila badan sihat kita akan lebih mudah untuk melakukan ibadah kepada Allah.

Hari ini saya bersama sahabat-sahabat telah berukhuwah dengan bermain bola di padang. Walaupun tidak beberapa pandai tapi cuba juga. Nikmatnya apabila dapat bermain dengan meletakkan Allah di depan sebagai panduan.

Bermain secara berpasukan walaupun tidak pandai memerlukan semangat bekerjasama yang tinggi untuk menang tetapi bukan kemenangan yang diharapkan, yang diharapkan adalah nikmatnya berukhuwah semasa bermain.

Apabila telah selesai bermain pak cik umar memberikan sedikit nasihat bahawa berukhuwah itu adalah penting dalam Islam.

Dia juga menggalakkan kita supaya sentiasa memberi senyuman kepada sahabat-sahabat kerana apabila senyum orang yang pada mulanya hendak memarahi kita pun tidak jadi sebabnya aura negatif telah diatasi dengan aura negatif.

Sebagai seorang muslim kita hendaklah mengamalkan budaya ziarah-menziarahi supaya dapat merapatkan lagi ukhuwah yang sedia ada. Budaya ini telah diamalkan semasa zaman Rasulullah SAW yang sentiasa mengambil berat akan sahabat-sahabatnya dengan berziarah. Kita sebagai umatnya hendaklah meneruskan sunnahnya.

Akhir kata sama-samalah kita renungkan bahawa saiz badan itu tidak penting tapi yang penting adalah setakat mana kita telah melakukan senaman untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...