Friday, October 28, 2011

Barah mulis di kalangan belia


Kalau dulu muflis seringkali dikaitkan dengan syarikat-syarikat besar tapi pada hari ini muflis telah menjadi semakin teruk dan telah menjadi barah dalam masyarakat kita. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita bahawa dianggarkan sebanyak 41 belia muflis setiap hari. Berita ini amat mengejutkan kita semua. Apa respon kita apabila mendengar berita ini? Adakah terkejut, sedih, marah, takut @ pun gembira? Bagi pendapat saya sendiri apabila mendengar berita ini terbayang di kepala apa punca semua ini berlaku? Cuba kita fikirkan apa puncanya? Antanya ialah :



1. Kredit kad @ kad hutang


Bank-bank pada hari ini banyak membuat promosi secara keterlaluan sehinggakan telah menjadi budaya dalam masyarakat kita hari ini bahawa sekiranya seseorang itu tidak ada kad kredit maka tidak lengkap hidup seseorang itu. Sebenarnya Allah telah memberi panduan kepada kita bahawa haram hukumnya mengambil riba tetapi yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Kita kena cuba elakkan daripada mengambil kad kredit kerana ianya akan membebankan kita sekiranya tidak dikawal dengan sebaiknya. Kalau boleh elak kita cuba elekkan.

2. Berbelanja lebih daripada sumber pendapatan


Berbelanja lebih daripada keperluan adalah pendorong utama yang boleh menyebabkan menyebabkan muflis. Cuba kita bayangkan apabila kita kehabisan wang dengan apa pula kita berbelanja? Semestinya dengan cara berhutang. Apabila amalan ini sudah menjadi barah dalam daging menyebabkan kita tidak mampu hendak membayar kesemua hutang tersebut kerana pendapatan yang kita perolehi tidak mampu untuk membayar kesemua hutang tersebut dalam waktu yang serentak. Jadi sudah tentu kita akan bayar secara ansuran untuk menyelesaikan hutang tersebut. Dalam waktu yang sama juga kita kena hadapi kos sara hidup yang semakin lama semakin meningkat. Jadi untuk menghadapinya kita terpaksa lagi berhutang walaupun kita tidak mahu.

3. Sijil degree yang terlampau mahal


Hari ini amat mudah untuk semua orang melanjutkan pelajaran ke menara gading kerana peluang yang terlampau banyak dan lambakan universiti samada IPTS ataupun IPTA. Pelajar hari ini sewajarnya memilih kursus yang mereka minati sesuai dengan pasaran kerja pada hari ini. Ini kerana kebanyakan pelajar hari ini bagi yang tidak mendapat biasiswa mereka membuat pinjaman yang ada bunga. Apabila pelajar gred, mereka semestinya ingin membeli kenderaan ke tempat kerja dan tempat tinggal. Ini ada asas keperluan yang mesti ada dan tidak termasuk lagi dengan lain-lain hal. Muflis boleh terjadi sekiranya pelajar yang gred tadi tidak mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemah.

Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor yang menyumbang kepada muflis. Banyak orang pada hari ini tidak sedar bahawa pengurusan kewangan itu amat penting kerana daripadanya kita dapat mengetahui kemana aliran wang kita iaitu berapa banyak wang yang masuk dan berapa banyak wang yang keluar. Apa yang penting adalah kita hendak buat @ tak. Itu kita kena tanya diri sendiri. Tepuk dada tanya diri sendiri.

5 comments:

fisya sabri said...

itulah perlunya sediakan payung sebelum hujan...

khairul@kechik said...

muda2 lagi dah muflis..huhu

Sinto said...

nyimak doloe post nya panjang banget hehehe

AddWin said...

nice share friend, support you and support me back.. download more and more @ File666

alia zainol said...

mohonla dijauhkan dr benda2 mcm tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...