2. Motorola Xoom
3. Samsung Galaxy
“Memang zaman dulu orang Islam mengamalkan hukum hudud kepada mereka yang membuat kesalahan contohnya bagi mereka yang berzina, hukuman sula akan , dikenakan. Tapi rasanya sekarang, ia tidak lagi sesuai. Malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah. Kalau hukum hudud dijalankan, pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya. Semua ini tidak akan menjamin mereka insaf sepenuhnya.”
[Sinar Harian, 5 Oktober2011]
Kita sangat tertanya-tanya, bilakah wujudnya hukuman sula terhadap penzina? Bukankah itu hanya adegan celaru dalam filem “Semerah Padi” lakonan P. Ramlee? Dan apakah anggota lain yang akan dipotong selain kaki dan tangan? Owh.. sungguh mengelirukan!
Walaupun tidak semua artis berfikiran demikian sepertimana Wardina Safiya yang memberi nasihat kepada rakan artisnya melalui Twitter supaya tidak mengeluarkan pendapat terhadap perkara yang mereka tidak tahu, namun hal ini perlu dijelaskan supaya kecelaruan kefahaman tidak berlaku.
LITERAL ARAB
Hudud/Had (الحد) dari sudut bahasa arab bermaksud: terpisah dan larangan. Oleh itu, tukang besi dan warden penjara dipanggil had-daad (الحدّاد), kerana keduanya bersifat melarang sesuatu dari keluar. Begitu juga pengawal keselamatan rumah dipanggil Hadad (الحداد) kerana tugasnya melarang orang yang tidak berkaitan masuk ke dalam rumah. Begitu jugalah Hudud Allah yang dapat melarang penjenayah dari mengulangi perbuatan jahat itu lagi.
DEFINASI SYARAK
Para ulama telah terbahagi kepada dua kumpulan dalam mendefinasikan makna hudud.
Ulama aliran Hanafiah berkata: “Hudud adalah satu hukuman yang telah ditentukan, wajib dilaksanakan sebagai menepati hak Allah.”
Dari definasi ini, ulama Hanafiah telah membahagikan kes hudud kepada lima bahagian sahaja: (1) Kes Pencurian, (2) Kes Zina, (3) Kes Minum Arak, (4) Kes Mabuk, dan, (5) Kes Penyaksian Palsu.
Manakala, majoriti ulama (الجمهور) telah berpendapat: “Hudud adalah satu hukuman yang telah ditentukan secara syari`, sama ada ia hak Allah mahupun hak hamba”.
Oleh itu, mereka menyatakan bahawa kes hudud mempunyai lapan bahagian: (1) Kes Zina, (2) Kes Penyaksian Palsu, (3) Kes Minum Arak, (4) Kes Pencurian, (5) Kes Rompakan, (6) Kes Tidak Mentaati Pemimpin, (7) Kes Murtad, dan (8) Kes Pembunuhan Sengaja Yang Mewajibkan Qishash.
SUATU PERINGATAN
Nabi saw sangat mengambil berat terhadap perlaksanaan hudud bagi menjaga kemaslahatan kehidupan manusia. Juseru, Nabi saw bersabda seperti yang direkodkan oleh al-Bazzar:
“Berhati-hatilah kalian dengan neraka, berhati-hatilah kalian dengan hudud, berhati-hatilah kalian dengan neraka, berhatilah kalian dengan hudud, berhati-hatilah kalian dengan neraka, berhati-hatilah kalian dengan hudud – sebanyak tiga kali-, seandainya aku telah mati, lalu aku tinggalkan kalian, dan aku akan menunggu di al-Haudh (telaga). Siapa yang berjaya sampai di sana, maka dia telah berjaya.”
[Direkod oleh Al-Bazzar: 5110, At-Thabrani: 12345]
KEPENTINGAN HUKUMAN
Apabila hudud dilaksanakan, maka jenayah tidak akan lagi tersebar luas lalu negara akan menjadi aman dan tenteram. Ini dibuktikan dengan perlaksaan hudud di Arab Saudi yang menyaksikan kadar jenayah paling sedikit direkodkan. Oleh itu nabi amat mengambil berat terhadap permasalahan jenayah hudud yang terang-terang dilakukan tanpa sebarang keraguan.
KEWAJIPAN PERLAKSANAAN
Rasulullah saw bersabda:
“Tegakkanlah hudud Allah di tempat yang dekat dan jauh, serta janganlah kalian hiraukan celaan orang yang mencela ketika dijalan Allah.”
[Direkod oleh al-Hakim- Adz-Dzhahabi berkata: Shahih]
Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari telah meriwaatkan sebuah hadith yang menceritakan suatu peristiwa hebat di zaman Rasulullah saw. Ketika itu, terdapat seorang wanita dari kaum al-Makhzumiah yang telah di dapati bersalah dalam kes mencuri, lalu perintah memotong tangan sudah dikeluarkan. Kaum Quraisy yang memandang mulia kaum al-Makhzumiah telah berbincang untuk membuat rayuan kepada Rasulullah saw, lantas mereka melantik Usamah bin Zaid sebagai wakil mereka.
Usamahpun menjalankan tugasnya, lalu berbincang dengan Rasulullah saw. Setelah mendengar rayuan tersebut, Rasulullah saw berkata:
“Wahai Usamah! Adakah kamu mahu memberikan pertolongan dalam kes Hudud Allah?!”
Kemudian baginda bangun lalu berkata kepada orang ramai:
“Sesungguhnya, umat yang terdahulu telah dihancurkan kerana apabila salah seorang (dari kaum) yang termulia dikalangan mereka mencuri, mereka akan meninggalkannya. Tetapi apabila orang yang lemah pula mencuri, mereka melaksanakan hukuman. Demi Allah! Seandainya Fathimah binti Muhammad (puteriku) mencuri, pastinya aku akan memotong tangannya!”
[Direkod oleh al-Bukhari: 6788]
Wanita tersebut dipotong tangannya, lalu dia bertaubat dengan taubat nasuha. Peristiwa ini menjadi bukti ketegasan Islam dalam menegakkan keadilan atas landasan kebenaran dan cinta kepada Allah Taala.
Tuntasnya, hudud adalah suatu tuntutan perlaksanaan yang wajib ditegakkan, walaupun dimana-mana sahaja tempat dan negara, seandainya suasana telah kondusif. Siapa sahaja umat Islam yang menafikan perlaksanaan hudud, walau dengan apa dalih sekalipun, perlulah bertaubat segera kerana ia adalah Perlembagaan Allah yang terdapat hujah kuat dari al-Quran dan as-Sunnah.
Disediakan oleh:
Syihabudin Ahmad MY,
Tahun 3, Kuliah Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Jabatan Syariah Islamiah,
Universiti al-Azhar, Cawangan Dumyat, Mesir.
[8 Oktober 2011/11 Dzulkaedah 1432H]
http://halaqahmaya.blogspot.com/2011/10/memahami-hudud-dalam-konteks-islam.html
Terkejut saya membaca harian metro hari ini apabila terbaca berita tentang dua beradik yang meniru aksi lesbian. Aksi itu ditiru macam dalam aksi lucah lesbian yang ditonton di rumah mereka Asahan.
Ibunya telah memaklumkan kepada bapa angkatnya tentang perbuatan mereka. Bapa angkatnya telah merotan mereka berdua sehingga didakwa lebam di tangan, kaki dan belakang.
Daripada berita ini apa yang kita dapat simpulkan ialah kanak-kanak pada hari ini mudah terdedah dengan pengaruh luar tanpa batasan dan sempadan.
Kita tidak boleh hendak menyalahkan kanak-kanak itu sebab kemungkinan mereka hanya ingin mencuba sesuatu yang baru. Apabila ia telah terjadi sepatutnya kanak-kanak itu dinasihati secara berhikmah dan sentiasa dipantau supaya tidak memburukkan lagi keadaan.
Apa agak-agaknya yang kita telah prepare untuk diri kita nanti apabila kita sudah ada anak. Zaman akan datang akan lebih mencabar dari hari ini dan suasana jahiliah semakin pekat.
Perkara ini menyebabkan saya teringat akan tazkirah ustaz dahulu semasa di Kolej Teknologi Darulnaim bahawa Islam bermula dengan dagang dan akan kembali dagang sepertimana hari ini. Dahulu Islam amat payah untuk diamalkan dan dihayati kerana tentangan yang amat hebat dari kalangan kaum kafir Quraisy tetapi pada hari ini manusia digoda dengan bermacam-macam teknologi yang amat mudah didapati.
Apa yang patut kita lakukan sebagai seorang Islam untuk mengani gejala ini???
Sumber : Harian metro
Hasil kajian Kementerian Kesihatan mendapati pelajar di negara ini mengalami tahap stres yang tinggi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada 6,540 orang murid yang telah disaring, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus kemurungan yang teruk dan 4.8 peratus stres yang teruk.
Sebenarnya sistem pada pendidikan pada hari kalau kita lihat hanya memenuhi tuntutan akademik ataupun akdemik sahaja padahal sebagai orang Islam kita semestinya pandai menyeimbangkan kesemuanya samada dari segi akademik, jasmani dan rohani.
Manusia pada hari sudah lupa bahawa hanya dengan kembali mendekatkan diri dengan Allahlah yang akan dapat menenangkan hati yang gundah gulana. Apatah lagi sekiranya kita terlampau stress kerana kerja yang perlu disiapkan terlampau banyak.
Apabila manusia itu telah mendapat ketenangan jiwa maka senanglah untuk dirinya memperhambakan diri kepada Allah sebagaimana firman Allah SWT :
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”
(Surah Al-Zariat: 56)
Adakah kita telah muhasabah diri kita kenapa kita stress? Sekiranya belum sama-samalah kita renungkan bahaawa ayat di atas tadi apa tujuan kita dilahirkan ke dunia ini? Moga-moga dengan sedikit ilmu ini kita dapat sama-sama amalkan. Insyaallah.
Sumber : Utusan Malaysia
Ia adalah berita yang amat mengejutkan apabila Hewlett-Packard (HP) bertindak menghentikan pengeluaran PC (desktop, notebook dan netbook).
Mesti ramai yang akan tertanya-tanya kenapa HP bertindak menghantikan pengeluarannya.
Jawapannya adalah mudah keuntungan yang diperolehi oleh HP adalah tidak memadai. “The personal system group (PSG) menggunakan modal 41b dengan hanya 48m jualan pc. Tetapi keuntungan? Hanya $ 2bn, atau kira-kira $ 40 satu komputer.”
Sebagai kesan jangka pendek, harga PC dijangka akan jatuh mendadak pada suku tahun ke-empat tahun ini (September hingga Disember) kerana HP akan membuat jualan penghabisan stok. Acer telah pun menurunkan harga notebook pada suku tahun kedua 2011 untuk menghabiskan stoknya di Eropah sehingga menyebabkan pengeluar lain terpaksa menurunkan harga untuk bersaing. Kini, HP pula akan melakukan perkara yang sama yang pastinya akan mengakibatkan ‘harga jualan purata’ PC akan jatuh lebih rendah. Sudah pasti ini adalah durian runtuh bagi pengguna yang sedang merancang untuk membeli komputer.
Manakala kesan jangka panjang, keputusan ini dilihat akan mengubah corak pasaran IT yang dipengaruhi tiga faktor iaitu :
1) Syarikat mana yang akan mengambil alih bahagian produksi PC HP
2) Perubahan dalam rantaian bekalan perkakasan PC
3) Perubahan kedudukan atau ranking dalam pasaran dunia dikalangan pengeluar PC – HP menduduki ranking pertama pada tahun 2010 diikuti Acer ditempat kedua dan Dell ketiga.
Pokoknya, bagi yang sedang merancang untuk membeli PC, anda disyorkan untuk berbelanja bermula September ini hingga Disember dan nikmati penjimatan yang jarang sekali berlaku dalam pasaran IT.
Sumber:
http://www.rtikel.com
http://www.guardian.co.uk
http://www.digitimes.com
Manusia pada hari ini kadang-kadang terlupa akan hak yang terdapat pada badannya iaitu tubuh badan yang sihat. Adakah kita lupa bahawa badan memerlukan jantung yang sihat supaya dapat mengepam darah ke seluruh badan. Apabila badan sihat kita akan lebih mudah untuk melakukan ibadah kepada Allah.
Hari ini saya bersama sahabat-sahabat telah berukhuwah dengan bermain bola di padang. Walaupun tidak beberapa pandai tapi cuba juga. Nikmatnya apabila dapat bermain dengan meletakkan Allah di depan sebagai panduan.
Bermain secara berpasukan walaupun tidak pandai memerlukan semangat bekerjasama yang tinggi untuk menang tetapi bukan kemenangan yang diharapkan, yang diharapkan adalah nikmatnya berukhuwah semasa bermain.
Apabila telah selesai bermain pak cik umar memberikan sedikit nasihat bahawa berukhuwah itu adalah penting dalam Islam.
Dia juga menggalakkan kita supaya sentiasa memberi senyuman kepada sahabat-sahabat kerana apabila senyum orang yang pada mulanya hendak memarahi kita pun tidak jadi sebabnya aura negatif telah diatasi dengan aura negatif.
Sebagai seorang muslim kita hendaklah mengamalkan budaya ziarah-menziarahi supaya dapat merapatkan lagi ukhuwah yang sedia ada. Budaya ini telah diamalkan semasa zaman Rasulullah SAW yang sentiasa mengambil berat akan sahabat-sahabatnya dengan berziarah. Kita sebagai umatnya hendaklah meneruskan sunnahnya.
Akhir kata sama-samalah kita renungkan bahawa saiz badan itu tidak penting tapi yang penting adalah setakat mana kita telah melakukan senaman untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat..
Apa nk jadi?
Hari ni saya ada terbaca harian metro terkejut tengok beritanye.
“Setiap tiga daripada enam remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini, kebanyakannya lulusan universiti didapati melakukan hubungan seks luar nikah bersama pasangan masing-masing kerana didorong perasaan ingin mencuba akibat menonton video lucah, sekali gus dikhuatiri menyumbang kepada kes pembuangan bayi”
Apa yang boleh kita katakan apabila baca berita macam ini? Siapakah yang harus dipersalahkan dalam kes ini? Adakah salah media massa atau ibubapa atau persekitaran yang mencabar?
Ini yang kita tahu tetapi di luar sana masih banyak lagi yang terlibat cuma datanya tiada. Jadi apa yang patut kita buat sebagai seorang pelajar muslim untuk cuba mengubah suasana yang semakin kritikal.
Perbaikilah diri dan serulah orang lain. Ayat ini mengajar kita bahawa pada hari ini kita tidak boleh hanya menjadi baik untuk diri sendiri tetapi mesti mengembangkan kebaikan yang ada pada diri kita untuk dirasai oleh masyarakat sekelililng kita. Barulah kita sedikit demi sedikit dapat memperbaiki masyarakat di sekeliling kita.
Sebenarnya kita sebagai orang yang memahi Islam adalah wajib untuk mengajak orang2 di sekeliling kita yang masih belum memahami Islam yang sebenarnya. Kebanyakannya hanya mengambil separuh-separuh (juzie).
Jadi marilah sama-sama kita mengajak mereka yang yang sudah tersasar jauh dari landasan Islam. Sama-samalah kita muhasabah diri kita semula dan tanya pada diri kita apa yang telah kita buat untuk Islam.