Saturday, May 8, 2010

Tomakninah zahir & batin.


Solat tanpa tomakninah tidak sah. Tomakninah adalah salah satu rukun dalam solat. Tomakninah bermaksud tenang dan aman. Ianya perlu dalam rukun solat seperti rukuk, sujud dan lain-lainnya.

Mengikut hukum fekah anggota yang tidak tenang akan batal solatnya. Anggota yang tidak tenang bermaksud berlakunya pergerakan sebanyak tiga kali berturut -turut. Contohnya tergaru - garu , bergerak - gerak dan sebagainya. Untuk mendapat ketenangan anggota memerlukan akal yang sempurna. Tanpa akal yang sempurna sungguh sukar untuk menenangkan anggota zahir. Perkara ini saya dapat lihat dari solat kanak - kanak di sekolah rendah yang rata - rata belum akil baligh(sempurna akal). Semasa mereka solat asyik mengusik kawan, bergerak - gerak dan pelbagai perkara yang dilakukan. Saya sendiri semasa zaman kanak - kanak merasa begitu juga.

Namun apabila meningkat dewasa kualiti solat juga perlu ditingkatkan. Pada zaman kanak - kanak hanya bermujahadah untuk menenangkan anggota, tetapi sekarang mujahadah untuk menenangkan hati . Ini kerana tumpuan Allah s.w.t. adalah di hati dan ketenangan anggota itu adalah untuk ketenangan di hati. Takkanlah orang dewasa masih hanya bermujahadah seperti kanak - kanak !!!

Bagaimana nak tomakninah hati ???

Marilah kita kembali kepada al - Quran . Di dalam al - Quran ada dinyatakan cara untuk menenangkan hati iaitu dengan banyakkan berzikrullah.

Ar – Ra’d ayat 28:

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”

Surah an – Nisa’ 103 :

“ Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, Maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”

Oleh itu , orang yang malas berzikrullah tidak mampu mendirikan solat dengan sempurna. Hanya yang apa dilakukan adalah sekadar solat bahkan mungkin dicela. Anggota yang tidak tenang hukumnya tidak sah bagaimana pula hati yang tidak tenang??? Renung - renungkanlah semoga solat kita diterima. Banyakkanlah zikrullah.

rujukan : http://saifulihsan.blogspot.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...