Monday, May 31, 2010

APAKAH KAITANNYA ANTARA MASJIDIL AQSA DENGAN INSTITUSI PENDIDIKAN KITA

1. Sirah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah meletakkan satu garis panduan kerja jangka panjang yang sesuai untuk diaplikasikan di sepanjang zaman.

2. Dalam menghadapi situasi dunia yang gawat di zaman baginda, baginda sangat komited dalam mengestablishkan institusi pendidikan baginda ialah madrasah Darul Arqam. Ketika baginda berhijrah ke Madinah, langkah pertama baginda ialah membina masjid sebagai institusi pendidikan sekali gus institusi ibadah.

3. Melalui institusi pendidikan ini, bersama dengan silibus Rabbani (Al-Qur’an dan As-Sunnah), baginda membentuk para rijal dan pejuang-pejuang risalah yang memiliki syakhsiyah Islamiyah Kamilah.

4. Syed Qutub sangat mengkagumi baginda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, kerana baginda telah berjaya melahirkan Al-Qur’an – Al-Qur’an yang bergerak. Ini bermakna baginda tidak membukukan Al-Qur’an kertas, tetapi baginda membukukan Al-Qur’an ke dalam hati-hati sahabat-sahabat baginda. Peribad-peribadi sahabat baginda itulah Al-Qur’an – Al-Qur’an baginda.

5. Kita sedia maklum bahawa pada masa kini Yahudi menguasai Masjidil Aqsa. Yahudi juga memiliki pelbagai kekuatan kebendaan – ketenteraan (dengan peralatan yang serba canggih), ekonomi, penguasaan bumi Palestin, sistem komunikasi, media massa dan sebagainya. Bahkan,Yahudi menguasai semua lapangan kekuatan. Pada masa yang sama umat Islam serba lemah - dalam aspek peralatan, ekonomi, sistem komunikasi, media massa, keluasaan bumi (seperti keluasan bumi Palestin yang semakin hari semakin kecil berada di bawah penguasaan umat Islam), kekuatan politik dan sebagainya. Boleh dikatakan umat Islam sangat lemah dalam pelbagai bidang kehidupan

6. Cuba kita fikirkan - APAKAH YANG DITAKUTI OLEH YAHUDI TERHADAP UMAT ISLAM SEDANGKAN UMAT ISLAM KINI SANGAT LEMAH DALAM SEMUA ASPEK? UMAT ISLAM TIADA HARTA, TIADA SENJATA, TIADA ALAT KOMUNIKASI YANG CANGGIH DAN SEBAGAINYA. TERHADAP KEKUATAN APAKAH YANG SANGAT DIGERUNI OLEH YAHUDI?

7. Jawapan yang hakiki bagi persoalan ini ialah – YAHUDI SANGAT TAKUT DAN GENTAR TERHADAP UMAT ISLAM YANG MEMILIKI KEKUATAN SYAKHSIYAH ISLAMIYAH. YAKNI UMAT YANG KEMBALI KEPADA KEKUATAN ASALNYA, KEPADA JATIDIRINYA, KEPADA IMANNYA DAN KEPADA SUMBER ASAS KEKUATANNYA (IAITU AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH). Umat Islam sudah kehilangan kekuatan ekonomi, ketentaraan, teknologi, politilk dan sebagainya. Tetapi umat ini tetap berpeluang luas untuk kembali membina kekuatan syakhsiyahnya - iman, taqwa, akhlak, sabar dan pergantungan kepada Zat Paling Kuat ialah Allah Subhanahuwata’ala. Inilah kekuatan hakiki yang paling digentari dan ditakuti oleh Yahudi.

8. Kita menghantar sahabat-sahabat kita ke Gaza, sebenarnya kita bukan sekadar menghantar RM 1.5juta. Tetapi jauh lebih hebat daripada itu ialah kita menghantar kekuatan peribadi, syakhsiyah, akhlak, jiwa yang sabar dan hati-hati yang bergantung kepada Allah Subhanahuwata’ala.

9. Wang sebanyak RM1.5juta kita janakan dalam tempoh sekitar sebulan. Tetapi peribadi-peribadi ini kita janakan melalui proses tarbiyah puluhan tahun.

10. Sewaktu Syeikh A. Bakr melawat Malaysia, beliau menyatakan:

KAMI MENGHARAPKAN KELAHIRAN PEMIMPIN DARIPADA KALANGAN KAMU UNTUK MENYELAMATKAN AL-AQSA.

Soalan ini adalah satu soalan yang lahir dari jiwa seorang tokoh yang berpengalaman dan memahami keperluan umat di masa depan.

11. Apakah jawapan yang betul bagi soalan atau cabaran ini? Jawapannya ialah - institusi pendidikan kita. Kita perlu menjayakan aspirasi institusi-institusi pendidikan kita untuk melahirkan para rijal, pendokong fikrah dan pejuang risalah. Kita bukan sekadar ingin melahir seorang Nurazman, tetapi kita juga ingin melahir ribuan Nurazman.

12. Kita mencontohi cara baginda Ralullullah Sallallahu’alaihiwasallam bekerja. Baginda meletakkan kaedah berkerja pelbagai dimensi. Satu kelompok berada di medan, manakala satu kelompok lagi meneruskan kerja-kerja pembinaan generasi di kota-kota dan di kampung-kampung.

13. Kita sekarang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk mencari pelajar-pelajar bagi memasuki institusi pendidikan kita. Hakikatnya, mencari pelajar-pelajar yang akan memasuki institusi pendidikan kita adalah pelaburan atau saham yang paling strategik untuk masa depan umat. Kita sememangnya bercita-cita untuk membebaskan Al-Quds. Serentak dengan itu, dengan kelahiran pejuang risalah yang ramai, kita akan dapat merealisasikan cita-cita membebaskan bumi Islam di pelbagai tempat. Dengan kelahiran pejuang risalah yang ramai, kita dapat menjaga dan memerdekakan setiap penjuru Islam.

14. Seterusnya, saya ingin menegaskan satu lagi hakikat yang penting iaitu – HANYA DA’I YANG BOLEH MELAHIRKAN DA’I. HANYA MURABBI YANG BOLEH MELAHIRKAN MURABBI. Justeru itu sangat penting bagi setiap da’i dan murabbi yang berada di instiusi-insititusi pendidikan kita untuk MENCONTOHI RASULULLAH SALLALLAHU’ALAIHIWASALLAM. Jangan pisahkan diri kita dengan hakikat madrasah. Jadilah diri kita sebagai madrasah yang bergerak. Hayatilah sifat-sifat kasih sayang, kemesraan, kesabaran, keikhlasan dan keprihatinan terhadap pelajar-pelajar kita. Kita bukan sekadar guru, bukan sekadar pensyarah, bukan sekadar tutor, bukan sekadar kerani dan bukan sekadar pegawai penyelenggara, tetapi kita adalah Madrasah Tarbiyah Islamiyah yang sedang bergerak. Berdoalah kepada Allah Subhanahuwata’ala supaya Allah Suhanahuwata’ala menjadi lidah-lidah kita dan tingkahlaku- tingkahlaku kita sebagai perantaraan hikmah-Nya. Hikmah itu mengalir semasa berbual dengan ibubapa melalui telefon, semasa melayani pelajar di kaunter dan sebagainya.

Rujukan:http://tinta- ilmu.via. my/

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...