Friday, May 7, 2010

Cerita lawak

CERITA PERTAMA

Majikan : Kamu dipecat!
Pekerja : Tapi, saya tak buat apa-apa pun..
Majikan : Sebab itulah kamu dipecat!


CERITA KEDUA

Majikan : Adakah kamu telah mencuci ikan itu sebelum menggorengnya?
Orang Gaji : Saya tak terfikir ianya perlu kerana ikan memang seumur hidup tinggal dalam air.


CERITA KETIGA

Cikgu : Ali, kalau saya bagi awak 2 ekor arnab hari ini, dan esok saya bagi 2 ekor lagi, berapa ekor arnab ada di rumah awak?
Ali : 7 ekor, cikgu!
Cikgu : Kenapa jadi 7 ekor?
Ali : Sebab di rumah saya, dah ada 3 ekor arnab.


CERITA KEEMPAT

Anak ular : mak, kita ni, beracun tak?
Mak ular : Tak. kenapa kamu tanya?
Anak ular : saya baru saja tergigit lidah saya.


CERITA KELIMA

Seorang pengarah filem ingin membuat satu adegan tembak-menembak yang paling dahsyat di dunia perfileman dan berbincang dengan krew-krewnya.
Pengarah : Saya memerlukan 2 pasukan askar yang setiap satu mengandungi 25 ribu askar.
Krew : 2 pasukan ada 50 ribu askar. Macam mana kita nak bayar mereka?
Pengarah : Saya baru terfikir nak gunakan peluru hidup.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...