Wednesday, September 16, 2009

Ringkasan Ucapan Syeikh Abu Bakar


Assalamualaikum wrh


Demi Allah swt yang memberikan kita kekuatan, saya disini bukan untuk berbicara politik, tetapi untuk berbicara dari hati ke hati, jiwa ke jiwa. Saya ingin berbicara kepada kalian bagaimana kami para ulama dan para pejuang Palestin bertungkus-lumus membina generasi yang terbaik. Bagaimana tarbiyah dan kebaikan itu bermula...kita harus tahu.


Wahai saudara-saudaraku,
sebenarnya masalah Palestina bukan merupakan masalah rakyat palestin semata-mata tetapi merupakan permasalahan umat Islam yang berada di seluruh dunia. Mengapa ? Kerana Palestina merupakan tanah wakaf yang diberikan oleh Khalifah Islam ke-2, Umar Al-Khattab dan di amanahkan oleh Panglima Salahuddin Al-ayubbi kepada kita kaum muslimin, kemudian amanah itu dilanjutkan oleh nenek moyang kita yang berada di Palestina, sehinggalah akhirnya oleh Sultan Abdul Hamid ke-2 menyerahkan bendera Islam kepada rakyat Palestin sebelum kejatuhan Khilafah Islam di Turkey.


Perjuangan untuk mempertahankan Al-aqsa telah bermula semenjak dari semenjak Inggeris ingin menguasai Palestina. Secara tepatnya pada tahun 1922 terjadi revolusi penentangan di antara para tentera mujahidin dengan tentera Inggeris. Kemudian dilanjutkan lagi pada tahun seterusnya yang dipimpin oleh 3 orang Ulama seterusnya kepimpinan tentera mujahidin Palestin dipimpin oleh Ulama Syeikh Izzuddin Al-qassam hinggalah seterusnya dan kini. Perjuangan Palestina tercatit dalam catatan yang panjang dan kami tidak sedikitpun redha terhadap pendudukan Israel ke atas tanah palestin. Orang-orang yang berjuang ditarbiyah dengan tarbiyah yang tinggi, tarbiyah Al-Quran, tujuan yang satu untuk syahid mempertahankan Palestin. Sebenarnya, apa yang kalian lihat pada perjuangan Hamas adalah hasil didikan Ikhwanul Muslimin dibawah pimpinan Imam As-syahid Hassan Al-Banna ketika para tentera Ikhwan mulai masuk ke Palestina. Banyak dari pasukan ikhwan yang syahid disana dan sejak dari saat itu, mulai tertanam benih-benih jihad ke dalam penduduk Palestina.


Dan dari situ jugalah As-syahid Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa lagi, mula tersuntik semangatnya untuk membangunkan jihad di kalangan para pemuda Palestin. Mereka melihat bagaimana tarbiyah Ikhwanul Muslimin membentuk pasukan yang kuat. Mereka mula merubah dari dasarnya iaitu menjadikan Islam sebagai pola pemikiran mereka dan juga mereka menjadikan Islam sebagai corak hidup mereka. Sehinggakan kata As-syahid Syeikh Ahmad Yassin, apa yang kita perlu lakukan dari pengalaman kita bersama-sama dengan Ikhwanul Muslimin iaitu kita perlu mula dari mengikut cara Rasulullah saw dengan mentarbiyah diri kita, mentarbiyah keluarga kita seterusnya masyarakat untuk mendapat redha Allah swt. Dengan reda Allah, kita akan mendapat kemenangan.


Dari sana, kami mula memasuki kota-kota serta kampung..kami mula membangunkan masjid-masjid, kami mula membangunkan institusi-institusi islam, universiti-universiti islam serta kami mula membentuk suatu persatuan serta ikatan islam yang lebih luas. dari sanalah lahir apa yang dikatakan sebagai satu gerakan Islam. kami berusaha mentarbiah diri kami, roh kami dengan tarbiyah Islam, kami tarbiyah akhlak kami dengan akhlak Islam. Ketika itu kami ditanya oleh kaum muslimin yang lain, mengapa kalian tidak melakukan jihad dan hanya melakukan tarbiyah sahaja? ..jawab kami, yea tidakkah kalian tahu dan melihat tentang kaum muslimin yang bersabar dan menahan dirinya dari mengangkat senjatanya tetapi mereka melakukan tarbiyah untuk mendidik diri mereka dengan dasar-dasar taqwa sepertimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw.


Saudara-saudaraku....
Kami bertiga ini yang berada di hadapan kalian ini adalah hasil tarbiyah yang dilakukan oleh As-syahid Syeikh Ahmad Yassin. Kami adalah generasi pertama yang ditarbiyah dimasjid-masjid, di madrasah-madrasah, di universiti-universiti yang dipimpin oleh Ikhwan dan As-syahid Syeikh Ahmad Yassin serta bersama para mujahidin lainnya. Saudara-saudaraku, sebenarnya apa yang kalian lihat dari perjuangan di palestina merupakan hasil dari perjalanan tarbiyah yang sangat panjang yang dilakukan dengan sabar dan taat. Kami diwajibkan untuk melakukan puasa dengan kerap. Mulai dari isnin dan khamis hinggalah kewajiban puasa beberapa kali dalam sebulan serta puasa-puasa sunat.


Kemudian, kami juga dibentuk sebagai pasukan-pasukan kecil yang bermula dari solat asar sehingga solat subuh. Di dalamnya, kami melakukan tilawah-tilawah, tazkirah-tazkirah. Kami juga dilatih untuk melakukan tadhrib di gunung-gunung, bukit dan lembah-lembah di Palestina. Kami dilatih dengan pelbagai ketangkasan serta kemahiran olahraga serta ketaatan kepada ketua. Pada tahun 1987 terjadilah apa yang dikatakans ebagai Intifadah Pertama dan revolusi seterusnya. Saudara-saudaraku, apa yang menjadi kewajiban sebagai tentera Mujahidin Palestin iaitu mereka semua harus untuk hafaz Al-quran. Di dalam keadaan perang, mereka wajib mengingati ayat-ayat quran kerana kita yakin kekuatan itu apabila kita berpegang kepada Al-quran dan sunnah.


Kemenangan sebenarnya sememangnya milik kita kerana kita punyai tempat mengadu iaitu Allah swt tetapi mereka kaum zionis yahudi tidak mempunyai tempat mengadu dan mereka sebenarnya tiada kekuatan. Dari tentera mujahidin, kami juga membentuk generasi anak-anak untuk menjadi bakal-bakal qader serta tentera yang akan menyambung jihad di bumi palestina. Mereka dilatih untuk hafaz Al-quran semenjak dari kecil. Mereka dilatih dengan semangat ketenteraan dan tidak akan mati kecuali syahid mempertahankan palestina @.


Teman-teman yang di rahmati Allah swt,

Insya-Allah, ringkasan ucapan ini tidak lengkap. Hanya merupakan petikan-petikan. Namun insya-Allah, semoga Alalh swt memberikan kita rasa izzah terhadap tarbiyah islam. Dengan peribadi-peribadi yang soleh di depan mata, melihatkan mereka saja terasa apa sangatlah yang kita lakukan untuk islam jika dibandingkan dengan mereka. Teringat kata mak sedara saya, patutlah Allah swt ciptakan syurga itu bertingkat-tingkat. Golongan yang benar-benar berada di medan jihad, berjuang dan terkorban, pastinya mendapat ganjaran yang lebih.. Kita disini baru saja di medan cakap bukan lagi di medan amal. Mereka pula, benar-benar di medan amal..turun dan memegang senjata. Semoga Allah swt menetapkan hati kita untuk terus istiqomah di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini insya-Allah...

Pada program tersebut, Syeikh Abu Ahmad tidak banyak bercakap. Syeikh Abu Wael pula cuma berpesan beberapa perkara, insya-Allah..jika diizinkan Allah swt, saya sambung nanti yea..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...