GERAKAN FREEMASONRY
MUQADDIMAH
Gerakan ini dipelopori oleh orang Yahudi yang ingin mengambil kembali kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjidil Aqsa, kemudian akan melebar-luaskan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Iraq, Jordan, Mesir dan terus menuju ke Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan social.
Bermula daripada gerakan inilah maka telah muncul pertubuhan-pertubuhan yang berbentuk kebajikan dan keamanan di seluruh dunia bagi mengaburi mata masyarakat terhadap pergerakan mereka. Gerakan ini telah menyusup masuk ke seluruh fahaman, agama dan bangsa tanpa perlu menukar identity mereka asalkan mereka taat setia kepada pergerakan ini. Pergerakan ini amat cergas di dalam bidang ekonomi dengan cara monopoli dan menghalalkan riba di kalangan manusia.
Di dalam bidang sosial pula mereka lebih mengambil perhatian tentang kemanusiaan dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Mereka juga suka memberikan penghargaan kepada mana-mana individu yang cemerlang untuk menarik mereka menyertai gerakan ini. Kebanyakan orang yang terjebak ke dalam pergerakan ini adalah dari kalangan orang-orang yang berkepentingan di dalam pertubuhan kerajaan dan social. Orang-orang yang telah terjerumus ke dalam gerakan ini terpaksa akur dengan kehendak pergerakan.
PENGERTIAN FREEMASONRY
Mengikut “Ensiklopedia Erti Dan Istilah Yahudi”, perkataan freemason diambil daripada perkataan Inggeris yang bermaksud “jurubina bebas” (free and mason). Secara khusus perkataan free membawa maksud “bebas atau merdeka”. Manakala perkataan “mason” pula bermaksud “tukang batu atau tukang bangunan”. Maka hasil daripada ungkapan tersebut membawa maksud jurubina bebas atau tukang bangunan yang merdeka.
Hakikatnya Freemasonry adalah organisasi Yahudi Antarabangsa yang bekerja untuk menghancurkan kesejahteraan manusia, merosakkan kehidupan politik, ekonomi dan sosial di negara-negara yang dimasukinya. Ianya berusaha keras untuk merosakkan bangsa dan pemerintahan Non-Yahudi (Goyim).
PENUBUHAN GERAKAN FREEMASONRY
Mengikut pengarang kitab “Tabdid Azzolam”, pergerakan rahsia ini telah diasaskan pada tahun 43M. Pergerakan ini ditubuhkan hasil cetusan daripada dua orang Yahudi yang bernama Aheram Abyob dan Muab Lavi yang merupakan penasihat kepada raja Herod’s Akriba / Father. Manakala pengarang kitab “Rahsia Gerakan Freemasonry & Kelab Rotary” pula menyatakan gerakan ini telah bermula sekitar tahun 37M. Tujuan awal penubuhan ini adalah untuk menyekat pengaruh ajaran Al-Masih (Nabi Isa as) dan untuk menjaga keselamatan bangsa yahudi.
Secara umumnya pergerakan ini ditubuh dan dirancang oleh Yahudi berdasarkan kitab Talmud untuk memusuhi semua agama secara umum dan Katholik khususnya. Namun kemudiannya, mereka mengalih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama dengan menyebar-luaskan fahaman Komunisme dan Sekularisme selepas kejatuhan agama Kristian pada zaman revolusi Eropah pada kurun ke-17M.
Penentangan secara langsung terhadap agama Islam bermula pada tahun 1717M apabila gerakan rahsia ini mengadakan seminarnya secara rasmi di London. Di dalam seminar tersebut, seorang anggota Freemasonry yang bernama Anderson telah meletakkan agama Islam sebagai musuh utama bagi mereka. Dia secara rasmi telah menjawat jawatan sebagai ketua Gereja Protestan, tetapi pada hakikatnya dia adalah seorang Yahudi. Di awal penubuhannya, ia dianggotai oleh Sembilan orang anggota yang telah bersumpah taat setia dengan nama Tuhan dan Taurat untuk menjaga segala rahsia pergerakan.
Sebaik sahaja selesai sumpah taat setia tersebut, maka anggota kumpulan ini mula menubuhkan markaz mereka yang pertama yang diberi nama “Markaz Jerusalem” bertempat di istana Herod’s Akriba / Father. Nama istana tersebut ialah “De Haliza” yang merupakan markaz operasi pergerakan ini. Maka bermulalah misi pertama mereka untuk menjalankan apa yang telah mereka janjikan.
Langkah pertama yang diambil ialah menubuhkan pertubuhan-pertubuhan yang melambangkan kemanusian dengan nama yang pelbagai di bawah tujuan yang Satu.
Langkah seterusnya ialah melakukan perubahan pada sumpah taat setia yang asal bagi mengaburi manusia untuk menarik lebih banyak anggota menyertai pergerakan ini. Caranya ialah dengan menubuhkan pertubuhan-pertubuhan yang cenderung kepada keamanan dan sosial.
PRINSIP FREEMASONRY
1) Kerahsiaan
2) Anggota wajib memberi taat setia seratus peratus kepada Yahudi dan
dikehendaki memutukan hubungannya dengan agama dan negara.
3) Memuliakan keturunan Yahudi sahaja
4) Menyebarkan kemungkaran dan mengagungkan seks
5) Memusuhi semua agama sehingga dapat menguasainya
6) Para anggota saling tolong-menolong antara satu sama lain
7) Mengadakan propaganda dan revolusi
MATLAMAT FREEMASONRY
Matlamat utama : Membina Haikal Sulaiman
Kedua : Matlamat sampingan untuk menguasai alam ini
CABANG PERTUBUHAN FREEMASONRY
1) Pertubuhan IIIumanity (cahaya)
2) Pertubuhan B’nai B’rith / Independent Order of B’nai B’rith (I.O.B.B)
3) Pertubuhan Bahaiyah
4) Pertubuhan kesaksian Yehova / Yahoo
5) Kelab Rotary Antarabangsa (1905M)
6) Pertubuhan Persatuan dan Kemajuan (1909M)
7) Kelab Lions (1917M)
8) Pertubuhan Yoga
0 comments:
Post a Comment