Tuesday, January 7, 2014

Serba sedikit panduan melancong ke Melbourne (Australia)



Ini adalah pengalaman pertama saya melancong ke Australia tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Saya pergi melancong ke Australia dengan menaiki Airasia sebab lebih murah kalau nak dibandingkan dengan MAS. Akan tetapi servis yang disediakan adalah kurang memuaskan sedikit. Kebanyakan saya naik Airasia penerbangannya asyik tertunda. Huhuhu. Memang penat kalau macam ini.

Tiket Airasia saya beli betul-betul nak dekat sambutan tahun baru. Saya sampai ke lapangan kapal terbang Melbourne dalam pkl 10pagi. Apabila dah sampai tibalah masanya untuk pemeriksaan imigresen lapangan terbang Melbourne. Tersangkut dengan imigresen selama 4 jam lebih kurang. Boleh rujuk link ini pengalaman ditahan imigresen untuk tahu pengalaman saya dengan pihak imigresen tersebut.  

Apabila lepas hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Cukup-cukup gembira dan berdebar-debar sebab pertama kali sampai ke bumi Australia ini.


Apabila keluar sahaja daripada lapangan terbang ambil sahaja skybus untuk pergi ke Southern Cross. Southern Cross ada banyak pertukaran keretapi. Apabila sampai di Southern Cross saya terus keluar dan bertanyakan di kaunter bas macam mana hendak pergi ke Flinders Street sebab di sana ada banyak backpacker hostel yang murah-murah.  Antaranya YHA, Nomad dan lain-lain. Harga tiket skybus ini dalam 17AUD untuk pergi sahaja.


Apabila sampai sana pergi ke YHA backpacker hostel masih ada lagi kekosongan. Apa lagi terus check in hari itu juga. Bayaran yang dikenakan sebanyak 50AUD semalam. Kalau saya ambil 10 hari dan ke atas baru dapat lagi murah. Boleh rujuk di website ini YHA backpacker hostel.

Selepas dah check in saya mandi, solat dan rehat sekejap sebelum berjalan-jalan di luar. Walaupun sekarang musim panas tetapi udaranya cukup sejuk. Suhu biasanya waktu siang dalam 22 darjah celcius.


Depan penginapan saya ada City Circle Tram yang disediakan untuk pelancong bersiar-siar di kawasan pelancongan. Ianya adalah free sahaja. Tram ini akan berhenti di kawasan pelancongan.
Boleh rujuk website ini untuk info lebih lanjut City Circle Tram.


Ada juga pengangkutan yang kena bayar iaitu Yarra Tram. Kena beli pass di seven eleven harganya dalam 13AUD. Pass ini namanya myki kad. Myki ini kena topup macam konsep touch and go di Malaysia. Jadi sebelum nak naik Yarra Tram adalah lebih baik check terlebih dahulu tiket baru naik. Boleh rujuk website ini untuk tengok petanya : Yarra Tram map.


Boleh juga naik Melbourne Visitor Shuttle untuk tourist. Harganya dalam 5AUD per hari. Boleh rujuk website ini untuk info yang lebih lanjut Melbourne Visitor Shuttle.


Bagi sesiapa yang tiada perancangan rapi untuk melancong ke mana sebaik sampai di Melbourne bolehlah pergi ke Melbourne Visitor Centre. Pusat ini dibuka setiap hari pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Boleh rujuk website ini Melbourne Visitor Centre. Perkhidmatan yang disediakan adalah percuma. Pusat ini menyediakan info-info kawasan menarik yang boleh dilawati sekitar Australia. Rugi kalau tak pergi.

Pengangkutan awam di sini cukup efisian dan tepat pada masanya. Sepanjang saya berada di sana ramai orang yang lebih suka menggunakan pengangkutan awam jika nak dibandingkan dengan membawa kenderaan sendiri. Di samping itu boleh menjimatkan kos.

Udara di sini pun cukup nyaman dan segar sekalipun berada di pusat bandar Melbourne. Banyak taman-taman di sini. Setakat ini sahajalah coretan saya. Nanti saya akan postkan tentang tempat-tempat menarik yang mesti dilawati di sana pula.












4 comments:

Unknown said...

wah..lum sampai lagi kat sna.
memang best..btw Am singgah sambil follow sini ^_^

Hoyaz said...

Macam best je sana. Tak pernah pergi. Singgah pagi.

ZH Blogger

Unknown said...

gimana cara cari kerjanya bang? berapa modal yang harus di bawa?

Anonymous said...

Ada contoh tentatif x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...