Friday, November 5, 2010

Tips Untuk Laptop Yang Panas!

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum w.b.t, adakah anda merasakan bahawa laptop anda mampu memanaskan telur sehingga ke tahap boleh menjadi telur mata goreng? Ramai diantara kita yang menggunakan laptop cooler pad sebagai jalan penyelesaian dan menganggap bahawa masalah telah selesai. Namun begitu sedarkah anda bahawa sebenarnya laptop cooler pad hanya menyejukkan bahagian luaran laptop dan bukan bahagian yang sepatutnya disejukkan. Walaupun begitu, laptop cooler pad masih memberikan kesan yang positif walaupun hanya sedikit.

Bahagian dalam laptop yang menjadi punca utama kepanasan dikenali sebagai Cip Unit Pemprosesan (Processor/CPU) dan juga Kad/Cip Grafik (Graphic Card) yang juga dikenali sebagai GPU (Graphic Processing Unit) dimana semakin laju atau semakin berkuasa kedua-dua cip berkenaan maka semakin tinggi juga haba yang dihasilkan. Memang menjadi lumrah, tenaga kinetik yang lebih laju menghasilkan haba yang lebih banyak sepertimana meteor yang jatuh dari angkasa menghasilkan haba yang terlampau akibat dari geseran dengan udara.

Justeru, bagi melegakan hati semua pengguna laptop dan tidak menjadikan laptop mereka sebagai 'kuali untuk menggoreng telur mata', saya kongsikan sedikit tips mengenai kepanasan laptop dan cara-cara mengatasinya.



Bagaimana untuk mengetahui suhu laptop saya?
Kebanyakan laptop masakini dilengkapi dengan sensor bagi mengesan suhu CPU dan juga GPU. Suhu ini boleh dilihat menggunakan perisian tertentu seperti SpeedFan yang boleh digunakan pada hampir semua jenis laptop dan juga Nvidia nTune untuk maklumat yang lebih terperinci bagi laptop yang dilengkapi dengan cip Nvidia.



Berapakah suhu yang ideal bagi sesebuah laptop?
Bukan semua jenis laptop mempunyai suhu yang sama mengikut penggunaan. Ini disebabkan kerana setiap jenis laptop mempunyai CPU dan juga GPU yang berbeza. Suhu laptop diklasifikasikan kepada dua iaitu :
  1. Idle Temperature - Penggunaan laptop yang minima tanpa menggunakan perisian yang membebankan.
  2. Maximum Temperature - Penggunaan laptop dengan beban yang tinggi seperti memindahkan data yang banyak (copy files) dan juga permainan komputer 3D yang berspesifikasi tinggi.
Suhu yang ideal bagi sesebuah laptop ialah :

50'C <>

Sekiranya laptop anda mencapai ke 85'C dan keatas, maka anda mempunyai laptop yang telah melebihi suhu ideal dan ini boleh menyebabkan jangka hayat laptop anda menjadi singkat dan kebarangkalian untuk laptop anda menjadi rosak adalah lebih tinggi. Jaga-jaga agar laptop anda tidak menjadi pengganti kuali anda di dapur!

Mengapakah laptop saya begitu panas?
Pengaliran haba bagi laptop adalah kurang baik berbanding dengan komputer peribadi desktop dan ini disebabkan oleh faktor saiz yang kecil mengakibatkan haba tidak boleh dialirkan dengan baik. Terdapat laptop yang bersuhu ideal dan juga tidak ideal. Kebanyakan laptop yang panas adalah laptop yang mempunyai CPU yang berkuasa tinggi seperti Core 2 Duo 2.0 Ghz dan ke atas serta GPU yang mantap seperti keluaran dedikasi Nvidia dan juga Ati.

Tips mengurangkan kepanasan laptop
  1. Gunakan laptop cooler pad.
  2. Jangan menghadang ruang pengaliran haba (lubang-lubang di tepi atau belakang laptop).
  3. Tinggikan bahagian bawah laptop (bahagian yang terdapat kipas).
  4. Jangan guna laptop dipermukaan yang kurang mengalirkan haba seperti kain dan tilam.
  5. Kurangkan penggunaan yang membebankan seperti permainan komputer 3D.
  6. Ubahsuai sistem penyejukan laptop agar lebih efisyen!
Laptop saya masih begitu panas. Apa yang patut saya lakukan?
Sekiranya suhu laptop anda masih begitu tinggi iaitu melebihi suhu ideal, anda perlu melakukan pengubahsuaian pada sistem penyejukan dan pengaliran haba laptop anda. Anda boleh merujuk pada saya bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pengubahsuaian tersebut.

Apa yang akan berlaku sekiranya saya membiarkan laptop saya kepanasan?
Laptop anda berisiko untuk rosak lebih cepat dan komponen yang paling berisiko ialah motherboard. Anggaran kos bagi menggantikan motherboard dan membaikpulih laptop anda adalah sekitar RM500 - RM2000 bergantung kepada jenis laptop anda.

http://www.huzaifah.org

2 comments:

.::: mr IQ :::. said...

mula2 bace, ana dah mula kagum... perg.. ayat Auzaie semakin mantop...
tapi bila tengok last2 rupanya amik dari blog org lain... huhuhu
(terus kecewa..)

trimas atas perkongsian yg berguna..

Auzaei Rosman said...

ana saje je nk share.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...