Australia
adalah sebuah negara yang cukup besar jika nak dibandingkan dengan Malaysia.
Apabila pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi Australia saya cukup teruja
dengan budaya dan cara hidup orang Australia. Terdapat banyak peluang-peluang
pekerjaan yang boleh diterokai di sana sama ada secara sah ataupun tidak.
Kebelakangan
ini ramai rakyat Malaysia yang mencari pekerjaan di Australia sama ada secara
sah ataupun tidak. Ini disebabkan oleh kesempitan dan kekangan hidup yang
banyak dihadapi oleh rakyat Malaysia. Tujuan utamanya mereka berhijrah adalah
untuk mencari duit lebih banyak.
Budaya orang
Australia cukup bagus jika dibandingkan dengan budaya orang Malaysia itu
sendiri. Mereka adalah seorang peramah dan sukakan ketenangan. Kebanyakan
pasaraya ataupun kedai-kedainya cuma beroperasi sehingga pukul 6.00 petang.
Waktu malam biasanya adalah waktu untuk mereka berseronok. Ini boleh dilihat
dengan kebanjiran rakyatnya di pusat kasino, pub dan lain-lain tempat hiburan.
Untuk mencari
pekerjaan di Australia bukanlah sesuatu yang sukar sekiranya kena dengan cara
dan tempatnya. Bermacam-macam jenis pekerjaan yang boleh didapati disana samada
sah ataupun tidak.
pokok delima
pokok epal
pokok limau
pokok minyak zaitun
Peluang
pekerjaan yang tidak sah ataupun “illegal” adalah kerja di ladang-ladang di
sana samada ladang sayur-sayuran ataupun ladang buah-buahan. Contoh ladang yang
boleh didapati di sana ialah :
1. Anggur
2 Strawberry
3. Avocado
4. Limau Mandarin
5. Blueberry
6. Pisang kaki
7. Tomato
9. Minyak zaitun
10. Kacang pystachio
11. dan banyak lagi
Manakala
untuk peluang pekerjaan yang sah ataupun “legal” pula adalah bekerja dengan
menggunakan visa pelajar ataupun visa pekerja. Kebiasaannya kebanyakan rakyat
Malaysia yang memang ada niat untuk bekerja di sana biasanya akan menggunakan
visa pelajar dan mencari kerja “part time”. Bayarannya bergantung kepada kursus
yang diambil.
Untuk
mendapatkan visa pekerja pula adalah dengan cara “google” website-website
pekerjaan di sana. Antara salah satunya adalah laman website seek.com.au yang
mana websitenya menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya dan orang luar.
Apabila kita telah mencari dalam website tersebut dan berminat dengan pekerjaan
yang ditawarkan maka bolehlah menghantar resume kepada email yang majikan
letakkan dalam website tersebut. Ada rezeki insyaallah akan dipanggil untuk
temuduga samada melalui telefon ataupun skype.
Apa yang
paling penting kena focus dan usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari
pekerjaan di sana. Walaupun peluang untuk kita mendapatkan peluang pekerjaan
secara adalah payah tapi jangan putus asa teruskan usaha sehingga dapat.
Insyaallah aka nada rezeki yang menanti.