Tuesday, January 20, 2015

Jom pakat-pakat pergi USS dengan harga murah

Pakej USS dari JB/Tune Hotel/M Suite Hotel/Bluewave Hotel/ Suria City Hotel/Hotel Sentral Johor Bahru/Hotel Amansari Express

Pergi USS dengan murah


Saya syorkan anda pergi ke USS dan tempat sekitarnya dengan pakej yang disediakan oleh;

FB rasmi; www.facebook.com/pakejmurahkeuss  

Instagram rasmi; www.instagaram.com/pakejkeuss

No phone dia boleh wazzap/message (013-7498252) 

Dia sedikan pakej murah pada SETIAP HARI ke pelbagai tempat dibawah dengan mudah:

1. Pakej Murah USS
2. Adventure Cove
3. Sea Aquaria Terbesar di dunia di Singapore dan 
4. Singapore City Tour (round-round singapore selama 12 jam bersama driver khas)
5. Legoland

Anda boleh pilih salah satu di atas atau kesemuanya sekali mengikut kehendak anda dan masa yang anda ada. Ada orang nak ambil Pakej Murah ke USS sahaja, ada orang nak pergi USS+Sea Aquarium sama hari atau asing hari, ada juga nak pergi Singapore tour je tapi tak nak ke USS...semua terpulang pada anda, mereka akan uruskan.

Jika ada kemusykilan message/whatsapp terus ke 013-7498252 Pn. Sarah/En.Hilmi.

1. Pakej MURAH USS: (jika berminat contact terus 0194491170)

Pakej termasuk tiket masuk USS, kenderaan pergi balik (JB-USS-JB) dan free gift 5SGD(rm13+-) voucher makan serta 5SGD (Retail Shopping Voucher with conditon) tapi free gift ni depends on availbality..kalau ada tu syukurla, kalau takda tu jgn bersedih hehe..boleh beli makanan di dalam uss dengan duit sendiri. Harga pakej ni rm205/pax untuk dewasa, rm165/pax untuk kanak2, 3tahun dan kebawah PERCUMA(jika mahukan seat untuk anak tersebut boleh beli dengan mereka special price).


Kalau taknak sekali dengan bas pun boleh....just contact them je.

Harga tiket sahaja
dewasa RM178
kanak RM140

Sila rujuk link dibawah untuk info terkini:
fb:www.facebook.com/pakejmurahkeuss
instagram: www.instagram.com/pakejkeuss



2. Pakej ke Adventure Cove:  (jika berminat msg/wassap terus 0137498252)


Tiket masuk Adventure Cove dan Kenderaan pergi balik (JB-Adventure Cove-JB).

Harga pakej rm130/pax untuk dewasa, rm110/pax untuk kanak2



3. Pakej ke Sea Aquaria: (jika berminat contact terus 013-7498252)

Tiket masuk Sea Aquaria dan Kenderaan pergi balik (JB-Sea Aquaria-JB).

Harga pakej rm130/pax untuk dewasa, rm110/pax untuk kanak2


4. Pakej ke Adventure Cove+Sea Aquaria: (jika berminat contact terus 0137498252)

Tiket masuk Adventure Cove+Sea Aquaria dan Kenderaan pergi balik (JB-Adventure Cove+Sea Aquaria-JB).

Harga pakej rm230/pax untuk dewasa, rm210/pax untuk kanak2

5. Pakej Singapore City Tour: (jika berminat contac terus 013-7498252)

Pakej termasuk 1 van/kereta khas (berdasarkan bilangan pelanggan), 1driver khas, dan 10jam perjalanan pusing Singapore (tentatif akan diberikan. boleh juga request untuk ke tempat impian anda)

Harga pakej hanya mengikut kenderaan dan bilangan peserta. Jika berminat contact terus 013-7498252 untuk pertanyaan.


Ramai sudah merasainya dan memberi testiomoni pakej ini adalah MURAH, MUDAH dan Selamat!!!!!





Sebarang pertanyaan wassap/msg 013-7498252

fb; www.facebook.com/pakejmurahkeuss
insta: www.instagram.com/pakejkeuss

Sekian sahaja review saya berkenaan dengan Pakej Perlancongan ke Singapura. Moga Semua mendapat manfaat dan pergi melancong dengan mudah dan selamat serta jimat.

Saturday, August 23, 2014

Peluang pekerjaan di negara Australia


Australia adalah sebuah negara yang cukup besar jika nak dibandingkan dengan Malaysia. Apabila pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi Australia saya cukup teruja dengan budaya dan cara hidup orang Australia. Terdapat banyak peluang-peluang pekerjaan yang boleh diterokai di sana sama ada secara sah ataupun tidak.

Kebelakangan ini ramai rakyat Malaysia yang mencari pekerjaan di Australia sama ada secara sah ataupun tidak. Ini disebabkan oleh kesempitan dan kekangan hidup yang banyak dihadapi oleh rakyat Malaysia. Tujuan utamanya mereka berhijrah adalah untuk mencari duit lebih banyak.

Budaya orang Australia cukup bagus jika dibandingkan dengan budaya orang Malaysia itu sendiri. Mereka adalah seorang peramah dan sukakan ketenangan. Kebanyakan pasaraya ataupun kedai-kedainya cuma beroperasi sehingga pukul 6.00 petang. Waktu malam biasanya adalah waktu untuk mereka berseronok. Ini boleh dilihat dengan kebanjiran rakyatnya di pusat kasino, pub dan lain-lain tempat hiburan.

Untuk mencari pekerjaan di Australia bukanlah sesuatu yang sukar sekiranya kena dengan cara dan tempatnya. Bermacam-macam jenis pekerjaan yang boleh didapati disana samada sah ataupun tidak.

pokok delima


pokok epal

pokok limau


pokok minyak zaitun

anggur

Gambar-gambar di atas adalah tempat yang saya pernah bekerja di ladang Australia.

Peluang pekerjaan yang tidak sah ataupun “illegal” adalah kerja di ladang-ladang di sana samada ladang sayur-sayuran ataupun ladang buah-buahan. Contoh ladang yang boleh didapati di sana ialah :
1.   Anggur
      Strawberry
3.   Avocado
4.   Limau Mandarin
5.   Blueberry
6.   Pisang kaki
7.   Tomato
8.      Kentang
9.   Minyak zaitun
 10. Kacang pystachio
11.   dan banyak lagi

Manakala untuk peluang pekerjaan yang sah ataupun “legal” pula adalah bekerja dengan menggunakan visa pelajar ataupun visa pekerja. Kebiasaannya kebanyakan rakyat Malaysia yang memang ada niat untuk bekerja di sana biasanya akan menggunakan visa pelajar dan mencari kerja “part time”. Bayarannya bergantung kepada kursus yang diambil.

Untuk mendapatkan visa pekerja pula adalah dengan cara “google” website-website pekerjaan di sana. Antara salah satunya adalah laman website seek.com.au yang mana websitenya menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya dan orang luar. Apabila kita telah mencari dalam website tersebut dan berminat dengan pekerjaan yang ditawarkan maka bolehlah menghantar resume kepada email yang majikan letakkan dalam website tersebut. Ada rezeki insyaallah akan dipanggil untuk temuduga samada melalui telefon ataupun skype.

Apa yang paling penting kena focus dan usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari pekerjaan di sana. Walaupun peluang untuk kita mendapatkan peluang pekerjaan secara adalah payah tapi jangan putus asa teruskan usaha sehingga dapat. Insyaallah aka nada rezeki yang menanti.




Thursday, January 9, 2014

Tempat-tempat menarik sekitar bandar Melbourne Australia


Melbourne adalah sebuah bandar yang tidak pernah sunyi dengan kehadiran pelancong. Saya pergi ke sana pada waktu yang tepat iaitu pada sambutan tahun baru. Suasana pelancong agak ramai dan memang meriah. Di sini terdapat banyak kawasan pelancongan yang boleh dilawati dan untuk pergi ke tempat-tempat pelancongan amat senang. Ini kerana pengangkutan awamnya cukup cekap dan efisien.


Tempat yang pertama sekali pelancong wajib pergi adalah Melbourne Visitor Centre yang memberi panduan kepada para pelancong tempat-tempat yang boleh dilawati sepanjang berada di Melbourne dan kawasan-kawasan menarik di Australia.


Melbourne Sealife Aquarium juga tempat yang boleh dilawati dengan bayaran yang berpatutan mengikut pakej-pakej yang ditawarkan. Boleh tempah secara online untuk mendapat harga yang terbaik. Sila rujuk di website Melbourne Sealife Aquarium untuk tahu info yang lebih lanjut. Lokasinya berdekatan dengan Flinders Street tempat saya menginap di hostel backpacker YHA.


Bangunan Arts Centre in Melbourne juga agak menarik dan ada banyak persembahan di dalamnya tetapi saya tak berminat nak masuk sebab masa saya pergi persembahan yang ada hanyalah nyanyian. Boleh rujuk website Arts Centre in Melbourne untuk info yang lebih lanjut berkenaan persembahan yang diadakan dan harga yang ditawarkan.


Melbourne Central adalah tempat yang wajib untuk dilawati kerana di sana banyak kedai-kedai yang menjual cenderahati, barang-barang elektronik dan lain-lain keperluan. Kalau bertuah adalah juga persembahan jalanan seperti silap mata daun terup dan lain-lain.

Queen Victoria Market juga adalah tempat yang wajib dilawati kerana banyak menjual barang-barang basah, kering, cenderahati dan banyak lagi. Market ini buka pada hari tertentu sahaja. Sila rujuk website ini untuk info yang lebih lanjut Queen Victoria Market

Untuk mengetahui sejarah penduduk di Australia bolehlah melawat ke Imigration Museum yang menceritakan tentang asal usul kebanyakan penduduk di Australia. Kebanyakan penduduk di sini adalah bukan penduduk asal. Di website ini Imigration Museum ada beritahu apa acara yang sedang dijalankan dan pukul berapa ianya dibuka.


Di Melbourne juga ada beberapa universiti antarabangsa antaranya ialah Universiti Melbourne, RMIT, Universiti Monash dan banyak lagi.

Kalau mahu pergi ke kawasan ramai orang cina boleh pergi ke Chinatown. Ada banyak kedai-kedai makan dan cenderahati yang dijual tapi kalau untuk Muslim sepanjang saya lalu tak jumpa lagi makanan halal cina di kawasan ini. Lokasinya berdekatan dengan Melbourne Central.

Setakat ini sahaja coretan berkenaan tempat-tempat menarik sepanjang saya berada di Melbourne. Rancang betul-betul sebelum melancong supaya tak membazir masa dan tahu hala tuju ke mana. Nanti saya akan post berkenaan anggaran bajet untuk ke Australia.

Tuesday, January 7, 2014

Serba sedikit panduan melancong ke Melbourne (Australia)



Ini adalah pengalaman pertama saya melancong ke Australia tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Saya pergi melancong ke Australia dengan menaiki Airasia sebab lebih murah kalau nak dibandingkan dengan MAS. Akan tetapi servis yang disediakan adalah kurang memuaskan sedikit. Kebanyakan saya naik Airasia penerbangannya asyik tertunda. Huhuhu. Memang penat kalau macam ini.

Tiket Airasia saya beli betul-betul nak dekat sambutan tahun baru. Saya sampai ke lapangan kapal terbang Melbourne dalam pkl 10pagi. Apabila dah sampai tibalah masanya untuk pemeriksaan imigresen lapangan terbang Melbourne. Tersangkut dengan imigresen selama 4 jam lebih kurang. Boleh rujuk link ini pengalaman ditahan imigresen untuk tahu pengalaman saya dengan pihak imigresen tersebut.  

Apabila lepas hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Cukup-cukup gembira dan berdebar-debar sebab pertama kali sampai ke bumi Australia ini.


Apabila keluar sahaja daripada lapangan terbang ambil sahaja skybus untuk pergi ke Southern Cross. Southern Cross ada banyak pertukaran keretapi. Apabila sampai di Southern Cross saya terus keluar dan bertanyakan di kaunter bas macam mana hendak pergi ke Flinders Street sebab di sana ada banyak backpacker hostel yang murah-murah.  Antaranya YHA, Nomad dan lain-lain. Harga tiket skybus ini dalam 17AUD untuk pergi sahaja.


Apabila sampai sana pergi ke YHA backpacker hostel masih ada lagi kekosongan. Apa lagi terus check in hari itu juga. Bayaran yang dikenakan sebanyak 50AUD semalam. Kalau saya ambil 10 hari dan ke atas baru dapat lagi murah. Boleh rujuk di website ini YHA backpacker hostel.

Selepas dah check in saya mandi, solat dan rehat sekejap sebelum berjalan-jalan di luar. Walaupun sekarang musim panas tetapi udaranya cukup sejuk. Suhu biasanya waktu siang dalam 22 darjah celcius.


Depan penginapan saya ada City Circle Tram yang disediakan untuk pelancong bersiar-siar di kawasan pelancongan. Ianya adalah free sahaja. Tram ini akan berhenti di kawasan pelancongan.
Boleh rujuk website ini untuk info lebih lanjut City Circle Tram.


Ada juga pengangkutan yang kena bayar iaitu Yarra Tram. Kena beli pass di seven eleven harganya dalam 13AUD. Pass ini namanya myki kad. Myki ini kena topup macam konsep touch and go di Malaysia. Jadi sebelum nak naik Yarra Tram adalah lebih baik check terlebih dahulu tiket baru naik. Boleh rujuk website ini untuk tengok petanya : Yarra Tram map.


Boleh juga naik Melbourne Visitor Shuttle untuk tourist. Harganya dalam 5AUD per hari. Boleh rujuk website ini untuk info yang lebih lanjut Melbourne Visitor Shuttle.


Bagi sesiapa yang tiada perancangan rapi untuk melancong ke mana sebaik sampai di Melbourne bolehlah pergi ke Melbourne Visitor Centre. Pusat ini dibuka setiap hari pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Boleh rujuk website ini Melbourne Visitor Centre. Perkhidmatan yang disediakan adalah percuma. Pusat ini menyediakan info-info kawasan menarik yang boleh dilawati sekitar Australia. Rugi kalau tak pergi.

Pengangkutan awam di sini cukup efisian dan tepat pada masanya. Sepanjang saya berada di sana ramai orang yang lebih suka menggunakan pengangkutan awam jika nak dibandingkan dengan membawa kenderaan sendiri. Di samping itu boleh menjimatkan kos.

Udara di sini pun cukup nyaman dan segar sekalipun berada di pusat bandar Melbourne. Banyak taman-taman di sini. Setakat ini sahajalah coretan saya. Nanti saya akan postkan tentang tempat-tempat menarik yang mesti dilawati di sana pula.












Sunday, January 5, 2014

Pengalaman ditahan imigresen di airport Melbourne Australia


Hati berdebar-debar bila menjejakkan kaki ke Australia lagi-lagi tanpa persediaan yang betul-betul lengkap. Banyak pengalaman-pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Apabila saya menjejakkan kaki ke Melbourne dalam pukul 10.35 pagi saya kena lepas dengan imigresen terlebih dahulu. Dan perkara yang tak disangka-sangka terjadi saya kena tahan dengan imigresen Australia lebih kurang dalam 4 jam juga. Pukul 2 petang lebih juga baru saya dilepaskan.

Disini saya nak ceritakan sedikit pengalaman semasa di tahan dengan imigresen. Sebab apa diaorang tahan? Mesti ramai yang nak tahu kan?

Apabila sampai di airport Melbourne kita dikehendaki mengisi borang incoming passenger. Boleh rujuk gambar seperti dibawah :

Bahagian "Intended address in Australia" kena isi betul-betul. Kena isi alamat tempat penginapan yang kita akan tinggal nanti. Macam saya isi Melbourne sahaja sebab itu kena tahan. Tidak beritahu alamat detail tempat penginapan di sana. Jadi macam-macamlah soal jawab yang diaorang tanya.

Apabila dah kena tahan diaorang akan tanya soalan seperti :

Apa tujuan datang ke Australia?
Kenapa datang ke Melbourne?
Kenapa tidak tempat hostel?
Ada itinerary tak?
Ada kenalan tak di Melbourne?
Berapa lama tinggal di Melbourne?

Kalau bernasib baik dan diaorang berpuas hati dengan jawapan yang korang jawab maka diaorang akan lepaskan. Kalau tak diaorang akan selongkar beg dan semua barang yang korang bawa sambil tanya lagi bermacam-macam soalan sampai diaorang berpuas hati.

Setelah habis diaorang selongkar beg dan berpuas hati dengan jawapan saya bagi diaorang pun lepaskan. Diaorang lepaskan sebab saya dah tempah tiket pergi balik KL - Melbourne dan KL - Penang. Lagi satu saya beritahu yang saya kena mula dah kerja selepas sampai di Penang.

Biasanya diaorang akan tahan orang Malaysia lelaki yang pergi seorang diri dan berkumpulan. Samada lama ataupun sekejap sahaja. Tengok atas budi bicara diaorang. Kalau tak lepas dengan imigresen jawabnya diaorang akan hantar balik ke Malaysia dan kena banned 3 tahun.

Imigresen biasa jarang sangat nak tahan orang Malaysia :
1. Perempuan seorang diri
2. Perempuan berkumpulan
3. Keluarga

Imigresen tahan orang lelaki Malaysia sebab kebanyakannya datang ke Australia untuk bekerja secara haram sebab diaorang akan tanya macam-macam sampai puas hati.

Bagi mengelakkan daripada ditahan apa yang saya dapat simpulkan adalah :
1. Kena ada itinerary lengkap.
    Plan apa yang mahu dibuat apabila sampai ke Australia lebih kurang macam tentatif program.
2. Borang incoming passenger kena isi betul-betul.
3. Kena ada tiket flight pergi balik
4. Kena booking hotel/hostel mengikut tempat yang kita plan nak melancong.
5. Persediaan kena lengkap
6. Declare barang makanan.
7. Basic english kena ada supaya senang nak bercakap dengan imigresen

Ini apa yang saya dapat share pengalaman serba sedikit. Nanti saya akan post tentang bajet dan tempat-tempat yang menarik di Melbourne.

Friday, November 15, 2013

Aktiviti yang tak disangka-sangka : Melancong ke Australia

Alhamdulillah tak lama lagi saya akan menjejakkan kaki ke Australia. Saya tak adalah plan dalam betul-betul pun just hentam sahaja. Backpackerlah kononnya. Hahaha. Banyak juga benda-benda yang kita kena perhatikan bila mahu melancong ke tempat orang yang pertama kali kita menjejakkan kaki ke sana.

Banyak benda yang mesti kita prepare untuk ke sana.

1. Survey harga tiket - Setakat ini yang saya tahu cuma Airasia menawarkan offer yg agak menarik terutamanya dari segi harga flight. Kena survey harga tiket tiap-tiap hari di website airasia. Harga murah jer terus grab.

2. Tempat penginapan - Banyak tempat untuk menginap disana. Saya memilih untuk menginap di backpacker hostel kerana murah. Ini antara link-link :
    - http://www3.yha.com.au/
    - http://www.bozobackpacker.com/
    - http://nomadsworld.com/
    - http://melbournebnb.com.au/

3. Visa pelancong - Nak buat visa pilih jer mana-mana agen travel & tours. Diaorang akan tolong buatkan. Saya memilih cik Intan untuk tolong buatkan. Dia ni agen travel juga. Bagi sesiapa yang berminat boleh email dia eta.australia@yahoo.com . Upahnya cuma Rm20. Murah sangat-sangat tapi kalau agen lain saya tak tahulah plak.

4. Tempat untuk dilawati - Buatlah sedikit survey di google mengenai tempat yang kita akan lawati. Contohnya kita nak pergi ke Melbourne so google lah apa yang menarik di melbourne. Ini supaya kita dapat sedikit gambaran tempat yang mahu dituju di sana nanti.

5. Money changer - Buat tukaran wang ke AUD siap-siap dalam jumlah yang mencukupi. Manalah tahu nanti sampai sana jadi rambang mata tengok barang yang dijual di sana.

6. Kenali musim - Sebelum plan nak ke Australia kena tengok jugak musim apa di sana samada sejuk, panas atau musim bunga. Pilihlah musim yang sesuai takut nanti kita tak bersedia dan boleh jatuh sakit.

Ini jelah sedikit tip yang saya boleh bagi. Just nak bagi sedikit gambaran buat sesiapa yang ingin melancong ke Australia. Saya pergi seorang diri jer. Ala-ala backpacker gitu.

Sekarang ini saya tengah berfikir samada nak melancong di Melbourne sahaja atau ke Sydney sekali. Saya beli tiket flight menuju ke melbourne yang berharga 1760. Tiket saya ini mahal sebab tiket balik dari Melbourne KL saya pilih Hi-flyers sebab boleh tukar tarikh dan tak ada charge bagasi untuk 20kg. Saya akan bertolak hujung bulan 12. Lambat lagi cuma saja teruja nak post awal-awal di blog. Masa untuk melancong cuma 3 hari 2 malam. Sekejap jer. Huhuhu.   

Sunday, February 19, 2012

Resipi Barbeque orang bujang

sebelum bbq

masa bbq

Bahan-bahan (8 ekor ayam) :

1. 1 peket jintan manis
2. 1 paket jintan putih
3. 1 paket ketumbar
4. 1 paket kari daging
5. 2 sudu besar cili
6. 6 sudu kecil garam
7. 3 sudu kecil gula

Cara-cara :

1. Beli ayam yang sudah dipotong di kedai.  Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.

2. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga sebati.

3. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.

4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)

5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!

Resipi ini adalah yang paling senang hendak dibuat dan saya sudah mencuba semalam bersama kawan-kawan barbeque di bawah jambatan Penang. Memang terbaik. Selamat mencuba bagi orang-orang yang bujang. Hehe.

Saturday, February 18, 2012

Murder in Syria Documentary



A short documentary highlighting the horrific crimes against humanity that the Syrian Army have been carrying out on its own people at the command of an Evil Black hearted Man Bashar Al Asad (May Allah curse him and those who follow him). Ministry of Dawah would like to expose his evil actions and warn the Syrian Army! May Allah destroy Asad and his regime of terror and liberate the Muslims with Islam.

Friday, February 17, 2012

Hati-hati dengan group murtad di Facebook

Group murtad di facebook 

                                                   
kandungannya

Sudah ada golongan yang betul-betul berani mencabar umat Islam dengan mewujudkan secara terang-terangan group ini di facebook. Adakah ini petanda umat Islam di Malaysia semakin lemah yang menyebabkan mereka semakin sudah berani buat di laman sosial untuk menarik sokongan moral masyarakat.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.

Sebelum ahlinya semakin bertambah mohon orang ramai supaya block group ini : https://www.facebook.com/groups/117676498244829/

Wednesday, February 15, 2012

Bahagiakah kita

Renungan yang amat mendalam
kredit : google

Sepanjang kita hidup pernah tidak kita merasai hidup kita ini sudah lengkap atau dalam erti kata lain bahagia. Apa yang kita ingin capai dalam hidup kita? Adakah kita mahu :

1. Duit yang banyak
2. Rumah yang besar
3. Pangkat tinggi
4. Populariti
5. Dan segala macam yang ada di dunia

Sebenarnya apa yang kita mahu kejar dalam hidup? Setelah kita mencapai itu semua adakah kita mencapai kebahagiaan dalam hidup? Cuba kita tanya dan muhasabah diri kita semula. Sedarkah kita bahawa sekiranya semua benda yang kita kejar di dunia sekiranya tidak diselarikan dengan akhirat akan menyebabkan jiwa kita kosong dan tiada apa-apa makna dalam hidup.

Cuba kita lihat artis-artis luar negara yang popularitinya tinggi. Adakah mereka bahagia setelah mendapat apa yang mereka hajatkan? Tidak. Mereka sama sekali tidak mendapat ketenangan dalam jiwa mereka. Mereka cuba mendapatkan pil-pil kesihatan, ke kelab malam, bersosial tanpa mengira jantina dan sebagainya. Semua yang mereka lakukan itu kononnya sebagai tiket untuk mendapatkan erti kebahagiaan yang sebenarnya tetapi pada hakikatnya jiwa mereka sengsara.


Sama-samalah kita merenung sebentar firman Allah SWT :

"Dan tidak Aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk berubudiah kepada kepada-Ku" (Surah az-Dzariyat:56)

Apa yang ingin saya beritahu di sini ialah hanya ada satu jalan untuk kita mendapat kebahagiaan yang kekal abadi iaitu dengan mendekatkan diri kita dengan Allah. Apabila kita tunaikan hak kita pada Allah, Allah akan mempermudahkan segala urusan kita di dunia.

Sekadar untuk renungan bersama dan berkongsi apa yang terbuku di hati. Sebenarnya peringatan ini juga ditujukan khas buat tuan blog sendiri. Wallahuallam...


Monday, February 13, 2012

Selamatkan Syria



Kenyataan ulamak terkenal Syria, Syeikh Muhammad Abul Huda Al-Ya'aqubi yang menyeru kebangkitan rakyat menentang kezaliman rejim Basyar:

Wahai rakyat Syria! Sesungguhnya rejim telah melakukan penyembelihan terbaru setiap hari di Homs dan di tempat-tempat lain yang dikepung, maka sudah sampai masanya untuk tidak harus kita duduk berdiam diri. Demikian itu kerana wajib kita membantu golongan yang lemah, mengharamkan mereka dari meneruskan pembunuhan, mempertahankan hak manusia. Ini kerana rejim hari ini sudah hilang kelayakan memerintah, maka kami mengeluarkan fatwa bahawa wajib bagi kita memikul senjata dan meniup semboyan bagi menghapuskan mereka yang membunuh secara berluluasa demi menyelamatkan nyawa-nyawa lelaki dan wanita, kanak-kanak dan warga tua di Homs, Zabdani, Dir Zur, Lazaqiyah, pinggir Halab dan semua bandar-bandar Syria. Ramai penduduk yang sudah disembelih, rumah-rumah dimusnahkan dan manusia yang dibunuh oleh skuad penembak. Oleh itu, kami mengeluarkan fatawa bahawa:

Pertama: Wajib bagi tentera dan polis rejim keluar dan menyelamatkan diri

Kedua: Wajib bagi pasukan tentera simpanan untuk menyertai tentera yang berpaling tadah dan tidak boleh bagi mereka menyertai tentera rejim. Wajib bagi rakyat memberikan bantuan sedaya mungkin kepada pasukan tentera yang berpaling tadah ini dari sudut perlindungan dan apa jua bantuan.

Ketiga: Wajib bagi para peniaga dan usahawan mengumpulkan sumbangan kewangan bagi membantu daerah yang dikepung.

Keempat: wajib bagi para ulamak dan khatib menyeru kepada kebangkitan selain mendirikan solat ghaib untuk roh mereka yang terkorban.

Kelima: Kami menyeru kepada penduduk Damsyik dan Halab menyertai kebangkitan ini

Keenam: Kami menyeru kepada para pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli politik dan pegawai diplomatik kerajaan untuk keluar dari pentadbiran rejim

Kredit :Muhammad Muzakkir Che Ani

Sunday, February 12, 2012

Memori yang tidak dapat dilupakan


Semalam saya dan kawan-kawan sekolah saya telah membuat satu majlis makan malam. Semuanya bekas Sek Men Ibn Khaldun. Ianya bertempat di Restoran Cina Muslim Al-Munawwarah. Banyak juga makan yang dihidangkan semalam. Gambar untuk makanan terlupa nak ambil.

Ini adalah memori yang tidak dapat dilupakan kerana first time buat majlis macam ini yang tidak formal. Sebenarnya masih ramai lagi kawan saya yang tidak dapat datang kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Apa-apa pun saya amat bersyukur kerana dapat kawan macam mereka.

Ada diantara mereka yang sudah bekerja dan ada juga yang sedang sambung degree. Semoga persahabatan kita semua akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.  Amat berharap lain kali akan ada lagi program yang lebih menarik. Insyaallah.

Friday, February 10, 2012

Haram menyambut hari valentine



Tadi saya cukup tertarik dengan kupasan khutbah jumaat yang disampaikan oleh khatib di Masjid Negeri Shah Alam. Ianya tentang haram kita menyambut hari Valentine. Berapa ramai antara kita yang tahu erti sebenar hari valentine? Saya rasa mungkin ada segelintir yang sudah tahu dan mungkin juga masih ada yang belum mengetahuinya. 

Bagi mereka yang tidak mengetahuinya disini saya akan beritahu serba sedikit yang diambil dari sumber wikipedia.org. Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'. 

Golongan yahudi dan nasrani telah mengeksploitasi media supaya menggambarkan bahawa hari valentine ini seolah-olah satu kebiasaan yang wajib dilakukan oleh  anak muda untuk menyatakan perasaan kasih dan sayang mereka buat kekasih. Apakah mereka sedar bahawa itu semua telah melanggar syariat Allah.

Dan Dia (Allah) telah menyatukan hati-hati mereka (yang beriman). (Dan ingatlah) walaupun kamu membelanjakan apa yang ada di bumi semuanya namun, kamu tidak mampu menyatukan hati-hati mereka, tetapi Allah mempersatukan antara mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Gagah), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana). (surah al-anfal : 63)

Kita hanya booleh menyatakan perasaan kasih sayang buat orang yang mahram dengan kita dan juga orang yang sejenis. Apabila dikatakan sejenis jangan disalah anggap pula ianya gay ataupun lesbian tetapi mewujudkan kasih sayang kerana Allah. 

Sebenarnya ini adalah salah satu taktik golongan yahudi dan nasrani untuk memperdaya umat Islam. Sama-samalah kita sedarkan buat mereka yang masih belum sedar. Semoga kita semua dijauhkan daripada segala godaan syaitan yang licik. Wallahuallam...

Monday, February 6, 2012

BBC sorokkan bunyi Palestin


Bunyi Palestin seakan-akan jijik oleh media BBC apabila penyanyi rap Mic Righteous sebenarnya cuba menyebut "free palestin" tetapi disorokkan oleh BBC. Mereka seakan-akan takut ramai orang bangkit melawan Israel. Ini mesti ada muslihat dan ada kemungkinan agen Israel ada dalam BBC supaya dapat mengawal media ini.

Sunday, February 5, 2012

Betul ke facebook tutup 15 March 2012?

Kebelakangan ini kecoh rata-rata di internet yang mengatakan bahawa facebook akan ditutup kerana kerana Mark Zuckerberg berkata menguruskan laman sosial itu telah menyebabkan dirinya menghadapi tekanan kerana tidak mampu untuk dikawal.


Apabila saya google untuk siasat adakah ianya benar atau tidak dan akhirnya saya berjumpa dengan jawapannya di laman web cnn.com  dengan jelas mengatakan facebook tidak akan ditutup kerana ada syarikat yang berminat untuk melabur dalam facebook sebanyak 50 juta dan ini menjadikan nilai saham facebook meningkat kepada 50 billion. Satu nilai yang amat besar sekiranya dan satu benda yang akan merugikan segala para pemegang syer facebook sekiranya ianya ditutup.

Berhati-hatilah apabila kita mendapat suatu berita kerana belum tentu ianya benar. Lagi-lagi zaman sekarang kita tidak boleh meletakkan kepercayaan hanya pada satu sumber sahaja untuk membuktikan satu-satu berita itu benar.

Monday, January 30, 2012

Facebook menjimatkan kos CIA


Sedarkah kita bahawa sebenarnya facebook telah membina hubungan yang rapat dengan agensi-agensi perisikan US untuk memudahkan kerja mereka. Dengan adanya facebook kos untuk mencari pengganas ataupun penjenayah semakin senang dan dapat mengurangkan kos mereka.

Berhati-hatilah dengan facebook dan jangan masukkan data peribadi secara terperinci untuk suka-suka. Ada bahayanya yang tidak kita ketahui. Penjenayah pun menggunakan facebook untuk melakukan jenayah kerana lagi mudah dan menjimatkan kos.

Sama-samalah kita berhati-hati.....

Saturday, January 28, 2012

Info tentang rokok yang disorokkan


Video ini mengisahkan tentang dokumentari rokok yang berlaku di Indonesia. Dalam video ini juga ada dipaparkan tentang kanak-kanak yang baru berumur 2 tahun tapi sudah pandai menghisap rokok. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan syarikat rokok menyasarkan negara Indonesia sebagai penggunanya, antaranya ialah :

1. Jumlah penduduknya antara yang keempat paling banyak di dunia
2. Ramai penduduk yang masih belum menyedari akan pentingnya kesihatan
3. Keuntungan yang amat mudah kerana kosnya amat rendah
4. Rasuah yang tinggi
5. Penduduk miskin yang ramai dijadikan alasan supaya syarikat mereka tidak dihentikan daripada        
    beroperasi kerana jumlah pekerjanya yang amat ramai.

Ada banyak lagi sebab kenapa anda perlu menonton video ini kerana banyak maklumat yang akan anda perolehi. Anda tidak akan merasa rugi. Sila kongsikan video ini dengan orang ramai supaya lebih ramai yang menyedarinya.

Thursday, January 26, 2012

Hayati doa dhuha

Saya apabila dengar nasyid ini rasa hati begitu sayu dan amat menenangkan jiwa. Tiba-tiba sahaja rasa tergerak hati hendak menunaikan solat sedangkan selama ini agak payah dan liat nak buat. Jom sama-sama kita tunaikan solat dhuha.

Waktunya : bermula 20 min selepas terbit matahari dan berakhir sebelum menjelang waktu zohor.


Wednesday, January 25, 2012

Lawak punyer telur



Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
...
Pembeli: "Telur ayam."
...
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang".....

Kredit : online fm

Rumah berpenunggu di seksyen 2 Shah Alam

Semenjak saya duduk di Shah Alam banyak orang kecoh tentang rumah banglow sewa Rm50 di seksyen 2. Saya pun cubalah mencari-cari dimanakah rumah yang dahulunya kecoh di alam maya mengatakan bahawa rumah itu berhantu dan dalam ceritanya sehinggakan ada yang membawa kepada kematian tapi kebenarannya tidak dapat dipastikan samada ianya betul ataupun tidak. Di bawah ada gambar yang saya ambil dengan menggunakan kamera telefon.




Apabila saya pergi ke rumah itu memang apabila kita lalu malam-malam di tepi rumah itu tiba-tiba sahaja bulu roma meremang. Dalam hati teringin juga bermalam di rumah ini tapi tidak berani kalau seorang diri. Hehehe. Kalau ada peneman boleh juga. Kawasan rumah ini memang sunyi ditambah lagi dengan semak samun yang ada.

Saya ada jumpa satu lagi rumah yang ditinggalkan dan yang ini lagi menyeramkan dan iainya berdekatan dengan kawasan perumahan ini. Rumah itu lagi banyak semak samun. Mungkin untuk post akan datang saya akan tunjukkan. Rumah itu untuk dijual ataupun disewa. Bolehlah untuk sesiapa yang berminat nak beli ataupun sewa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...