Tuesday, November 15, 2011

Gedung segala penyakit

Banyak orang tidak sedar bahawa penyakit itu datang melalui pemakanan kita sebenarnya. Cuba kita imbas kembali apa yang kita makan setiap hari? Kalau nak tahu kebanyakan makanan yang ada pada hari ini adalah merbahaya tetapi hanya mendatangkan kesan dalam jangka masa panjang sebab itu sekalipun mereka tahu bahawa ianya merbahaya tetapi tetap makan. Contoh yang paling mudah adalah makanan ringan ataupun mee segera.

2, 3 hari lepas saya pergi berjumpa tukang urut untuk mengurut kaki yang terseliuh akibat tersilap bermain. Semasa bersembang dengan dia, dia kata orang muda pada hari ini banyak yang kena penyakit dan puncanya adalah datangnya daripada makanan. Orang dulu tidak ramai yang sakit sebab kurang makan makanan tidak berkhasiat mungkin kerana tidak berkemampuan. Hari ini boleh dikatakan kebanyakan makanan yang ada mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Cuma ianya tidak diwar-warkan sahaja. Contohnya adalah mee kuning yang ada di pasaran sekarang.


Mee kuning yang mengandungi Asid Borik dan Ezchericia Coli (E. Coli sebut E-Kolai). Asid borik merupakan bahan kimia yang digunakan untuk mencuci fungus dan kulat. Digunakan sebagai detergen untuk mencuci bahagian sulit manusia.

 Jika anda sudah membeli Mee kuning sila buat eksperimen sendiri dengan merendam sedikit mee dalam air kunyit. Jika air kunyit bertukar menjadi merah, ini bermakna terdapat asid borik di dalam mee yang digunakan untuk memastikan mee tidak berkulat. Asid borik boleh menyebabkan barah @ kanser dan E. coli pula merupakan kuman yang terdapat dalam najis manusia dan haiwan. Boleh menyebabkan keradangan usus dan keracunan makanan. Menyebabkan dihidrasi, cirit-birit dan boleh membawa maut. Info ini saya ambil dari sktpiandang.

Mungkin ada banyak lagi makanan yang tanpa kita sedari sebenarnya adalah bahaya tetapi kita tidak tahu. Selepas ini kita kena lebih berhati-hati dalam mengambil makanan. Berhati-hatilah kerana perut adalah gedang segala penyakit.


Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w,maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala
pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)

Moga dapat diambil manfaat darinya....


Monday, November 14, 2011

Tandas di masa hadapan & tenaga dari najis



Tandas sebagaimana yang kita tahu pada hari ini adalah hanya satu tempat untuk membuang najis dan tidak lebih dari itu. Sekarang saya nak tonjolkan contoh rekabentuk tandas di masa hadapan yang ada banyak fungsinya. Mungkin kalu ada di Malaysia nanti orang akan berada lebih lama di tandas untuk menikmatinya. Manalah tahu kan. Jom tengok gambarnya di bawah :






Ini adalah salah satu reka bentuk yang saya tunjuk dan masih banyak lagi yang ada...

Itu baru dari segi keselesaan dan kepuasaan. Apakah anda ada terfikir sekiranya  najis manusia boleh menjadi sumber tenaga? Jawapannya adalah “ya”. Najis manusia boleh menghasilkan gas metana dan gas itulah yang boleh ditukarkan menjadi tenaga yang mungkin salah satu daripada sumber tenaga diperbaharui. Hehehe.
Betul tidak apa yang saya kata? Mari kita fikir sejenak,  setiap manusia akan membuang najis dan ia adalah satu kewajipan yang sekiranya tidak dibuang akan mendatangkan mudarat kepada badan.  Adalah rugi sekiranya kita tidak memanfaatkan sumber yang sedia ada ni. Hehehe.

Apa kata para jurutera di Malaysia? Adakah mereka berani sahut cabaran untuk menghasilkan tenaga daripada najis? Marilah sama-sama kita tunggu dan lihat ataupun kita yang bertindak untuk mengambil cabaran untuk menghasilkannya lagi bagus.

Sebenarnya banyak lagi tenaga yang mungkin belum dijumpai oleh manusia ataupun mungkin sudah dijumpai tetapi disebabkan oleh memerlukan dana yang cukup banyak untuk membiayainya menyebabkan kurangnya kecendurangannya untuk mencari sumber macam ini.

Sumber : 1. science comedian
               2. environment about

Sunday, November 13, 2011

Baru terasa nikmatnya sihat apabila sakit datang






Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa segala kesihatan yang Allah beri adalah sementara dan bila-bila masa saja Allah boleh tarik semula. Apabila kita dilanda musibah dan merasa sakit barulah sedar bahawa betapa nikmatnya apabila kita sihat tapi jarang diaplikasikan oleh kita termasuk diri penulis ini sendiri. 

Semalam saya bermain badmnton di tapak pesta dan tanpa diduga tiba-tiba apabila mahu mengejar shuttle tersalah pijak dan menyebabkan kaki terseliuh. Mungkin banyak faktor  yang menyebabkan ianya terjadi antaranya kurang persediaan sebelum bermain.

Selepas itu saya berhenti bermain untuk meredakan kesakitan sambil duduk dan merenung kembali mungkin ini adalah dugaan untuk menghapuskan dosa-dosaku yang lalu. Kaki membengkak dan selepas letak ais reda sikit. Mungkin ini adalah satu ujian oleh Allah supaya selepas ini mesti bermain dengan berhati-hati.
Menurut sebuah hadith, setiap dugaan yang kita tempuhi ada ganjaran yang menanti kita, asalkan kita redha menghadapinya.

Hadith :

Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata: "Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk."

Jawab baginda, "Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu." Kataku pula, "Semoga anda mendapat pahala berganda pula." Jawab baginda: "Semoga!"

Kemudian sabda baginda pula: "Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."

(Riwayat Muslim)
Moga-moga dengan kesakitan ini dapat memberi pengajaran dan teladan kepada  diri penulis ini. Sama-samalah kita ambil pengajaran atas kejadian ini supaya tidak terjadi kepada orang lain.

Saturday, November 5, 2011

Bilik neraka


Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. "Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...